Hukum Menari TikTok (Ustaz Azhar Idrus)

Hukum Menari TikTok

Apakah hukum menari tiktok oleh anak muda zaman sekarang?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi ‘tiktok’ dimana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari samada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?


JAWAPAN

Menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji, maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul FIqhiyah :

Maka ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan Al-Qaffal dari mazhab Syafie berpendapat menari adalah makruh dan berdalil dengan bahawa kerana pelakunya itu kurang dan bodoh dan menari itu setengah dari perbuatan yang menjatuhkan maruah dan sungguhnya ia termasuk perbuatan sia-sia.

Dan hukum makruh ini ialah selama tidak disertai suatu yang haram seperti arak dan terbuka aurat dan umpamanya maka jika ada yang tersebut itu maka haram menari dengan sepakat ulamak.”


Kesimpulannya

Perempuan menunjukkan tariannya kepada lelaki yang ajnabi dalam keadaan berpakaian seksi atau mendedahkan sebahgaian aurat atau dengan gaya yang tidak tergamak melihatnya oleh orang yang waras adalah perbuatan yang haram lagi maksiat yang menunjukkan pelakunya tidak sempurna lagi bodoh.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments