Hukum Berhenti Baca Fatihah Pada Ayat “An’ Amta Alaihim”

Berhenti Baca Fatihah

Apakah hukum berhenti bacaan fatihah pada ayat an’ amta alaihim kerana nafas pendek?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ingin bertanya tentang bacaan surah fatihah ayat terakhir jika seorang itu pendek nafasnya adakah boleh dia berhenti pada bacaan an’amta alaihim kemudian dia membaca ayat yang selepasnya sampai habis?


JAWAPAN

Bacaan yang afdhal ketika membaca surah fatihah ialah dibaca dengan tujuh kali berhenti kerana fatihah itu mengandungi tujuh ayat.

Oleh itu pada ayat yang terakhir yang afdhal ialah dibaca satu ayat yang penuh iaitu :

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Akan tetapi bagi siapa yang pendek nafasnya sekira-kira tiada dapat dia membaca satu ayat yang penuh maka harus dia berhenti pada أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dan kemudian dia mulakan dengan غَيرِ المَغضُوبِ.

Jadi bacaan bagi yang pendek nafasnya ialah :

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ

Kemudian dibaca pula:

غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tersebut pada kitab Fathul Muin:

Dan yang lebih utama ialah tidak berhenti atas أنعمت عليهم kerana sungguhnya ia bukanlah tempat berhenti dan bukan pula penyudah ayat di sisi kami.

Maka jika seorang itu berhenti di sini nescaya tidak disunatkan dia ulangi dari awal ayat.”

Artinya bacaan yang paling afdhal ialah membaca semua satu ayat dan tidak berhenti pada أنعمت عليهم.

Tetapi siapa yang pendek nafasnya maka harus dia berhenti pada أنعمت عليهم dan tidak disunatkan lagi dia ulang dari awal sebaliknya sambung bacaan yang seterusnya hingga selesai.

Dan hendaklah diketahui bahawa membaca dengan berhenti pada أنعمت عليهم kerana tidak cukup nafas itu tidaklah merosakkan sembahyangnya.

Berkata Syeikh Syubramalisi :

Maka jikalau seorang itu berhenti atasnya nescaya tidak memudaratkan pada sembahyangnya dan yang eloknya ketiadaan mengulangi apa yang dia telah berhenti atasnya dan mulalah dengan ayat yang selepasnya.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hairil
Hairil
1 bulan yang lalu

Salam nak tanya utk bacaan al fatihah yg bersambung yg seperti mukadimah itu kemudian jika saya nak baca ayat seterusnya dengan bacaan seperti biasa tidak bersambung boleh ke? Contohnya ayat 2,3,4 disambung tetapi ayat 5 tak bersambung, ayat 6 tidak bersambung dan ayat 7 tidak beraambung.

terima kasih

Mohd Hairil
Mohd Hairil
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Alhamdulillah terima kasih sangat2 atas pencerahan