
Apakah maksud Najis Mughallazah?
Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.
Semoga memberi manfaat..
Maksud Najis Mughallazah
Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?
Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.
Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.
Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.
Samak Atau Sertu?
Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.
Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.
1 Samak pula mempunyai beberapa makna.
Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.
Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK
Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.
Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.
Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah
Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?
Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Anjing
Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.
Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.
Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)
Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.
Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.
Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:
“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”
(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)
2. Babi
Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.
Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.
Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.
— Surah al-An’am 6: 145)
Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)
Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?
Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.
Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.
(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)
Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)
Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:
Time needed: 10 minutes
Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.
- Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut
Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.
- Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya
Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.
- Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut
Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.
- Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah
Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.
- Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak
Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih
Penutup
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.
Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.
Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.
Tinggalkan Komen Anda..
Salam. Mertua saya dtg ke rumah bawa makanan yg dimasak di rumah. Dia letak di dalam beg plastik yg bertulisan cina dan ada nama company tu. Untuk sy mengelakkan rasa was2, sy terus keluarkan bekas lauk itu dan buang plastik tu. Setelah 2 minggu kejadian, dlm perjalanan ke rumah mertua, sy terperasan kedai menjual daging babi berdekatan rumah mertua. Logo dan nama se akan2 sama dgn beg plastik tu. Saya cuba untuk menidakkan tp sy x mampu. Saya terfikir, mustahil mertua saya beli di kedai tersebut. Atau sy fikir mungkin jiran cina memberi sesuatu dan letak di dalam beg plastik tersebut. Saya merasa was2 dan takut jika betul plastik tu dari kedai tersebut. Saya terfikir sy pegang bekas makanan tersebut dan pegang barangan seperti meja, kerusi, almari, peti ais tu semua. Tangan itu juga saya suap mkn ke anak sy dan anak sy buang mknn tersebut ke lantai. Saya jadi was2 nk pgg brgn di rumah sy.
Waalaikumussalam wbt.
Hukum asal semua benda adalah suci; yaqin tidak hilang dengan syak (اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّكِّ). Beg plastik berlogo/bernama kedai bukan bukti najis. Ia hanya dikira najis jika ada ‘ain najis (contoh: lemak/cecair babi) dan basah sehingga memindahkan kesan (warna/rasa/bau).
Dalam situasi tuan/puan, sekadar ragu tentang asal beg dan tiada tanda najis di rumah, tangan, bekas lauk, meja, kerusi, peti ais, malah anak yang disuapkan maka hukumnya kekal suci; tidak perlu samak tujuh kali, memadai teruskan seperti biasa.
Jika hati belum tenang, cukuplah basuh sekali dengan air mutlak pada tempat yang dirisaukan, bukan seluruh rumah.
Hanya jika pasti berlaku sentuhan basah dengan najis mughallazah barulah disamak (7 basuhan, satu bercampur tanah) pada bahagian yang terkena sahaja.
Elakkan waswas; banyakkan isti‘ādzah dan jangan dilayan sangka-sangka. Wallahu a‘lam.
Salam ustaz, Nak dijadikan cerita masa saya nak keluar dari rumah ada seekor anjing yang berlari berhampiran pokok halia ibu saya yang condong sedikit.Di hadapan pokok tu ada kolam ikan.Jadi ada sedikit ruang tak besar di antara mereka(Muatlah untuk orang lalu tapi tersentuh daun pokok halia tu), Masa saya kejar anjing tu untuk halau,seluar saya terkena dekat/hujung daun pokok halia.
Saya tak pasti sama ada bulu/badan anjing tu terkena pada hujung/daun pokok halia ibu saya atau tidak.Pagi tadi pun hujan tapi tak lebat(sederhana kot lepas tu gerimis).Bila saya tengok dekat hujung daun dan bahagian daun tu tak basah pon, dan badan anjing tu pon tak nampak macam basah pun.
Saya buang je seluar yang saya pakai tu dan
tengah hari ni saya lalu sekali lagi tempat yang sama dan terkena pada hujung/daun halia tu pada betis saya.
Jadi perlu ke saya sertu/samak? Mohon perjelasan ustaz dan maafkan saya kalau tulisan saya terlalu panjang.Terima kasih.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hukum asal sesuatu itu adalah suci, dan najis anjing hanya berpindah jika ada basah atau lembapan yang ketara berpindah sama ada pada anjing, air liurnya atau pada benda yang disentuh.
Jika kedua-duanya kering, najis tidak berpindah. Kaedahnya, yakin tidak hilang dengan syak iaitu rasa ragu-ragu sahaja tidak menjadikan sesuatu itu najis.
Dalam situasi awak, tidak pasti anjing menyentuh daun, daun kelihatan kering, dan anjing juga tidak nampak basah maka hukumnya tidak najis dan tidak perlu sertu. Begitu juga kali kedua terkena daun pada betis, jika kedua-duanya kering, ia tidak najis.
Jika ada basah berpindah, dan basah itu daripada air hujan sahaja, hukumnya suci dan cukup dibasuh biasa. Hanya jika yakin ada kelembapan liur atau badan anjing berpindah ke pakaian/kulit, barulah wajib sertu pada bahagian yang terkena sahaja.
Cara sertu: basuh tujuh kali dengan air suci, salah satunya dicampur tanah bersih, sehingga hilang bau, warna dan rasa najis.
Tidak perlu membuang pakaian, dan elakkan was-was. Solat seperti biasa jika tiada kepastian berlakunya najis.
Allahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz, seseorang itu duduk untuk beberapa hari dalam rumah yang penuh bulu anjing di lantai dan katil tapi anjing tiada di rumah. Dia juga mandi dan kaki serta badan yang basah terkena bulu anjing. Apa harus dilakukan selepas keluar dari rumah tu?
Waalaikumussalam warahmatullah
Jika badan atau pakaian dalam keadaan basah dan terkena bulu anjing, maka najis telah berpindah dan wajib disertu. Caranya: basuh tempat yang terkena itu tujuh kali, dan salah satu daripadanya mestilah dengan air bercampur tanah.
Tapi jika bulu anjing itu kering, dan badan serta pakaian tuan juga kering, maka najis tidak berpindah. Cukup sekadar buang bulu yang melekat, tak perlu sertu.
Semoga Allah mudahkan urusan tuan dan terpelihara kesucian ibadah.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum Ustaz,
Bagaimana hukumnya kalau anjing menghidu bagasi, bukan terlalu dengan dengan bag tersebut, cuma hampir sahaja. Bag dalam keadaan kering.
Waalaikumussalam warahmatullah.
Jika anjing hanya menghidu bagasi dari jarak dekat tanpa menyentuh, dan bag tersebut dalam keadaan kering, maka bagasi itu tidak dikira terkena najis.
Dalam mazhab Syafi‘e, najis anjing hanya berpindah jika ada sentuhan secara langsung, dan ada lembapan pada salah satu pihak (sama ada mulut/badan anjing atau permukaan bagasi). Kalau kedua-duanya kering, maka tiada najis berpindah dan bag itu kekal suci, insyaAllah.
Semoga Allah permudahkan urusan puan. Aamiin.
Terima kasih atas penerangan Ustaz. Sebenarnya tiada kepastian bahawa hidung anjing tersebut terkena bagasi tersebut atau tidak. Hanya sekadar syak. Perlukah bag itu disertu.?
Soalan seterusnya, pada satu ketika, saya ada turunkan bagasi beroda di kawasan luar pagar rumah kawan saya yang ada anjing berkeliaran. Namun tidak ada jelas yang roda bagasi tersebut terkena najis anjing, tetapi hanyalah tanah2 di luar pagar tersebut. Perlukan roda dan bagasi tersebut disertu?
Terima kasih atas penerangan language ustaz. Pemikiran was was saya terlalu tinggi hingga mengganggu urusan saya. Saya mohon nasihat.
Sebagai maklumat tambahan, bag yang pertama tidak terdapat kesan apa2 ataupon bau. Cuma sekadar syak.
Waalaikumussalam warahmatullah.
1. Untuk bagasi pertama
Jika puan hanya berasa syak (tidak pasti) sama ada hidung anjing benar-benar menyentuh beg atau tidak, dan tiada kesan lembapan, bau atau najis yang jelas, maka bag tersebut kekal suci dan tidak perlu disertu. Dalam Islam, kita pegang kaedah: “Yakin tidak hilang dengan syak.”
2. Untuk roda bagasi yang diletakkan di luar pagar
Selagi tiada bukti jelas bahawa roda terkena najis anjing (contohnya kesan najis basah atau jilatan), dan hanya terkena tanah biasa yang tidak diketahui statusnya, maka tidak wajib disertu. Cukup sekadar lap atau basuh seperti biasa.
Terima kasih di atas pencerahan ustaz. Seterusnya adalah soalan terakhir saya.
Harini saya diberikan sebuah laptop sementara di pejabat memandangkan laptop saya sendiri dilanda masalah.
Saya dimaklumkan oleh pekerja IT bahawa laptop ini telah berada di dalam lab simpanan dalam beberapa bulan. Laptop ini adalah pernah digunakan oleh orang lain yg terdahulu.
Di atas laptop sementara berkenaan terdapat sedikit palitan lama, yang tidak diketahui apakah ia (kemungkinan bekas titisan air, atau makanan, atau sebagainya) yang tidak mempunyai bau melainkan sedikit palitan.
Selepas terpegang dengan jari, saya meminta pekerja IT tersebut mengelap bahagian tersebut.
Untuk makluman ustaz, syarikat saya terdiri dari banyak kaum bukan Muslim.
Persoalannya, perlukah saya merasa ragu-ragu dan was was dengan palitan tersebut?
Terima kasih Ustaz.
Berdasarkan situasi yang puan nyatakan, palitan pada laptop yang sudah lama disimpan itu tidak perlu diragui, kerana dalam Islam, asal sesuatu benda itu adalah suci selagi tiada bukti yang jelas menunjukkan ia terkena najis.
Tambahan pula, palitan tersebut sudah kering, tiada bau, dan tidak diketahui asal usulnya, maka tidak perlu disertu, dan puan boleh menggunakannya seperti biasa.
Puan juga telah mengambil langkah berhati-hati dengan meminta ia dilap, dan itu sudah cukup memadai.
Jika puan sering mengalami was-was seperti ini, cuba latih diri untuk berpaut pada kaedah fiqh: “Yakin tidak hilang dengan syak.” Jangan terlalu memeriksa atau berfikir berulang kali kerana itu hanya akan menguatkan rasa was-was.
Semoga Allah memudahkan segala urusan.
Salam, saya ada soalan
Beberapa hari yg lalu saya ke rumah client dan rumahnya ada anjing dan di sekitar rumahnya terdapat beberapa pelapik najis yang diletakkan di lantai. Ada sekali saya berjalan dan tidak perasan saya telah memijak alas najis tersebut sedikit di bahagian tumit saya. saya memakai stoking dan setelah saya periksa stoking saya kering sebelum dan selepas kejadian.
Keadaan pelapik itu pula saya lihat ada beberapa spots kuning menandakan air kencing anjing itu. Seingat saya, saya hanya pijak di hujung pelapik yg bila saya lihat semula, kawasan itu tiada spots kuning. Adakah najis telah berpindah ke saya punya stoking ?
Dan jika pelapik itu lembap, najis akan dipindahkan cumanya adakah najis itu akan dipindahkan walau kelembapannya hanya sedikit ?
Waalaikumussalam warahmatullah.
Dalam mazhab Syafi‘e, najis seperti air kencing anjing hanya akan berpindah jika ada lembapan yang ketara dan kena pada permukaan yang juga lembap. Tapi jika stoking tuan kering sebelum dan selepas terpijak, dan kawasan yang dipijak pula tidak jelas ada kesan basah atau najis, maka stoking tuan dikira suci, insyaAllah.
Kita pegang kaedah: “Asal sesuatu itu suci selagi tiada bukti jelas sebaliknya.” Jadi selagi tiada kesan basah yang berpindah ke stoking, tiada najis dianggap terkena.
Kalau masih rasa was-was, boleh sahaja basuh stoking seperti biasa, tapi tidak perlu sertu, kerana tiada kepastian najis berpindah.
Semoga Allah beri ketenangan hati dan permudahkan urusan tuan. Aamiin.
Salam Tuan, saya ada soalan.
1) Saya bekerja di syarikat yang majoritinya adalah pekerja non-muslim. Saya tahu dan pasti adanya di antara mereka yang membawa bekal makanan dari rumah berunsurkan daging khinzir dan kemudian mereka akan menggunakan sinki di pantri yang dikongsi bersame. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan sink ini? Tidakkah sinki, pili air dan sebagainya dikira najis? Jika ia dikira najis mughallazah, adakah dengan menyentuh sinki ini dalam keadaan basah (tetapi ain najis tiada), menyebabkan tangan saya menjadi najis dan perlu disertu juga? Dahulu saya menggunakan sinki untuk membasuh pinggan dan sebagainya dan dalam beberapa bulan lepas saya mula berasa was-was dan berhenti menggunakannya.
2) Adakah najis mughallazah berpindah walaupun ain-nya telah pun hilang? Contoh. Saya ada makan coklat mousse, di mana coklat ini telah terkena tangan saya. Dan saya telah membasuh tangan di sinki di rumah. Setelah itu, tangan saya telah menyentuh pelbagai barang di rumah dan di luar dalam keadaan basah. Seminggu selepas itu, saya dapat tahu bahawa coklat mousse ini mengandungi gelatin daripada khinzir. Adakah barang-barang yang telah saya sentuh dalam keadaan tangan yang basah ini sudahnya menjadi najis dan perlu disertu? Bagaimana dengan barang-barang seperti laptop dan sebagainya? Bagaimana pula dengan barang di luar rumah seperti tombol pintu di pejabat?
Waalaikumussalam,
1) Penggunaan sinki pejabat (dikongsi dengan non-Muslim):
Selagi tiada bukti jelas bahawa najis mughallazah (seperti daging khinzir yang basah) terkena pada sinki atau pili air, maka hukum asal adalah suci.
Dalam mazhab Syafi‘e, sesuatu hanya dihukumkan najis jika ada ‘ain najis (bentuk/rupa/kesan najis) yang dapat dilihat dan berlaku sentuhan basah.
Jika sinki hanya digunakan untuk membasuh bekas tanpa ada sisa atau kesan babi yang kelihatan, maka penggunaannya tidak menajiskan tangan dan tidak wajib sertu. Was-was yang timbul tanpa bukti jelas boleh diabaikan.
2) Gelatin khinzir dalam coklat mousse (kesan berantai):
Jika tangan tuan terkena makanan yang sah mengandungi gelatin babi, dan tangan dalam keadaan basah, maka tangan perlu disertu (7 basuhan, salah satunya dengan air bercampur tanah).
Namun, jika selepas itu tuan menyentuh barang lain dalam keadaan kering atau tidak pasti basah, maka najis tidak berpindah, dan barang-barang tersebut dikira suci.
Kaedah fiqh menyebut: “Yakin tidak hilang dengan syak”, jadi tidak perlu menyertu seluruh rumah atau barangan yang disentuh dalam keadaan ragu-ragu.
Semoga penjelasan ini membantu dan menenangkan hati.
Wallahu a‘lam.
Salam Ustaz, terima kasih atas maklum balas yang pantas. Saya ada soalan lanjut seperti di bawah:
1) Tidakkah dengan mengetahui bahawa mereka menggunakan sinki pejabat untuk membasuh bekas makanan berunsurkan khinzir cukup untuk mengatakan sinki itu najis? Hal ini kerana zat khinzir itu telah pun terkena pada sekurang kurangnya satu bahagian di dalam sinki dan airnya kemudian mengalir ke seluruh bahagian sinki? Dan bagaimana pula kalau waktu saya menunggu giliran untuk membasuh, saya melihat sendiri seseorang membasuh bekas makanan yang ada khinzir dan lihat kuahnya terkena pada seluruh bahagian sinki, dan mereka membasuh sehingga tiada zat khinzir. Bolehkah saya menggunkan sinki itu walaupun saya sudah lihat sendiri?
2) Bagaimana pula dengan barangan yang saya pasti telah sentuh dengan tangan yang basah? Contoh seperti pili air di rumah, pili air di pejabat dan sebagainya? Saya juga ada baca daripada salah satu soal jawab Ustaz bahawa untuk najis dikira berpindah, salah satu permukaan yang bersentuhan mestilah basah dan najisnya harus ada. Oleh itu, mengapa tangan saya yang sudah tiada zat gelatin itu setelah dibasuh dengan air (tanpa sertu) masih menajiskan benda benda lain? Dan saya runsing memikirkan betapa banyaknya barang yang harus disertu, dan bagaimana pula dengan barang yang bukan hak milik saya seperti barangn di pejabat, barangan di kedai makan. Adakah saya harus elak bersentuhan dengan barangan ini sekiranya tangan saya basah?
Waalaikumussalam,
Terima kasih atas soalan susulan
1/ Tentang sinki yang terkena kuah khinzir:
Jika puan melihat sendiri bekas makanan berunsur khinzir dibasuh dan kuahnya terkena bahagian sinki secara basah, maka bahagian tersebut memang menjadi najis mughallazah dan memerlukan sertu (7 kali basuhan, salah satunya dengan air bercampur tanah).
Namun begitu, jika najis telah hilang dan sinki telah dibersihkan dengan air mengalir, maka berdasarkan qiyas kepada air dua qullah dan pandangan ulama kontemporari, penggunaan semula sinki itu dibenarkan dengan syarat kita tidak terkena bahagian najis secara langsung dan basah.
Dalam keadaan seperti ini, kita boleh berpegang kepada hukum asal kesucian kerana kaedah fiqh menyebut:
2/ Tentang tangan yang basah selepas terkena makanan ada gelatin babi:
Jika tangan terkena makanan yang mengandungi gelatin babi dalam keadaan basah, dan belum disertu, maka tangan itu masih dikira najis mughallazah. Jika kemudian tangan itu menyentuh barang lain yang juga basah, najis boleh berpindah.
Namun jika:
.. maka najis tidak dikira berpindah, kerana kaedah fiqh menyebut:
Berkenaan barang awam seperti tombol pintu pejabat, barangan kedai makan, dan sebagainya, puan tidak wajib mengelak atau menyertu, kerana ia termasuk dalam konsep ‘umūm al-balwā, iaitu situasi yang berlaku secara meluas dan sukar dielakkan.
Ulama menyatakan bahawa najis dalam keadaan seperti ini dimaafkan kerana kesukaran mengawalnya secara individu.
Semoga jawapan ini membantu menjernihkan kekeliruan dan memberi ketenangan.
Wallahu a‘lam.
Asalamualaikum Tuan, izinkan saya untuk bertanya beberapa hal berkaitan dengan topik ini. Saya harap Tuan boleh jawab soalan saya yang agak aneh ini..
Jadi, saya ada kawan non muslim dan dia ada anjing, tapi setiap kali saya pegi rumah dia, anjing tu dalam sangkar. Haritu saya pergi ke rumah dia untuk keluar berjalan, dan saya tengok bahagian luar rumah ada najis anjing yang belum dibersihkan. Memang boleh bau dan bau tu memang kuatla, nampak pun macam masih baru. Jadi saya elak bahagian ada najis tu dan saya pijak di bahagian yang tiada najis. Masa balik, saya balik ke rumah dia semula untuk tunggu transport saya. Bila saya tengok balik, najis tu dah tiada. Mungkin sudah dibersihkan oleh ibu bapa dia dan sebab semasa kami diluar, masa tu tengah hujan. Jadi saya pun pijaklah dan masuk ke rumah dia, tapi saya masih cuba untuk ingat balik kedudukan najis tersebut dan cuba elak. Tetapi, saya masih rasa ragu-ragu kalau kasut yang saya pakai itu terpijak tempat najis sebelumnya atau tidak.
Soalan pertama saya: Adakah kasut yang saya pakai dan dan laman rumah saya yang dipijak menggunakan kasut tersebut perlu disertu? Laman rumah saya ada yang kene hujan, ada yang tidak.
