Bagaimanakah Petunjuk Solat Istikharah?

petunjuk solat istikharah

Bagaimana petunjuk solat istikharah yang sebenar?

Adakah ia melalui mimpi atau melalui cara lain?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya hendak memulakan satu perniagaan yang menggunakan modal yang agak besar.

Apabila saya telah menunaikan solat istikharah sebagaimana yang disuruh bagaimanakah saya hendak tahu tanda-tandanya adakah saya elok meneruskan niat saya berniaga itu atau tidak?


JAWAPAN:

Tujuan menunaikan solat istikharah ialah meminta petunjuk dari Allah kepada kita tentang suatu urusan yang hendak kita lakukan.

Apabila kita telah menunaikan solat istikharah maka hendaklah kita berserah kepada Allah Taala dan harus hukumnya mengulangi solat istikharah sebanyak yang kita suka.

Dan perlu diketahui bukanlah apabila kita sudah melakukan solat istikharah akan bermimpi atau melihat suatu kejadian yang ajaib tetapi biasanya apabila perkara yang akan kita lakukan itu elok bagi kita teruskan maka tandanya akan jadi mudah segala hal yang berkaitan dengannya dan begitu pula sebaliknya.

Berkata Dr Ali Jum’ah, maksudnya:

Istikharah itu ialah doa dari seorang yang memohon kepada Allah supaya dimudahkan baginya kebaikkan dan memalingkan darinya keburukkan.

Dan bukanlah syarat istikharah itu dia akan melihat selepasnya suatu mimpi yang menyuruhnya lakukan atau tidak lakukan.

Bahkan setengah dari alamatnya ialah menjadi mudah baginya iaitu apabila seorang itu menguruskan apa yang dia mahu kerjakan itu akan menjadi mudah segala urusannya dan akan ada beberapa peluang.

Maka sungguhnya pada kerja yang akan dia lakukan itu ada kebaikkannya isnyaAllah.

Dan jika lain dari demikian itu yaitu segala urusan berkait kerjanya menjadi sukar dan payah maka elok dia tinggalkan perkara tersebut.”

(Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments