Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah

solat tahajjud secara berjemaah

Apakah hukum melakukan solat tahajjud secara berjemaah?

Adakah ia dibolehkan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah dibolehkan melakukan solat tahajud dengan berjemaah dan bolehkah ditunjukkan kepada orang ramai?


JAWAPAN:

Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah seperti solat tahajjud, tetapi jika dilakukan juga secara berjemaah maka hukumnya adalah harus.

Berkata Imam Nawawi, maksudnya:

Telah berkata oleh ashab kami bermula solat sunat itu ada dua bahagi.

Satu bahagi disunatkan padanya berjemaah iaitu solat hari raya dan solat gerhana dan solat minta hujan dan seperti itu juga solat tarawih atas pendapat yang paling sahih.

Dan satu bahagi lagi yang tidak disunatkan padanya berjemaah akan tetapi jika dikerjakan dengan berjemaah maka sah ia dan iaitulah solat yang selain yang tersebut tadi.”

(Kitab Al-Majmu’)

Ada pun hukum menunjukkan kepada manusia maka jika bertujuan mendapat kepujian dan sanjungan manusia maka hukumnya adalah haram kerana itulah yang dinamakan riak.

Akan tetapi jika bertujuan mengajar orang lain atau menggalakkan mereka kepada melakukan amal yang baik maka hukumnya adalah harus dan dapat baginya pahala.

Tersebut pada kitab Bughyah Al-Mustarsyidin, ertinya:

Ya jika dia bertujuan mengajar orang-orang yang solat dan menggalakkan mereka nescaya adalah baginya pahala.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Saiful
Saiful
3 tahun yang lalu

?? jazakallah Khairan ustaz atas pencerahan