Bagaimana Cara Qadha Solat Yang Terlupa Mana Satu?

Qadha Solat Yang Terlupa Mana Satu

Seseorang telah terlupa mengerjakan satu solat fardhu pada suatu hari dan kemudian dia lupa manakah satu solat yang dia lupa itu maka bagaimanakah cara qadhanya?

JAWAPAN

Solat fardu yang ditinggalkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja sama ada sebab tertidur atau terlupa tetap wajib dikerjakan bila dia bangun dari tidur dan sedar dari lupanya itu.

Panduan lengkap qadha solat fardu boleh dilihat pada pautan ini

Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda:

من نسي صلاة أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها

Ertinya : “Barangsiapa yang lupa akan satu solat atau tidur ia daripadanya maka kafarahnya ialah bahawa dia kerjakan solat tersebut apabila dia ingat.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Ini ialah ketika dia tahu solat mana yang ia tinggalkan.

Contohnya apabila dia bangun dari tidur dia baru teringat bahawa semalam dia belum solat maghrib maka wajib dia qadha dengan melakukan solat maghrib.

Ada pun jika dia tidak dapat pastikan mana satukah solat yang dia telah tinggal atau lupa itu maka wajib dia lakukan lima solat iaitu subuh dan zuhur dan asar dan maghrib dan isyak menurut pendapat yang sahih supaya dia yakin bahawa solat yang telah ditinggalkan itu telah diqadha.

Berkata Syeikh Ramli :

و الأصح أن من نسي إحدى الخمس ولم يعلم عينها وجب عليه أن يصلي الخمس لتبرأ ذمته بيقين

Ertinya : “Dan pendapat yang paling sahih bahawa siapa yang terlupa salah satu dari solat yang lima dan tidak tahu ia solat yang mana satu maka wajib atasnya bahawa kerjakan kesemua lima solat supaya terlepaslah tanggungjawabnya dengan yakin.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj)

Berkata Imam As-Syairazi :

ومن نسي صلاة من الخمس ولم يعرف عينها لزمه أن يصلي الخمس

Ertinya : “Dan siapa yang lupa akan satu solat dari solat yang lima waktu dan tidak pasti ia akan yang mana satu maka wajib dia kerjakan akan kelima-lima solat.” (Kitab At-Tanbih fi Fiqh As-Syafie)

Dan berkata As-Syeikh Al-Asnawi :

إذا نسي صلاة من الخمس ولم يعلم عينها فيلزمه الخمس

Ertinya : “Apabila seorang itu lupa akan satu solat dari lima waktu dan dia tidak tahu mana satukah ia maka wajib dia kerjakan kelima-limanya.” (Kitab At-Tanqih)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments