Hukum Bawa Anak Istimewa Ke Masjid

Bawa Anak Istimewa Ke Masjid

Saya ada seorang anak autisma bolehkah saya bawa bersama saya ke masjid untuk mendengar ceramah agama atau solat?

JAWAPAN

Anak isimewa adalah seperti kanak-kanak yang belum mumayyiz maka harus membawa mereka ke masjid dengan syarat mereka tidak mengotorkan masjid dan tidak mengganggu orang-orang yang solat.

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

الشافعية قالوا :يجوز إدخال الصبي الذي لا يميز والمجانين المسجد إن أمن تلويثه وإلحاق ضرر بمن فيه، وكشف عورته

Ertinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie berkata : Harus membawa masuk kanak-kanak yang belum mumayyiz dan orang-orang yang ada kelemahan mental ke dalam masjid jika terpelihara dari mengotorkan masjid dan dari memudaratkan orang lain di dalam masjid dan tidak membuka auratnya.” (Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arbaiah)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments