Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati

Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang mati

Apakah hukum bayar zakat fitrah bagi orang yang telah mati?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Kalau seseorang itu tidak membayar zakat ketika hidup adakah warisnya kena bayar selepas dia mati?

Duit untuk bayar zakat si mati itu duit siapa?


JAWAPAN:

Apabila seorang itu diwajibkan atasnya membayar zakat tetapi tiada ia bayar lalu mati ia maka wajib dibayar zakat tersebut sebagai hutang si mati dari harta si mati itu sendiri.

Jika si mati tidak membayar masa ia hidup itu kerana lupa maka tidak berdosa dan jika sengaja atau dilambatkan sampai mati ia maka berdosa ia.

Berkata Imam Syairazi:

ومن وجبت عليه الزكاة وتمكن من أدائها فلم يفعل حتى مات وجب قضاء ذلك من تركته لأنه حق مال لزمه في حال الحياة فلم يسقط بالموت كدين الآدمي

Ertinya:

Barang siapa yang wajib atasnya zakat dan berpeluang ia membayarnya tapi tidak ia bayar sampai ia mati maka wajib qadha zakat tersebut dari harta peninggalan si mati itu kerana sungguhnya zakat itu hak harta yang wajib baginya ketika dia hidup dan tidak terhapus sama sekali dengan sebab mati seperti mana hutang kepada manusia.”

(Kitab Al-Muhazzab)

Kesimpulan

Jika seorang itu tidak membayar zakat pada hal zakat telah wajib atasnya lalu mati ia maka wajib dikeluarkan dari harta peninggalannya untuk membayar zakat tersebut sebagai qadha hutang si mati kepada Allah.

Jika si mati tidak meninggalkan sebarang harta maka hendaklah warisnya membayarkannya dari harta mereka.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments