Hukum Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Keputihan

Apakah hukum solat dengan pakaian yang terkena keputihan?

Adakah perlu basuh sebelum solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Saya perempuan yang selalu keluar keputihan.

Soalan saya adakah keputihan itu najis dan jika kena pakaian solat adakah wajib dibasuh sebelum solat?


JAWAPAN:

Keputihan ialah cecair yang keluar dari faraj wanita.

Keputihan yang keluar dari bahagian dalam faraj pada kawasan yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak maka ia adalah najis.

Keluar keputihan membatalkan wuduk dan wajib dibasuh jika hendak solat dan pakaian yang terkena keputihan itu adalah mutannajis tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Berkata Syeikh Jamal:

فَإِنْ خَرَجَتْ مِنْ مَحِلٍّ لَا يَجِبُ غَسْلُهُ فَهِيَ نَجِسَةٌ ؛ لِأَنَّهَا رُطُوبَةٌ جَوْفِيَّةٌ وَهِيَ إذَا خَرَجَتْ إلَى الظَّاهِرِ يُحْكَمُ بِنَجَاسَتِهَا وَإِذَا لَاقَاهَا شَيْءٌ مِنْ الطَّاهِرِ تَنَجَّسَ

Ertinya:

Maka jika keputihan itu keluar ia dari kawasan yang tidak wajib membasuhnya maka ia adalah najis kerana ia adalah cecair yang terbit dari sebelah dalam.

Bila keputihan ini keluar sampai kawasan zahir faraj maka dihukumkan dengan najis.

Dan apa sahaja yang benda suci bersentuh dengannya menjadi ternajis.”

(Kitab Hasyiah Jamal)

Kesimpulan

Keputihan ialah cecair yang terbit dari dalam faraj wanita dan ia adalah najis.

Jika keluar ia sampai kawasan yang zahir yaitu bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika bersuci maka ia membatalkan wuduk.

Pakaian yang terkena keputihan wajib dibasuh jika hendak dipakai pakaian itu di dalam solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

23 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amirah
Amirah
8 hari yang lalu

assalamualaikum sya nak tnya kalau ada keputihan dekat seluar dalam tpi kita cuci guna air biasa shaja..masih sah solat tak kalau tak tukar?

Najihah
Najihah
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum saya sudah mencuci keputihan pada kemaluan tapi saya tak cuci di pakaian saya. Saya baru perasan apabila selesai solat. Apakah solat saya sah atau perlu diulang semula?

aween
aween
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nk tanya kalau ikut cara bg org yg keluar keputihan perlu pakai pantyliner sebelum solat, tapi kalau tk pakai ia, hanya basuh saja pada faraj dan wudhu adakah masih sah solat? Terima kasih.

aween
aween
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Ok terima kasih

Ros
Ros
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Nak halang cemana?x kan nk sumbat ngan benda2 pulak, kang jd menda lain pulak

Ir
Ir
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum,
Bagaimana pula jika tidak pasti sama ada keputihan keluar ketika solat atau selepas solat?

Ir
Ir
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Baik, terima kasih

Fitri
Fitri
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum nak tanya, kalau pakai panti linear dan ada keputihan di panti linear, adakah kena basuh & tukar dulu baru boleh solat?

Qasrina
Qasrina
3 tahun yang lalu

Adakah sah solat jika ada keputihan

Secret .
Secret .
3 tahun yang lalu

Kalau terkena pada pakaian dan hanya cuci menggunakan tisu serta air semata mata sahaja adakah pakaian itu boleh dibawa solat ? ( Sudah cuci hingga tidak kelihatan pada pakaian )

Hamba Allah
Hamba Allah
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum,
Lembapan pada faraj suci kah?
Kerak dari lembapan faraj yang terkena pada seluar wajib dibasuh kah?

Normahyati binti jamani
Normahyati binti jamani
4 tahun yang lalu

Salam ustz..sy ingin brtnya..sblum sy mngambil air wuduk sy buang air kecil dahulu..tp bila sy solat sujud dn dduk sy rsa mcm ada air kluar rsa panas2..ada kah solat sy sah atu tdk?trima ksh

Ainul
Ainul
4 tahun yang lalu

Jazakallahu khairan..Terima kasih ?