Kering Darah Haid Selepas Terjaga, Adakah Perlu Qada Subuh?

Jika kering darah haid selepas terjaga, adakah perlu qada Solat Subuh?

Sebelum tidur semalam, Fatimah mendapati darah haidnya masih ada.

Namun, sebaik sahaja dia terjaga daripada tidurnya pada jam 9.30 pagi, dia dapati darah haidnya sudah kering.

Bagaimana dengan solat Subuhnya? Adakah dia wajib qada?


Jawapan

Wajib qada atau tidak, ia bergantung pada keyakinan dirinya sendiri.

Jika dia yakin darah tersebut sudah pun kering sebelum atau ketika waktu subuh, maka dia wajib qada semula solat subuh tersebut.

Adapun jika dia ragu-ragu dan tidak yakin kerana ada sahaja kemungkinan haidnya berhenti dalam waktu subuh atau selepas waktu subuh, maka tidak diwajibkan padanya untuk qada semua solat subuh tersebut.

Hal ini kerana darah haidnya dianggap berhenti selepas tamat waktu subuh:

Kaedah fiqh ada menyebutkan:

الأ إصل إضافة الحادث إلى أقرب أوقاته

Hukum asal dikembalikan sesuatu yang baharu itu kepada waktu yang terdekat

Wallahu a’lam

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments