Maksud Hadis “Hiasilah Al-Quran dengan suara kamu”

Hiasilah Al-Quran dengan suara kamu

Terdapat sebuah hadis yang berbunyi “Hiasilah Al-Quran dengan suara kamu”. Apakah status hadis ini dan apa maksudnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

JAWAPAN

Hadis yang dimaksudkan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a., beliau berkata:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ

Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.'”

Hadis ini adalah sahih dan telah diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, dan Ibnu Hibban.

Sebahagian ulama menyatakan bahawa maksud hadis ini adalah dianjurkan membaca Al-Quran dengan suara yang elok dan merdu sebagai cara memuliakan kalam Allah dan supaya orang yang mendengarnya merasa tertarik dan terkesan.

Imam Nawawi berkata:

معناه اقرؤوه بصوت حسن ليلتذَّ سامعوه

Maksudnya:

“Makna hadis ini ialah bacalah Al-Quran dengan suara yang elok agar orang yang mendengarnya merasa nikmat.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)

Syeikh Al-Mubarakfuri pula menyatakan:

قوله (زينوا القرآن بأصواتكم) أي بتحسين أصواتكم عند القراءة فإن الكلام الحسن يزيد حسناً وزينة بالصوت الحسن

Maksudnya:

“Sabda baginda ‘Hiasilah Al-Quran dengan suara kamu’ bermaksud mengelokkan suara kamu ketika membaca Al-Quran, kerana sesungguhnya kalam yang elok akan bertambah elok dan indah dengan suara yang merdu.” (Kitab Mir’ah Al-Mafatih)

Wallahu a’lam.
Ustaz Azhar Idrus

Kesimpulan

Hadis ini mengajarkan kita untuk membaca Al-Quran dengan suara yang indah dan merdu sebagai cara untuk memuliakan kalam Allah dan menarik hati pendengar. Membaca dengan suara yang elok dapat meningkatkan kesan dan penghayatan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran.

Sumber dan teks asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus menerusi pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
jauhperjalanan
jauhperjalanan
29 hari yang lalu

Masha Allah