Hukum Lupa Buka Ikatan Kain Kafan Pada Mayat

Lupa Buka Ikatan Kain Kafan

Apakah hukum lupa buka ikatan kain kafan pada mayat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Benarkah jika tidak dibuka tali ikatan kain kafan masa meletakkan mayat di dalam kubur menyebabkan mayat itu akan terseksa?

Apakah hukum membuka tali ikatan mayat?


JAWAPAN

Selepas meletakkan mayat di dalam kubur maka disunatkan membuka tali yang mengikat kain kafannya.

Diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar r.a. katanya:

Ketika Rasulullah saw meletakkan jenazah Nu’aim bin Mas’ud r.a. di dalam kuburnya Rasulullah telah membuka ikatan yang ada pada dagunya.”

(Hadith Riwayat Imam Al-Baihaqi)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. beliau telah berkata:

Apabila kamu semua telah masukkan mayat ke dalam liang lahad maka hendaklah kamu lepaskan tali ikatannya.”

(Riwayat Abu Bakar Al-Athram)

Dan tujuan mengikat tali pada kain kafan jenazah itu ialah supaya kain kafannya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Maka apbila sudah diletakkan mayat di dalam kubur maka tidak ada lagi faedah mengikatnya.

Berkata Imam Ibnu Quddamah:

Dan Adapun membuka ikatan pada kepala mayat dan dua kakinya maka hukumnya adalah disunatkan kerana sungguhnya ikatan tersebut kerana khuatir dari terbukanya dan apabila telah ditanam maka tiada lagi dikhuatiri akan yang demikian itu.”

(Kitab Al-Mughni)

Dan perkataan yang mengatakan mayat akan tersiksa dengan sebab tidak dibuka tali ikatan kafan itu adalah tidak benar.


KESIMPULAN

Sunat mengikat kain kafan yang membalut badan mayat supaya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Sunat membuka tali tersebut selepas diletakkan mayat itu di dalam kubur.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Herwan bin husin
Mohd Herwan bin husin
3 tahun yang lalu

Ustz saya nak Tanya hukum jika terlupa membuka kain kafan.di bahagian Muka jenazah setelah Di kuburkan..Mohon pencerahan ustz