Hukum Sedekah Bacaan Quran Yang Tidak Ikhlas?

Bacaan Quran Tidak Ikhlas

Apakah hukum bacaan quran tidak ikhlas kepada orang mati?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika seorang yang ziarah kubur dan membaca ayat Quran kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati pada hal dia tidak ikhlas ketika membacanya adakah sampai pahala kepada si mati dan adakah memberi menafaat bacaannya itu kepada si mati?


JAWAPAN

Segala amalan soleh itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dari kerana sungguhnya apabila tidak ada keikhlasan pada beramal maka amalannya itu tidak diterima oleh Allah.

Apabila amalan tidak diterima maka bagaimana hendak dihadiahkan pahalanya kepada si mati sebab tidak ada baginya pahala.

Rasulullah saw telah bersabda:

Sungguhnya Allah tidak akan menerima akan sesuatu amalan melainkan adalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan menuntut dengannya akan Allah.”

(Hadith Riwayat An-Nasaai)

Berkata Syeikh Ali Jum’ah:

Sesungguhnya kebanyakkan ulamak bahkan dinaqalkan oleh setengah ulamak akan ijmak atas harusnya bacaan Quran ke atas mayat sebagaimana telah kami nyatakan.

Dan ada pun tentang menghadiahkan pahala kepada mayat adakah sampai atau tidak maka majoriti ulamak berpendapat atas sampainya.”

(Fatwa Syeikh Ali jum’ah)

Maka ditanggung akan segala perkataan ulamak berkenaan sampainya pahala kepada si mati dan memberi menafaat kepadanya itu adalah apabila ada pada amalan yang dilakukan itu ikhlas kerana Allah.

Kerana sungguhnya apabila tidak ada ikhlas maka tidak ada pahala dan apabila tidak ada pahala maka bagaimana hendak dihadiahkan kepada orang lain.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments