
Apakah status hadis mengenai bahasa Ahli Syurga?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ada mendengar ceramah seorang ustaz menyebut bahawa bahasa ahli syurga di hari akhirat nanti ialah bahasa arab tetapi ada pula mendengar bahawa hadis berkaitan perkara ini adalah hadith dhaif.
Mohon penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN 1. Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:
ุฃุญุจูุง ุงูุนุฑุจ ูุซูุงุซ: ูุฃูู ุนุฑุจูุ ูุงููุฑุกุงู ุนุฑุจูุ ูููุงู ุฃูู ุงูุฌูุฉ ุนุฑุจู
Cintailah bahasa arab kerana tiga perkara yaitu sungguhnya kerana aku ini arab dan Al-Quran itu arab dan percakapan ahli syurga itu arab.โ
Hadith riwayat Al-โUqaily pada kitab Ad-Dhuโafaโ dan At-Tabarani dalam kitab Muโjam Al-Kabir dan Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak dan Al-Baihaqi dalam kitab Syuโabul Iman.
Hadith ini sanadnya dhaif.
2. Berkata Imam Al-Ajluni :ูุงู ุงูุทุจุฑุงูู ูุงูุญุงูู ูุงูุจูููู ูุขุฎุฑูู ุนู ุงุจู ุนุจุงุณ ู ุฑููุนุง ุจุณูุฏ ููู ุถุนูู ุฌุฏุงุ ูุฑูุงู ุงูุทุจุฑุงูู ุฃูุถุง ุนู ุฃุจู ูุฑูุฑุฉ ู ุฑููุนุง ุจููุธ: ุฃูุง ุนุฑุจู ูุงููุฑุกุงู ุนุฑุจู ูููุงู ุฃูู ุงูุฌูุฉ ุนุฑุจูุ ููู ู ุน ุถุนูู ุฃููู ู ู ุญุฏูุซ ุงุจู ุนุจุงุณ
Hadith ini telah diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Al-Hakim dan lainnya daripada Ibnu Abbas r.a. secara marfuโ dengan sanad yang ada padanya dhaif bersangatan.
Dan telah meriwayatkan juga oleh At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. secara marfuโ dengan lafaz :
ุฃูุง ุนุฑุจู ูุงููุฑุกุงู ุนุฑุจู ูููุงู ุฃูู ุงูุฌูุฉ ุนุฑุจู
Aku ini bangsa arab dan Al-Quran itu arab dan percakapan ahli syurga adalah arab.
Dan hadith Abu Hurairah ini juga dhaif tetapi lebih kuat dari hadith Ibnu Abbas.โ
(Kitab Kasyful Khafaโ)
Dan sebahagian ulamak hadith mengatakan hadith cintai bahasa arab ini adalah hadis palsu.
KESIMPULAN
Ulamak bersalahan pada status hadis bahasa arab sebagai bahasa ahli syurga iaitu sebahagian ulamak mengatakan sebagai dhaif dan sebahagian ulamak mengatakan sebagai palsu.
Mereka yang berpegang dengan pendapat yang mengatakan ia adalah palsu tidak menjadi kesalahan tidak mahu menerima hadith ini.
Atas pendapat yang mengatakan hadith ini dhaif maka harus bagi mereka yang mahu mengamalkannya dan meriwayatkannya.
3.Telah berkata oleh Dr Salim โAlwan:ูุงูุญุฏูุซ ุจู ุฌู ูุน ุทุฑููู ุญุณูู ูุบูุฑูู ุฃู ูุฑุชูู ู ู ุงูุถุนู ุงูุดุฏูุฏ ุฅูู ุงูุถุนู ุงูุฎููู ูู ุง ู ุฑ ููุง ุจุฃุณ ุจุฑูุงูุชููู ุชูุจูุนูุง ููููุงุนุฏ ุงูุญุฏูุซูุฉ
Maka hadith ini dengan perhimpunan segala jalannya ialah hasan li ghairih atau naik dari bersangatan dhaif kepada dhaif yang ringan sebagaimana yang telah lalu sebutnya dan tiada mengapa dengan meriwayatkannya kerana mengikut bagi kaedah ilmu hadith.โ
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..