Hukum Tuan Korban Makan Daging Korban

tuan korban makan daging korban

Apakah hukum tuan korban makan daging korban?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Yang sebenarnya tuan korban boleh atau tidak makan sama daging korban?

Bila masakah tuan korban tidak boleh makan daging korbannya?


JAWAPAN

Jika korban tersebut adalah korban sunat maka tuan korban harus makan akan dagingnya.

Korban sunat ialah korban yang biasa dilakukan oleh masyarakat menjelang musim korban iaitu seseorang itu berniat melakukan korban untuk mendekatkan dirinya dengan Allah dan bersedekah.

Ada pun jikalau korban itu adalah korban wajib seperti korban nazar maka tuan korban dan orang yang dibawah tangggungannya haram memakan akan daging korban tersebut walau pun sedikit dan wajib dia sedekah semua daging korban nazar itu kepada faqir miskin.

Contohnya korban nazar itu ialah tuannya bernazar dengan berkata:

Jikalau aku sembuh dari sakit maka aku bernazar menyembelih korban pada tahun ini’.

Maka apabila sembuh sakitnya maka wajib dia menyembelih korban dan dan jika dia tidak sembuh maka tidak wajib dia menyembelih korban.

Berkata Syeikh Bajuri:

Dan tuan korban dan orang-orang yang dibawah tanggungannya tidak boleh makan daging korban yang dinazar itu sedikit pun.”

(Hasyiah Al-Bajuri)

Dan jika tuan korban wajib ini telah memakan sebahagian dari daging korban tersebut maka wajib atasnya ganti.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin

Dan haram tuan korban wajib itu dan tuan hadiah wajib makan dari daging korban.

Maka wajib atasnya bersedekah sekeliannya termasuk tanduknya dan kukunya.

Maka jika dia telah makan sebahagian dari haiwan korban wajib itu nescaya wajib dia ganti beri kepada faqir miskin.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments