Apakah hukum duduk atas batu nisan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANKetika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang yang duduk di atas batu nisan di kubur.
Apakah hukumnya duduk atas batu nisan?
JAWAPAN
Menurut pendapat jumhur ulamak duduk di atas kubur tanpa hajat adalah makruh dan bersamaan hukumnya duduk di atas batu nisan jika batu nisan itu berada di atas kubur.
Dan setengah fuqahak mengharamkan duduk di atas kubur tanpa hajat.
Jika batu nisan yang tidak berada di atas kubur seperti telah beralih dari tempat asalnya maka tidak makruh duduk di atasnya.
Berkata Imam Nawawi:
Ibarat Imam Syafie dalam kitab Al-Umm dan jumhur ashab pada beberapa jalan sekeliannya dimakruhkan duduk atas kubur dan dikehendaki dengan makruh itu ialah makruh tanzih sebagaimana ia masyhur pada pengggunaan fuqahak.
Dan telah menerangkan dengannya olih kebanyakkan dari mereka itu. Dan berkata musonnif dan Syeikh Mahamili pada kitab Al-Muqni’ tidak harus.”
(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Dan selain duduk itu dimakruhkan juga memijak dan bertekan dan bersandar atas kubur.
Tersebut pada kitab Syarah Mahallil ‘alal-Minhaj:
Dan tidak boleh duduk atas kubur dan tidak bertekan atasnya dan memijak atasnya artinya dimakruhkan yang demikian itu melainkan kerana hajat.
Contoh kerana hajat itu ialah tidak dapat sampai ke tempat mayatnya melainkan dengan memijak.
Berkata Imam Nawawi dalam Raudhah dan begitu juga dimakruhkan bersandar kepadanya.”
Kesimpulan
Makruh hukumnya duduk di atas batu nisan di sisi kebanyakkan ulamak dan haram ia di sisi setengah ulamak.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..