Hukum Menukar Nasab (Bin) Anak Angkat

menukar nasab anak angkat

Apakah hukum menukar nasab anak angkat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika seseorang itu membela anak angkat dari kecil lagi adakah harus diletakan bin atau bintinya dengan nama bapa angkatnya?


JAWAPAN

Hukum membela anak angkat adalah harus akan tetapi haram diletakkan nama bapanya dengan nama bapa angkat kerana Allah melarang menukar nasab seseorang.

Firman Allah Taala:

وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ. ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ

Dan tiada menjadikan oleh Allah akan anak-anak angkat kamu itu sebagai anak kandungmu. Yang demikian itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut-mulut kamu sahaja dan Allah yang berkata dengan yang sebenar. Dan Dia yang menunjukkan kepada jalan yang lurus. Panggillah anak-anak angkat kamu itu dengan menggunakan nama bapa-bapa mereka itu. Yang demikian itulah yang adil di sisi Allah.”

(Al-Ahzab : 4 & 5)

Oleh kerana itulah haram hukumnya meletakkan bin atau binti anak angkat itu dengan selain nama bapa kandung mereka.

Amalan memanggil anak angkat dengan berbin atau berbintikan bapa angkat itu adalah amalan jahiliyyah yang telah diharamkan dalam Islam.

Berkata Mufti Jordan Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

هذه العمليّة حرام وتُسمَّى التبني، وقد كان التبني معمولاً به في الجاهلية

Bermula amalan ini adalah haram dan dinamakkan tabanni (yakni menukar nasab anak angkat). Dan sungguhnya tabanni ini telah diamalkan pada zaman jahiliyah.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Yusri
Yusri
10 bulan yang lalu

Berkenaan berbinkan bapa angkat..
Bagaimana perkara ini telah terlalu lama, mskdnya ank itu telah dewasa, sbb dulu keluarga angkatnya krg pengetahuan agama..sbb klu ditukarkan skrg, akan merumitkan proses dan kos