Kucing Berbaring Atas Sejadah Ketika Solat

Kucing Berbaring Atas Sejadah

Ketika solat, tiba-tiba kucing datang dan berbaring di atas sejadah.

Jadi, apa yang perlu saya lakukan?

Adakah saya perlu tunggu sehingga kucing itu berlalu pergi atau perlu berhenti solat untuk menghalaunya?

Jawapan

Jika berlaku keadaan sebegini, ada beberapa pilihan yang boleh kita lakukan.

Antaranya:

  1. Melangkah ke kanan atau ke kiri sedikit agar ruang untuk solat lebih selesa.
  2. Menolak kucing tersebut ke tepi dengan lemah lembut.
  3. Sujud seperti biasa walaupun kucing tersebut berada di bawah dada kita.

Bagaimana Jika Bersentuh Dengan Kucing?

Persoalannya, jika bersentuhan dengan kucing tersebut, bagaimana?

Jawapannya: tidak mengapa.

Hal ini kerana kucing adalah haiwan yang suci sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi SAW dalam suatu hadis:

[Terjemahan]

Sesungguhnya kucing itu tidak najis, dan sesungguhnya kucing itu adalah haiwan yang berkeliaran di sekitar kamu

(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments