Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Adakah diwajibkan seseorang itu ada wuduk kalau dia mahu membaca Quran atau berzikir?

JAWAPAN

Tidak diwajibkan mempunyai wuduk jika seseorang itu hendak membaca Quran dengan syarat dia tidak menyentuh Quran ketika membacanya.

Hanya diwajibkan atas yang ingin membaca Quran itu dia suci dari hadas besar seperti hadas janabah atau haid.

Tetapi yang afdhal bagi yang mahu membaca Quran itu dia mengambil wuduk kerana dengan ada wuduk dia dapat menyentuhnya dan mendapat pahala berwuduk.

Berkata Syeikh Ibnu ‘Allan As-Syafie :

قال في المجموع إجماع المسلمين على جواز قراءة القرآن للمحدث والأفضل أن يتطهر لها

Ertinya : “Telah berkata Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ telah ijmak sekelian orang Islam atas harus baca Quran bagi yang berhadas kecil. Dan yang afdhalnya ialah bersuci ia yakni berwuduk bagi membaca Quran.” (Kitab Syarah Futuhat Ar-Rabbaniyah)

Tetapi jika seorang yang tidak ada wuduk itu dia baca juga akan Quran maka ianya adalah harus tanpa makruh.

Berkata Imam Al-Ghazali :

ولا نقول قراءة المحدث مكروهة

Ertinya : “Dan tidak kami mengatakan membaca Quran tanpa wuduk itu makruh.” (Kitab Al-Basith)

Dan begitu juga dengan berzikir maka tidak disyaratkan seorang yang hendak berzikir itu mempunyai wuduk dan sekalipun atas orang yang berhadas besar seperti haid dan janabah.

Berkata Imam Nawawi :

أجمع العلماء على جواز الذكر بالقلب واللسان للمحدث والجنب والحائض والنفساء، وذلك في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم والدعاء وغير ذلك

Ertinya : “Telah ijmak oleh ulamak atas harus berzikir dengan hati atau lisan bagi yang berhadas kecil atau yang junub atau yang sedang haid dan nifas. Zikir tersebut termasuk tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Nabi sollallahu alaihi wasallam dan berdoa dan yang lain dari yang demikian itu.” (Kitab Al-Azkaar)

Dan seperti mana membaca Quran maka adalah orang yang berzikir itu afdhal dalam keadaan bersuci dari hadas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Asfa
Asfa
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, jika kita baca Al-Quran dari telefon, perlu kah kita mengambil air wuduk?

dan apa hukum membaca Al-Quran dalam telefon sewaktu haid?