Seterusnya, kawan non muslim saya memang makan babi, mungkin menggunakan tangan atau sudu. Tetapi, saya jadi ragu-ragu kalau saya terpegang tangan atau pun barangan dia, sama ada dalam keadaan kering atau basah, saya takut jika berlakunya pemindahan najis mughallazah tanpa saya sedar. Sebagai contoh, semalamnya dia makan babi. Keesokan harinya, saya dan dia bersama rakan-rakan lain keluar dan kami bersentuhan tangan dan barangan.
Soalan kedua saya: Adakah saya perlu sertu pada bahagian dan barangan yang tersentuh sekiranya terdapat keraguan? Tetapi, saya tidak ada bukti yang sahih jika dia ada makan atau tidak, babi pada hari sebelumnya.
Waalaikumussalam warahmatullah
1. Tentang kasut dan lantai rumah selepas elak najis anjing
Jika puan tidak pasti sama ada betul-betul terpijak najis anjing atau tidak, dan najis itu pun sudah dibersihkan serta terkena hujan, maka kasut dan tempat yang dipijak itu dikira suci.
Islam tidak membebankan kita untuk bertindak berdasarkan sangkaan atau rasa waswas. Selagi tiada keyakinan jelas terkena najis secara fizikal (warna, bau, atau kesan yang nyata), tidak perlu disertu.
2. Tentang sentuhan rakan bukan Muslim yang mungkin makan babi
Dalam mazhab Syafi‘e, najis babi hanya berpindah apabila ada kesan najis yang basah dan menyentuh anggota yang juga basah. Jika puan tidak nampak kesan makanan itu secara jelas, dan hanya sekadar sangkaan atau kebimbangan (contoh: mungkin semalam dia makan), maka sentuhan itu tidak menyebabkan najis berpindah dan tidak perlu disertu.
Islam sangat menekankan keyakinan dan tidak membebankan umatnya dengan perkara yang tidak pasti.
Teruskan beribadah dengan tenang. Waswas adalah lintasan yang boleh diabaikan apabila kita berpegang pada prinsip fiqh yang jelas.
Semoga Allah sentiasa memelihara puan dan memberkati setiap usaha menjaga kesucian.
Wallahu a‘lam.
salam ustaz. ingin bertanya. jikalau kita yakin basuhan sertu pertama itu sempurna lalu silang beberapa jam timbul keraguan tentang kaedah basuhan lalu kita ulangi semula basuhan sertu tersebut, adakah basuhan pertama tadi dianggap tidak sah?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Wallahu a‘lam.
salam ustaz, saya ingin bertanya. anjing bergesel di belakang seluar tetapi semasa sertu tersilap sertu dibahagian depan seluar, lalu selepas habis sertu dibahagian depan, saya sertu di bahagian belakang pula dan saya pun bilas seluar tersebut tetapi timbul was-was tentang basuhan sertu di bahagian belakang tersebut lalu saya ulangi kembali sertu belakang seluar. soalannya adakah saya perlu sertu semula dibahagian depan?
jika pakaian yang kena sertu itu banyak, adakah kita perlu sertu tangan kita dulu sebelum memulakan sertuan pakaian seterusnya atau sertu kesemuan pakaian dulu baru sertu tangan kita?
Waalaikumussalam puan Nur,
Terima kasih atas pertanyaan lanjut puan.
Bagi persoalan puan:
Prinsip umum dalam hal ini:
Wallahu a‘lam.
terima kasih ustaz, satu lagi pertanyaan, jikalau semasa basuhan air campur tanah, kita menggunakan tangan untuk meratakan air kebahagian najis(najis tersebut hanyalah geselan dari anjing,tiada bulu yang melekat) tersebut selepas itu, menggunakan air mutlak dan ratakan air lagi. adakah semasa kita rata air itu ada najis berpindah?
Waalaikumussalam puan Nur,
Terima kasih atas soalan lanjutan yang sangat baik.
Sekiranya semasa membasuh dengan air tanah, puan menggunakan tangan untuk meratakan air ke bahagian pakaian yang terkena najis (dalam hal ini, kesan geselan daripada anjing tanpa ada bulu atau najis yang melekat), dan tiada kesan najis seperti bau, rasa atau warna yang berpindah ke tangan, maka najis tidak dianggap berpindah dan tangan puan tidak perlu disertu.
Namun, sekiranya timbul keraguan seperti terasa ada kesan najis berpindah ke tangan (contohnya rasa berlendir atau berbau), maka lebih baik jika tangan disertu terlebih dahulu sebelum meneruskan bilasan seterusnya — sebagai langkah berhati-hati dan untuk lebih yakin dalam penyucian.
Kesimpulannya, jika yakin tiada najis berpindah ke tangan, tidak perlu sertu tangan.
Tetapi jika was-was atau terasa najis berpindah, lebih baik sertu tangan terlebih dahulu.
Semoga penjelasan ini membantu dan memberi ketenangan, insyaAllah.
Wallahu a‘lam.
Waalaikumussalam warahmatullah puan Sha,
Berdasarkan situasi puan:
1/ Sertu bahagian depan terlebih dahulu:
Ini tidak menjejaskan keseluruhan sertu, kerana najis asal adalah di belakang seluar, bukan di depan. Basuhan sertu bahagian depan sebelum ini dikira sah dan tidak perlu diulang semula, kerana ia tidak berkait dengan najis asal.
2/ Sertu bahagian belakang dan ulang basuhan:
Apabila puan ulang sertu di bahagian belakang disebabkan was-was, ia hanyalah langkah tambahan. Yang penting, sertu di bahagian belakang telah dilakukan mengikut syarat (satu basuhan air bercampur tanah + enam bilasan air bersih).
Wallahu a‘lam.
Assalam ustaz ,pagi masa nak pergi kerja hujan, jadi pada laluan sy nak pergi kerja jalan masih basah dan pada waktu itu hujan telah pun berhenti ,pada jalan depan ada lori besar dan percikan air terkena pada keseluruhan baju hujan ,seluar kerja,helmet dan kasut(tidak berstokin).sy juga perasan terlanggar bangkai haiwan yg masih baru(kawasan tersebut mmg byk anjing) selepas lori besar melalui jalan itu. Sy yakin itu bangkai haiwan disebabkan bau yg melekat di helmet amat kuat sebelum sy lalu jalan mempunyai bangkai itu dan sebelum itu sy dh terkena dgn percikan air di belakang lori yg melalui jalan tersebut .soalan sy
1) Sy bekerja sehingga ptg jadi lepas balik baru sy basuh baju hujan,baju kerja dan kasut ke dalam mesin basuh berserta dengan sabun safi(sabun yg mempunyai tanah) dan sy ulang semula selepas itu tanpa letak sabun utk sertu guna air biasa lebih dari 6 kali .helmet pula sy basuh guna sabun safi sekali dan basuh guna air biasa 6 kali .adakah basuhan itu sah? Dan bagaimana dengan baju dan seluar sy yg masih basah adakah najis itu berpindah?logiknya jika helmet sy seperti ada bau najis di atas mana mungkin seluar sy yg tidak ada bau najis tidak terkena najis?
Waalaikumussalam warahmatullah tuan,
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab secara ringkas:
1/ Status percikan air jalan dan terkena bangkai
Jika percikan air itu tidak ada kesan najis yang jelas (seperti perubahan bau, warna, atau rasa air), maka ia dihukumkan suci mengikut kaedah asal dalam fiqh.
Bau semata-mata tidak menyebabkan sesuatu itu najis, kerana najis mesti mempunyai bendanya (‘ain najasah) yang boleh dilihat atau dirasa.
2/ Basuhan pakaian, kasut, dan helmet
Tuan telah membasuh menggunakan sabun Safi (yang mengandungi tanah) dan bilasan air lebih enam kali. Ini menepati syarat sertu dalam Mazhab Syafi‘e:
Maka, basuhan tersebut sah, dan pakaian, kasut serta helmet tuan dikira suci semula, insya-Allah.
3/ Adakah najis berpindah ke pakaian lain yang basah?
Najis hanya berpindah sekiranya dua permukaan basah bertemu dan ada bendanya. Dalam kes tuan, jika hanya ada bau tanpa bukti bendanya melekat pada pakaian lain, maka baju dan seluar tersebut kekal suci.
Semoga jawapan ini memberi ketenangan kepada tuan. Jika ada pertanyaan lanjut, tuan dialu-alukan untuk bertanya.
Wallahu a‘lam.