NIAT PUASA SUNAT SYAABAN & KELEBIHANNYA

niat puasa sunat syaaban

Bagaimana niat Puasa Sunat Syaaban?

Artikel ini akan membantu anda mengetahui niat Puasa Sunat Syaaban secara mudah dan ringkas.

Ejaan rumi dan lafaz niat dalam Bahasa Melayu juga disediakan.

Pengenalan Bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah. 

Syaaban juga dikenali sebagai bulan ‘penyimpangan’ atau ‘berpecah’.

Ini kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).

Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Sabda Nabi SAW:

Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya.

Antara lain sabdanya lagi:

Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Bagi memperoleh Ramadan yang cemerlang, persediaan dalam Bulan Syaaban cukup penting, ibarat pecutan terakhir dalam pertandingan lumba lari.

Insya-Allah, sekiranya amalan dalam bulan Syaaban dijalankan dengan ikhlas dan konsisten, Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan Ramadan kita berlalu sia-sia.

Syaaban, walaupun kedudukannya begitu hampir dengan Ramadan, ramai yang tidak begitu menitikberatkan amal kebajikan dalam bulan ini.

Bukan bermaksud wajib beramal pada bulan Syaaban, tetapi bagi mereka yang mengetahui kepentingan Ramadan, sudah tentu amalan pada Bulan Syaaban diusahakan sebaik mungkin.

Maksud Puasa Sunat Syaaban

Puasa Sunat Syaaban adalah satu puasa sunat yang dilakukan pada Bulan Syaaban.

Puasa sunat ini adalah ibadat yang cukup ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini dapat dilihat menerusi kesungguhan Baginda menghidupkan siang hari dengan berpuasa sunat.

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah RHA yang menceritakan:

Nabi Muhammad SAW tidak (pernah) berpuasa dalam sebulan lebih banyak daripada (puasanya dalam) bulan Syaaban. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah berpuasa sepanjang bulan Syaaban.”

(Riwayat al-Bukhari)

Niat Puasa Sunat Syaaban

 Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Adaa’i Sunnati Sya’bana Lillaahi Ta’Aala 

Bagi memudahkan, memadai berniat dalam hati seperti ini:

Sahaja aku berpuasa sunat Syaaban esok hari kerana Allah Taala

Nota

Tiada lafaz nat yang khusus bagi puasa pada bulan Syaaban.

Seseorang itu dikira berniat apabila terdetik hasrat melakukan satu perbuatan ataupun ibadat.

Bagi sesetengah individu, melafazkan niat membantu menghadirkan atau menegaskan niat yang ada dalam hati mereka.

Larangan Berpuasa Setelah Nisfu Syaaban

Daripada hadis Nabi yang sudah ditunjukkan, secara umumnya, kita boleh mengamalkan puasa sunat ini sepanjang Bulan Syaaban.

Namun, ada hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Apabila berbaki separuh daripada bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.”

(Riwayat at-Tirmizi)

Hadis di atas menyatakan larangan berpuasa selepas 15 Syaaban.

Namun terdapat pengecualian bagi:

Antara hikmah larangan berpuasa sunat selepas pertengahan Syaaban adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini disebabkan bulan Ramadan sudah menghampiri, dan kita mahu mengelakkan berlaku penambahan ataupun berlebih-lebihan dalam ibadat Ramadan.

Malam Istimewa Nisfu Syaaban

solat witir

Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu Malam Nisfu Syaaban.

Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”

(Riwayat Ibn Majah).

Kelebihan Puasa Sunat Bulan Syaaban

niat puasa enam dan qadha

Antara kelebihan-kelebihan melakukan puasa sunat Syaaban adalah seperti berikut:

  1. Melihatkan kesungguhan Nabi Muhammad SAW berpuasa dalam bulan Syaaban, sebahagian ahli ilmu mengatakan Syaaban adalah bulan terbaik berbanding bulan-bulan lain.
  2. Puasa pada bulan Syaaban adalah sangat dituntut. Nabi Muhammad SAW sendiri banyak berpuasa sunat dalam bulan Syaaban.
  3. Dalam bab hikmah puasa Syaaban, Ibnu Rajab mengatakan, ramai manusia menitikberatkan bulan Rejab dan Ramadan tetapi melupakan bulan Syaaban. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “la adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya,” menunjukkan bahawa dalam bulan Syaaban juga terdapat keistimewaan dan keutamaan. Maka tidak sepatutnya dipinggirkan.
  4. Antara keistimewaan lain bulan Saaban adalah amalan kita diangkat kepada Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, “la adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa.”
  5. Ibnu Rajab menambah lagi, Syaaban adalah bulan tamrin atau latihan menuju Ramadan. Latihan dalam Syaaban bertujuan mengelakkan kita berasa sempit dan berat dalam Ramadan.

Selain itu, banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini.

Antaranya ialah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH yang bermaksud:

Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban.”

(Riwayat al –Bukhari)

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.

Baginda SAW menjawab dengan sabdanya:

Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”  

(Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad)

Soal Jawab Lazim Puasa Sunat Syaaban

Mengapakah Puasa Sunat Syaaban Istimewa?

Puasa Sunat Syaaban adalah merupakan antara puasa sunat yang paling banyak dilakukan oleh Nabi SAW. Allah menjanjikan keampunan kepada mereka yang berpuasa dalam bulan ini.

Apakah Hukum Puasa Sunat Syaaban Pertengahan Syaaban Iaitu Selepas 15 Syaaban?

Terdapat larangan berpuasa sunat selepas 15 Syaaban. Namun diberi pengecualian kepada beberapa golongan, iaitu:

— Mereka yang melazimi Puasa Isnin Khamis
— Mereka yang berpuasa kerana ada sebab seperti Puasa Qadha, Puasa Nazar dan Puasa Kafarah

Persediaan Menyambut Ramadan Yang Akan Datang

Kesimpulannya ayuh kita semua rebut peluang keemasan pada bulan yang mulia ini dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Ia satu keadaan di mana kita berpeluang untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menebus segala dosa di atas segala kesalahan-kesalahan lalu.

Yakinlah bahawa manusia tidak akan sepi daripada melakukan dosa.

Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT.

Selain itu kita semua sepatutnya menjadikan Bulan Syaaban ini sebagai suatu pentas untuk menghadapi Ramadan yang bakal menjelang.

Kecemerlangan dalam Ramadan bukan sesuatu yang dapat dicapai sekelip mata.

Ibarat roda yang kuat berputar, tidak mudah menghentikan dan menukar arah gerakannya. Begitu juga nafsu kita.

Selepas setahun membiarkan ia meliar dan bermaharajalela, bukan mudah kita menukar arahnya apabila tiba Ramadan. Maka usaha dan persediaan menghadapi Ramadan perlu dijalankan sejak sebelum Ramadan.

Para salafus soleh amat menitikberatkan perkara ini.

Bagi mereka, bulan Rejab ibarat proses menanam benih, Syaaban adalah masa membaja benih, dan bulan Ramadan pula masa menuai hasil tanaman yang banyak. Itulah yang kita idamkan.

Moga Ramadan akan datang adalah Ramadan terbaik dalam hidup kita, dan ia bermula dengan Syaaban yang cemerlang!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

59 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
MR.ADRYAN BIN ABDUL MAJID.
MR.ADRYAN BIN ABDUL MAJID.
9 bulan yang lalu

Waana waameen Nur Mani Nur jannah jannah .

Zamira
Zamira
1 tahun yang lalu

Saya berpuasa sunat pd 6 – 8mac. Bolehkah saya sambung puasa sunat pd tarikh selepas 16syaaban iaitu 9,13,16,20 hb

Cik fathin
Cik fathin
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. Saya nak tanya berpuasa tanggal 10 syaaban ni boleh ka dgn niat puasa sunat syaaban ? Boleh terangkan tak ?

Obe
Obe
2 tahun yang lalu

Assalammualaikom

ustaz sila sertakan niat berbuka puasa sunat syaaban.

terima kasih Ustaz.

islah
islah
3 tahun yang lalu

assalamualaikum, saya nak tanya, boleh ke kalau kita tak berpuasa sunat syaban pada 15 syaban iaitu jatuh pada hari isnin, tetapi kita nak puasa sunat syaban pada 18 syaban iaitu hari khamis?

Fatimah
Fatimah
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Boleh ke saya niatkan puasa qada’ dan puasa sunat Syaaban sekaligus?

Aul
Aul
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Niatnya macam mana? Boleh tolong kongsikan tak?

NorShuhaidah Abdul Wahid
NorShuhaidah Abdul Wahid
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya, bila kita boleh start puasa sunat syaaban dan sampai bila. Lepastu puasa sunat syaaban ni kene puasa setiap hari atau isnin dan khamis sahaja? Terimakasih.

putri
putri
4 tahun yang lalu

assalamualaikum. boleh ke saya puasa sunat syaaban, walaupun pada separuh yg pertama syaaban saya tak tidak berpuasa?
atau hanya boleh puasa isnin khamis sahaja?

Jaedah
Jaedah
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Boleh saya tahu bilakah tarikh yang tidak dibolehkan berpuasa dalam bulan syaaban sebelum ramadhan? Puasa sunat bukan ganti

Fauzi
Fauzi
4 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Nak tanya. Kalau kita nak puasa sunat masa setiap hari dlm bulan syaaban boleh ke?