Hukum Batu Nisan Tidak Mengikut Arah Kiblat

batu nisan

Apakah hukum batu nisan tidak mengikut arah kiblat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ada setengah tanak perkuburan orang Islam kedudukan batu nisannya tidak teratur sehingga ada setengahnya tidak mengikut arah kiblat.

Apakah hukumnya?


JAWAPAN

Yang diwajibkan ketika menanam mayat ialah menghadapkan muka dan badan mayat ke arah kiblat yakni jika muka dan badan mayat tidak diletakkan mengadap arah kiblat maka wajib dibetulkan supaya mengadap arah kiblat sekali pun sudah dikambus akan tanahnya.

Berkata Imam Nawawi :

Wajib meletakkan mayat di dalam kubur menghadap kiblat.

Inilah pendapat mazhab dan denganyalah memutuskan oleh jumhur ulamak dan sungguhnya telah disebut oleh Imam As-Syairazi kemudian daripada ini pada fasal yang akhir masalah orang yang ditanam tanpa dimandikan atau tanpa mengadap ke arah kiblat nescaya hendaklah digali semula.”

(Kitab Al-Majmu’)

Dan berkata Syeikh Syarwani:

Dan wajib letak mayat arah kiblat kerana ulamak khalaf mengambilnya dari ulamak salaf dan telah lalu pada bab solat berbaring sungguhnya wajib mengadap kiblat dengan bahagian hadapan badannya dan mukanya.”

(Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah)

Kesimpulannya jika batu nisan yang menjadi tanda kubur itu tidak sama kedudukkannya adalah tidak mengapa kerana yang wajib mengadap kiblat dengan betul itu ialah kedudukkan mayat yang diletakkan di dalam kuburnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
fatah
fatah
2 hari yang lalu

kalau tulisan pada batu nisan menghadap luar takpe ke ustat?

Izwa Eriena
Izwa Eriena
4 tahun yang lalu

Terimakasih untuk artikel yang menarik. Alhamdulillah saya memahami.
Jika ada masa lapang sila singgah di blog saya juga. Terimakasih.