Amalan Membaca Surah Al-Kafirun Sebelum Tidur

Benarkah baca surah al-Kafirun sebelum tidur akan terlepas dari kekafiran?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Benarkah sebelum tidur seorang itu baca surah Qul Ya Ayyuhal Kafirun akan terlepas dari kekafiran?


JAWAPAN

Memang benar sungguhnya siapa membaca surah Al-Kafirun ketika hendak tidur nescaya ia menjadi kelepasan daripada syirik.

1.Telah diriwayatkan daripada Jabalah bin Harisah r.a. katanya:

Aku telah meminta akan Rasulullah saw dengan kataku: Ajarilah aku suatu amalan yang memberi menafaat akan daku.

Sabda Rasulullah : Apabila kamu berbaring di tempat tidurmu maka bacalah : Qul Ya Ayyuhal Kafirun sampai habis maka sungguhnya ia kelepasan daripada syirik.”

(Hadith riwayat Imam An-Nasaai)
2.Dan pada satu riwayat yang lain sabda Rasulullah saw:

Apabila datang kamu ke tempat tidurmu maka bacalah Qul Ya Ayyuhal Kafirun sehingga akhirnya maka ia pelepasan dari syirik.”

(Hadith riwayat Imam At-Tabarani)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments