Hukum Siram Air Atas Kubur

hukum siram air atas kubur

Apakah hukum perbuatan siram air atas kubur?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Apakah sebenarnya hukum menyiram air atas kubur selepas ditanam akan mayat?


JAWAPAN:

Hukum menyiram air atas kubur selepas ditanam ialah sunat disisi jumhur ulamak kerana mengikut amalan Rasulullah saw.

Diriwayatkan dari Muhammad bin Baqir yang bermaksud:

Sungguhnya Nabi saw menyiram atas kubur puteranya Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil.”

(Al-Hafiz Ibnu Hajar & Imam Al-Baghawi)

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul FIqhiyah:

Telah menerangkan oleh ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali dengan bahwasanya disunatkan menyiram air atas kubur selepas tanam dari kerana sungguhnya Nabi saw melakukan yang demikian itu pada kubur Sa’ad bin Mu’az dan Nabi saw menyuruh siram air pada kubur Uthman bin Maz’un.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments