Dalil Sapu Muka Selepas Solat [Ust Azhar Idrus]

Dalil Sapu Muka Selepas Solat [Ust Azhar Idrus]

Adakah hadis yang menyebutkan bahawa Nabi menyapu mukanya selepas solat?

Ini kerana banyak saya dengar kata orang bahawa perbuatan tersebut tidak ada di sebut pada mana-mana kitab hadith dan Nabi tidak pernah melakukannya?

JAWAPAN

Hadith yang menceritakan Nabi sollallahu alaihi wasallam menyapu dahinya selepas selesai daripada solat yang sebetulnya ada yaitu hadith yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْغَمَّ وَالْحَزَنَ

Ertinya : “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam apabila telah selesai menunaikan solatnya baginda menyapu akan dahinya dengan tangannya yang kanan kemudian mengucapkan : Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha pemurah maha pengasih. Ya Allah hilangkan daripada aku akan keluh kesah dan kesedihan.”

Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam At-Tabarani pada kitab Al-Mu’jam Al-Ausath hadith bernombor 2499 dan pada kitab Ad-Du’a’ hadith bernombor 659.

Dan hadith ini dikeluarkan juga oleh Imam Ibnu Sunni pada kitab ‘Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah hadith bernombor 112.

Dan hadith ini juga ada dikeluarkan oleh Imam Abu Nu’aim Al-Asbihani pada kitab Hilyah Aulia’ dengan lafaz :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ §إِذَا سَلَّمَ مِنْ صَلَاتِهِ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى

Ertinya : “Adalah Rasulullah sollalahu alaihi wasallam apabila telah memberi salam dari solatnya baginda menyapu akan dahinya dengan tangannya yang kanan.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments