Hukum Qada Solat Subuh Dalam Waktu Zuhur

Qada Solat Subuh

Apakah hukum qada solat subuh dalam waktu zuhur?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Kalau seorang itu tertidur dari solat subuh dan paginya kena pergi ke tempat kerja dahulu adakah boleh dia qada solat subuh itu masa rehat tengahari pada waktu zuhur atau wajib kena qada segera ketika bangun dari tidur itu?


JAWAPAN

Siapa yang terluput solat fardhu bukan dengan sengaja seperti sebab terlupa atau tertidur maka sunat dia qada dengan segera ketika dia ingat dan ketika dia bangun dari tidur.

Tersebut pada kitab Busyral Karim:

Disunatkan bersegera dengan qada solat yang luput sebab uzur seperti tertidur atau terlupa kerana bersegera kepada melepaskan tanggung jawab dan kerana diperintah dengannya.

Dan disunatkan juga qada dengan tertib segala solat yang luput secara bebas.

Dan sunat mendulukan solat qada yang luput sebab uzur atas solat yang tunai yang tidak dibimbangi akan luput pula solat yang tunai sekalipun takut terluput berjemaah padanya.”

(Busyral Karim Syarah Muqaddimah Hadhramiyah)

Kesimpulan

Jika seorang itu luput suatu solat fardu dengan sebab tertidur atau terlupa maka sunat dia qada dengan segera tetapi tidak mengapa jika tidak qada dengan segera kerana menyelesaikan urusan yang lain.

Jika dia luput solat yang fardu bukan sebab uzur maka wajib dia qada dengan segera.

Sunat lakukan solat qada dahulu dari solat tunai contohnya seorang yang tertinggal solat subuh kerana tertidur maka sunat dia kerjakan qada solat subuh itu terlebih dahulu sebelum menunaikan solat fardu zuhur pada hari itu.

Tetapi jika dia solat fardu zuhur dahulu kemudian baru dia qada solat subuhnya itu maka tidak mengapa.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz saya mau tanya bole ka saya solat zohor kalau tadi subuh saya tidak dapat solat subuh sabab saya baru abis haid

Nurul
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Amin… allamdulilla terima kasi

Hamba Allah
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum, ustaz. Saya ada pertanyaan, sekiranya kucing saya kencing di atas tilam( tidak bercadar), lalu saya serap guna tisu dan saya tekan² tilam tersebut sehingga tiada air kencing lagi diatasnya, setelah itu saya bersihkan menggunakan febreeze sahaja tanpa air paip, setelah itu saya pun biarkan tilam tersebut seketika sehingga kering, soalan saya adalah, adakah sekarang tilam tersebut masih najis? Soalan kedua, adakah pakaian yang saya guna ketika saya tidur di atas tilam itu boleh digunakan terus untuk solat? Sekiranya tidak boleh, bagaimana pula sekiranya saya pasang cadar pada tilam tersebut, lalu tidur di atasnya? Mohon penjelasan, ustaz. Terima kasih.

Anonymous
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Terima kasih banyak², ustaz diatas jawapannya. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yg berterusan kpd ustaz atas ilmu yg dikongsikan ini. Doakan saya selalu istiqamah utk beribadah, ustaz.

Fik
9 bulan yang lalu

Terima kasih memberi tunjuk ajar

suzaime
1 tahun yang lalu

assalamualaikum ust. adakah wajib kita baca doa qunut dlm solat qada subuh. tq