Bilangan Malaikat Maut

Bilangan Malaikat Maut

Berapakah bilangan malaikat maut?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Malaikat yang ditugaskan mengambil nyawa manusia itu seorangkah atau ramai sebab saya musykil kalau seorang sahaja maka macamana hendak ambil nyawa di beberapa bahagian bumi ini dalam masa yang sama?


JAWAPAN

Telah ijmak ulamak Ahlu Sunnah Wal Jamaah sungguhnya malaikat yang ditugaskan mengambil nyawa itu ialah malaikat maut yang dikenali namanya dengan Izrail a.s.

Dan bagi malaikat maut ini ada baginya petugas-petugas yang menjadi penolongnya yang juga dari kalangan malaikat yang disebut di dalam Quran sebagai Rusul.

1. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ

Sehingga apabila telah datang akan seorang kamu oleh kematian nescaya mewafatkannya oleh segala rusul (utusan) Kami dan mereka ini sedikit pun tidak cuai.”

(Al-An’am : 61)
2. Berkata Imam Al-Qurtubi :

قوله تعالى: ﴿تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا﴾ المراد: أعوان ملك الموت

Firman Allah ‘dan mewafatkanya oleh rusul Kami’ dikehendakai dengan rusul pada ayat ini ialah segala pembantu malaikat maut.”

(Tafsir Al-Qurtubi)
3. Dan berkata Imam Ar-Razi :

أن التوفي في الحقيقة يحصل بقدرة الله تعالى، وهو في عالم الظاهر مفوض إلى ملك الموت، وهو الرئيس المطلق في هذا الباب، وله أعوان وخدم وأنصار

Sungguhnya yang mematikan pada hakikat ialah hasil dengan kuasa Allah Taala dan ia pada alam yang zahir ini diserahkan kepada malaikat maut yang mana malaikat maut ini adalah ketua yang diberikan kuasa dalam tugas ini dan bagi malaikat maut ini pula ada beberapa penolong dan pekerja yang membantu.”

(Tafsir Mafatih Al-Ghaib)

Maka fahamlah bahwa bukan malaikat maut seorang sahaja yang berkeja mengambil nyawa segala makhluk tetapi ada baginya penolong dan pembantu yang mengikut segala arahannya ketika mengambil nyawa makhluk dan malaikat maut yang dikenali dengan nama Izrail ini adalah ketuanya.

Dan lagi pula malaikat itu sangat besar saiznya sekira-kira bumi ini semua berada dihadapannya sebagaimana seorang yang sedang menghadapai hidangan di atas mejanya di mana hidangan itu adalah seperti bumi ini maka mudah ia mencapai mana yang dia kehendaki.

4. Imam At-Tabari telah meriwayatkan dari Ar-Rabi’ bin Anas yang telah ditanya tentang malaikat maut adakah malaikat maut seorang diri yang bertugas mengambil nyawa maka jawab beliau:

هو الذي يلي أمر الأرواح، وله أعوان على ذلك، غير أن ملك الموت هو الرئيس، وكل خطوة منه من المشرق إلى المغرب

Dia yakni malaikat maut yang mentadbir hal-hal sekelian ruh dan ada baginya beberapa penolong atas yang demikian itu kecuali malaikat maut ini adalah pemimpinnya dan setiap satu langkah malaikat maut ini jarak antara timur kepada barat.”

5. Dan diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :

خطوة ملك الموت ما بين المشرق والمغرب

Langkahan malaikat maut itu antara timur dan barat.”

(Tafsir Ibnu Jarir)
6.Dan diriwayatkan dari Imam Mujahid berkata beliau :

جعلت الأرض لملك الموت مثل الطست يتناول من حيث شاء، وجعل له أعوان يتوفون الأنفس ثم يقبضها منهم”

Bumi itu telah dijadikan bagi malaikat maut seperti talam yang besar memuat hidangan yang ia akan ambil dari pihak mana yang dia suka dan dijadikan baginya beberapa penolong yang mematikan jiwa lalu dicabut ruh daripada mereka.”

(Telah diriwayatkan dari Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah dan diriwayatkan juga oleh Abdul Razzaq dan Ahmad dan Ibnu Jarir dan Ibnu Al-Munzhir dan Abu Syeikh)

Kesimpulannya tidak ada sebarang kesukaran atas malaikat maut untuk mengambil sekali gus nyawa seberapa ramai manusia di dunia ini sekira-kira dikehendaki oleh Allah.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments