Hukum Cukur Janggut Dalam Islam

hukum cukur janggut

Apakah hukum cukur janggut?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Apakah hukum mencukur janggut bagi orang lelaki?

Bolehkah dipotong bahagian bawah janggut apabila panjang?


JAWAPAN

Jumhur ulamak berjalan kepada haram mencukur janggut bagi lelaki dan makruh ia disisi mazhab Syafie menurut pendapat yang paling sahih.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

Mencukur janggut itu disisi jumhur ulamak fiqah yaitu mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan satu pendapat dari mazhab Syafie ialah haram kerana bersalahan dengan perintah Nabi saw menyuruh peliharanya.

Dan qaul yang asah di sisi mazhab Syafie mencukur janggut itu ialah makruh.”

Dan berkenaan hukum memotong bahagian bawahnya apabila panjang ia bukannya dicukur licin adalah harus.

Berkata Imam Nawawi:

Telah berkata Qadhi ‘Iyadh : Dimakruhkan mencukur janggut dan mengguntingnya dan membakarnya. Dan ada pun memotong yang panjang darinya dan pada kiri dan kanannya adalah elok.”

(Kitab Syarah Muslim)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments