Adakah Haram Melihat Najis & Kemaluan Semasa Buang Air?

Melihat Najis dan kemalian

Adakah haram melihat najis & kemaluan semasa buang air?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Mintak maaf ustaz saya nak bertanya soalan.

Saya ada dengar orang kata ketika sedang buang air diharamkan melihat kepada najis dan kemaluan.

Adakah benar?

Mohon penjelasan dari ustaz.


JAWAPAN

Bermula setengah dari perkara yang makruh ketika qadha hajat samada lelaki atau perempuan ialah melihat kemaluan tanpa hajat dan dan begitu juga hukumnya melihat kepada najis.

Berkata Imam Abu Al-Husain Al-Yamani As-Syafie:

Dan disunatkan bagi orang yang sedang buang air bahawa menutup ia akan kepalanya dan tidak melihat kepada kemaluannya dan tidak melihat kepada najis yang keluar darinya.”

(Kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

Bermula maksud dilarang itu ialah makruh bukannya haram.

Berkata Imam Nawawi:

Dan disunatkan atas seorang itu tidak masuk ke dalam tandas dengan tidak menutup kepalanya dan bahawa tidak ia melihat kepada najis yang keluar daripadanya dan tidak melihat kepada kemaluannya.”

(Kitab Ar-Raudhah At-Talibin)

Kesimpulan

Ketika sedang buang air dimakruhkan melihat kepada kemaluannya melainkan kerana hajat seperti hendak memastikan bersih atau seumpamanya.

Jika seorang melakukannya juga iaitu melihat kepada kemaluannya maka hukumnya adalah makruh bukannya haram.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Daniey
Daniey
3 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat terima kasih