Hukum Baca Quran Guna Pembesar Suara Pada Malam Hari

baca Quran guna pembesar suara

Apakah hukum baca Quran guna pembesar suara pada malam hari?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya masjid memasang rakaman bacaan Quran pada waktu malam dengan suara yang kuat kerana penduduk sekitarnya rasa terganggu?

Bagaimana pula jika bacaan solat lima waktu yang menggunakan pembesar suara?


JAWAPAN

Jika bacaan tersebut didengar di dalam masjid sahaja maka hukumnya adalah harus.

Akan tetapi jika kuat sampai mengganggu orang yang sedang menunaikan solat atau orang yang sedang tidur maka hukumnya adalah makruh.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :

Tidak dimakruhkan di dalam masjid menguatkan suara dengan berzikir atau lainnya dan setengah daripadanya ialah membaca Quran melainkan bahawa mengganggu atas orang yang sedang solat atau menyakiti orang yang sedang tidur.

Ada pun membaca oleh imam dalam solat lima waktu dengan suara yang kuat maka tidaklah dilarang kerana ia termasuk perkara yang disuruh.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in:

Dan difahami maksud makruh menguatkan suara pada bacaan Quran itu apabila mengganggu atas orang yang tidak termasuk pada solat fardu kerana dituntut pada solat fardu itu menguatkan suara seperti solat isyak maka tidaklah diperlahankan kerana apa yang telah disebut kerana sungguhnya apa yang telah diperintahkan pada asasnya tidaklah ditinggalkan kerana sebab yang baru terjadi (yaitu mengganggu orang yang solat).”

Maksudnya tidak diperlahankan bacaan solat fardu yang disuruh kuat kerana tidak mahu mengganggu orang yang sedang solat atau umpamanya.


KESIMPULAN

Harus hukumnya memasang bacaan Quran dengan pembesar suara di masjid tetapi hendaklah memelihara juga penduduk sekitar yaitu tidak terlalu kuat sampai mengganggu.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments