Apakah hukum pakai minyak rambut ada alkohol?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANBagaimana status solat seorang yang memakai minyak rambut yang ada kandungan alkohol?
JAWAPAN
Apabila minyak rambut itu bercampur dengan alkohol yang najis maka setengah fuqahak berkata dengan tidak boleh memakainya untuk solat kerana syarat sah solat itu mesti suci pakaian dan tubuh badannya dari najis.
Dan setengah fuqahak berkata najis yang ada pada wangian dan minyak rambut itu adalah najis yang dimaaf kerana kandungannya yang amat sedikit.
Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jazairi:
Dan setengah dari najis yang dimaafkan itu ialah cecair najis yang dicampurkan kepada ubat-ubatan dan minyak wangi untuk membaikkannya maka sungguhnya ia dimaaf dari kadarnya yang minima untuk membaikkannya kerana qias atas campuran pada pebuatan keju.”
(Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)
Kesimpulan
Jika minyak rambut tersebut dicampur dengan alkohol yang najis maka maka setengah ulamak mengharuskan memakainya di dalam solat kerana najis yang ada padanya itu dikira sebagai najis yang dimaaf sebab sedikitnya.
Jika merasa ragu adakah sah solat dengan memakainya maka yang lebih elok ialah solat dengan tidak memakainya supaya yakin dalam keadaan suci.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..