Hukum Buat Biskut Bentuk Haiwan

Buat Biskut Bentuk Haiwan

Apakah hukum buat biskut bentuk haiwan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada sebuah kedai membuat roti dan kek dan biskut.

Saya ingin bertanya tentang hukum membuat biskut bentuk haiwan seperti bentuk arnab dan beruang dan lain-lain kerana budak-budak suka biskut bentuk seperti ini.

Apakah hukumnya di sisi syarak?


JAWAPAN

Membuat makanan seperti biskut dalam bentuk makhluk bernyawa umpama haiwan untuk dimakan adalah diharuskan oleh sebahagian ulamak.

Berkata Imam Syubramalisi :

Segala gambaran berupa yang dijadikan daripada manisan untuk dipasarkan tidak haram jual belinya dan tidak haram membuatnya. Kemudian aku lihat Syeikh ‘Umairah menaqal yang demikian itu dari Imam Bulqini.”

(Kitab Hasyiah Syubramalisi ala Nihayah Muhtaj)

Tersebut pada Majlis Fatwa Jordan :

Pembuatan sebahagian makanan atas bentuk bertubuh itu tidak salah padanya sehingga jikalau adalah ia bentuk makhluk bernyawa kerana sungguhnya ia adalah hidangan untuk dimakan dan tidak dibuat untuk disucikan dan bukan untuk dimuliakan dan seumpamanya.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments