Status Hadis Mengenai Bahasa Ahli Syurga Adalah Bahasa Arab

Bahasa Ahli Syurga

Apakah status hadis mengenai bahasa Ahli Syurga?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada mendengar ceramah seorang ustaz menyebut bahawa bahasa ahli syurga di hari akhirat nanti ialah bahasa arab tetapi ada pula mendengar bahawa hadis berkaitan perkara ini adalah hadith dhaif.

Mohon penjelasan dari ustaz.


JAWAPAN 1. Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:

أحبوا العرب لثلاث: لأني عربي، والقرءان عربي، وكلام أهل الجنة عربي

Cintailah bahasa arab kerana tiga perkara yaitu sungguhnya kerana aku ini arab dan Al-Quran itu arab dan percakapan ahli syurga itu arab.”

Hadith riwayat Al-‘Uqaily pada kitab Ad-Dhu’afa’ dan At-Tabarani dalam kitab Mu’jam Al-Kabir dan Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak dan Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman.

Hadith ini sanadnya dhaif.

2. Berkata Imam Al-Ajluni :

واه الطبراني والحاكم والبيهقي وآخرون عن ابن عباس مرفوعا بسند فيه ضعيف جدا، ورواه الطبراني أيضا عن أبي هريرة مرفوعا بلفظ: أنا عربي والقرءان عربي وكلام أهل الجنة عربي، وهو مع ضعفه أقوى من حديث ابن عباس

Hadith ini telah diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Al-Hakim dan lainnya daripada Ibnu Abbas r.a. secara marfu’ dengan sanad yang ada padanya dhaif bersangatan.

Dan telah meriwayatkan juga oleh At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. secara marfu’ dengan lafaz :

أنا عربي والقرءان عربي وكلام أهل الجنة عربي

Aku ini bangsa arab dan Al-Quran itu arab dan percakapan ahli syurga adalah arab.

Dan hadith Abu Hurairah ini juga dhaif tetapi lebih kuat dari hadith Ibnu Abbas.”

(Kitab Kasyful Khafa’)

Dan sebahagian ulamak hadith mengatakan hadith cintai bahasa arab ini adalah hadis palsu.


KESIMPULAN

Ulamak bersalahan pada status hadis bahasa arab sebagai bahasa ahli syurga iaitu sebahagian ulamak mengatakan sebagai dhaif dan sebahagian ulamak mengatakan sebagai palsu.

Mereka yang berpegang dengan pendapat yang mengatakan ia adalah palsu tidak menjadi kesalahan tidak mahu menerima hadith ini.

Atas pendapat yang mengatakan hadith ini dhaif maka harus bagi mereka yang mahu mengamalkannya dan meriwayatkannya.

3.Telah berkata oleh Dr Salim ‘Alwan:

فالحديث بمجموع طرقِه حسنٌ لغيرهِ أو يرتقي من الضعف الشديد إلى الضعف الخفيف كما مر ولا بأس بروايتِهِ تَبَعًا للقواعد الحديثية

Maka hadith ini dengan perhimpunan segala jalannya ialah hasan li ghairih atau naik dari bersangatan dhaif kepada dhaif yang ringan sebagaimana yang telah lalu sebutnya dan tiada mengapa dengan meriwayatkannya kerana mengikut bagi kaedah ilmu hadith.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments