Adakah Sunat Ziarah Kubur Pada Hari Jumaat Sahaja?

Ziarah Kubur Pada Hari Jumaat

Adakah sunat ziarah kubur pada Hari Jumaat sahaja?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Benarkah dikata setengah orang ziarah kubur hanya sunat pada hari jumaat sahaja?


JAWAPAN

Bermula ziarah kubur itu disunatkan dengan ijmak ulamak pada setiap hari yakni pada setiap hari disunatkan ziarahnya.

Ada pun pada lebih kuat disunatkan ziarah kubur pada hari jumaat itu maka berlaku perselisihan ulamak mazhab padanya.

Berkata ulamak mazhab Hanafi dan Maliki lebih disunatkan ziarah pada hari jumaat manakala ulamak mazhab Syafie berkata lebih disunatkan ialah pada petang hari khamis sehinggalah pagi hari sabtu.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jaziri :

Bermula ziarah kubur itu disunatkan kerana mengambil pengajaran dan mengingatkan kepada hari akhirat.

Dan bersangatan lagi dituntut pada hari jumaat yaitu sehari sebelumnya dan sehari selepasnya di sisi mazhab Hanafi dan Maliki dan telah bersalahan oleh mazhab Hanbali dan Syafie yaitu ulamak mazhab Hanbali berkata dengan tiada kelebihan satu hari atas hari yang lain dan ulamak mazhab Syafie berkata lebih disunatkan ziarah itu mula dari waktu asar hari khamis hinggalah naik matahari hari sabtu dan inilah pendapat yang kuat dalam mazhab Maliki.”

(Kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


Artikel berkaitan topik ini:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments