
Bagaimana cara & niat Solat Maghrib?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan Solat Fardu Maghrib secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Semoga membantu..
Pengenalan Solat Fardu Maghrib
Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب) merupakan salah satu solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan ia dilakukan ketika senja. Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan.
Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam).
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Niat Solat Maghrib
Lafaz niat Solat Maghrib adalah seperti berikut:

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Niat Solat Maghrib Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Waktu Solat Maghrib

Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Namun seiring perkembangan teknologi, kita boleh mengetahui waktu setiap solat melalui kalendar solat atau secara online sahaja.
Rakaat Solat Maghrib
Bilangan rakaat solat maghrib adalah sebanyak tiga rakaat sahaja.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
Cara Mengerjakan Solat Maghrib
Ringkasan cara melakukan Solat Fardu Maghrib
- Mulakan solat dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah Doa Iftitah, kemudian al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran.
- Lakukan rukuk, diikuti dengan sujud dua kali. Pastikan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
- Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
- Rakaat Ketiga: Berdiri untuk rakaat ketiga, bacalah al-Fatihah, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat ketiga dan akhiri solat dengan salam.
Pada bahagian di bawah ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat Solat Maghrib:
Niat

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.


3. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Kemudian bacalah Doa Iftitah.
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah

Doa Iftitah dalam Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.
Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.
Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Baca Surah Dari Al-Quran
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.
Antara surah pendek al-Kafirun.

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
6. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

Semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:
Bacaan Rukuk

SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Bacaan Iktidal


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:
Bacaan Sujud

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
9. Kemudian, Duduk antara dua sujud
Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.
Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.


Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
Bacaan Tahiyat Awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Cara Naik Ke Rakaat Ketiga (Terakhir)
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.
Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.
Rakaat ketiga
Rakaat ketiga (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat pertama dan kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
14. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir


Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Maghrib.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?
Adakah saya perlu ulang solat kembali?
Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.
Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Maghrib

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara doa solat maghrib yang boleh dibacakan adalah:

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.
Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,
Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.
Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.
Maksud doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Panduan wirid & doa selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Maghrib

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Maghrib
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:
Qada Solat Maghrib

Jika anda tertinggal solat fardu maghrib, maka anda harus melakukan qada solat.
Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.
Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.
Untuk qada solat fardu Maghrib, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Maghrib yang dilakukan secara tunai.
Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.
Niat untuk qada Solat Maghrib adalah seperti berikut:
Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU
Penutup
Antara perkara yang akan dihisab oleh Allah kelak adalah solat.
Ia adalah asas kepada semua amal dan kebaikan yang kita lakukan.
Jika ibadah solat kita tiada atau tidak sempurna, kesemua pahala dari ibadah lain atau kebaikan yang kita lakukan akan tergantung.
Oleh itu marilah kita membina dan memperbaiki asas paling penting ini.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Saya benar benar ingin mempelajari cara sholat yang betul
Semoga dipermudahkan urusan tuan.
Fil a’lamin atau fil a’lamina dua dua boleh kan?? Sbb selama ni saya baca fil a’lamin innaka hamidummajid
Dua-dua boleh. Betul dah bacaan awak fil a’lamin innaka hamidummajid tu
Assalamualaikum..nama sy Fara seorg saudara baru. Sudah 5 tahun sy masuk Islam. Sesungguh nya hidayah milk Allah swt. Sy bersyukur dapat panduan solat ini. Selama sy masuk Islam, hanya beberapa Kali saja sy solat. Dan selama sy x solat, sy rasa kan hidup sy tidak tenteram. Alhamdulilah dalam tahun ini, setiap Kali tgk dimedia sosial, selalu kita tgk kematian. Dan sy bertanya kepada diri sy. Mcm mana nnti kalau sy meninggal?sy tidak solat?sy ingkar perintah Allah ?Adakah sy akan disiska di alam kubur nnti? Sy tahu Allah sedang tunjuk kuasa nya. Allah bg kesedaran utk sy. Sy baru belajar solat skrg ( Ade surah yg saya lupa?) Dan skrg sy berniat utk menutup aurat secara sempurna (Masih dlm proses memperbaiki diri). Harap admin doakan sy..sy ..Dan sy doakan semoga kita Umat Nabi Muhammad berjumpa di syurga Allah nnti. In Sha Allah.. Aamiin
Ps: Semoga kita semua terus istiqomah.. Aamiin
Wassalam.
Alhamdulillah, saya doakan urusan Puan Faradila sentiasa dipermudahkan. Dan saya doakan juga proses ke arah kebaikan ini menjadi perjalanan yang paling indah dalam hidup puan.
Aminn.
Aamin??
Assalamualaikum ustaz… Boleh beritahu cara solat jika masuk masbuk solat maghrib pada rakaat ke 2 dan rakaat ke 3? Terima kasih.
Waalaikumsalam. Jika anda masuk sebagai masbuq (orang yang terlewat masuk ke dalam solat berjemaah) dalam solat Maghrib dan masuk pada rakaat ke-2 atau ke-3, berikut adalah cara untuk menyelesaikan solat anda:
1. Masuk pada Rakaat Ke-2:
– Anda akan masuk dan berniat solat Maghrib ketika imam sedang dalam rakaat kedua.
– Ikut imam hingga beliau memberi salam.
– Selepas imam memberi salam, anda berdiri untuk menunaikan rakaat pertama yang anda terlepas.
– Lengkapkan solat anda dengan satu rakaat lagi, termasuk membaca Al-Fatihah dan surah (atau ayat) pendek, rukuk, dan sujud.
2. Masuk pada Rakaat Ke-3:
– Anda akan masuk dan berniat solat Maghrib ketika imam sedang dalam rakaat ketiga.
– Ikut imam sampai selesai dan beliau memberi salam.
– Selepas imam memberi salam, anda berdiri untuk menunaikan dua rakaat yang anda terlepas.
– Lengkapkan dua rakaat tersebut dengan membaca Al-Fatihah dan surah (atau ayat) pendek, rukuk, dan sujud pada setiap rakaat.
Dalam kedua-dua situasi, pastikan anda membaca tasyahhud akhir dan memberi salam pada akhir solat anda.
Terbaik saya suka…. selepas mak meninggal saya harus sembahyang..supaya dapat ku kirimkan hadiah kepada Arwah ibuku..?amin…yang aku sentiasa mengingati nya…AL Fatihah kepada Arwah ibuku yang baru pergi….Allahyarhamah Puan Zakiah Bte Mohd Tahir
assalamualaikum
alhamdulillah. terima kasih atas panduan2nya. sangat2 bermanfaat buat saya dan juga mungkin yg lain, sangat mudah di faham dan mudah di contohi, terima kasih ustaz. semoga allah merahmati ustaz dan keluarga amiin.
Wassalam. Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk puan sekeluarga.
Main Minecraft yukk
Alhamdulilah dari yang kurang pandai makin bertambah pengetahuan dari blog ni terima kasih telah memberi ilmu yg sgt bermanfaat ?
Alhamdulillah.
Semoga memberi manfaat sampai bila-bila.
As salam, nak tanya ada tak beza sebut fardhal dan fardhaz? Dan untuk subuh memang sebut rak’ataini tapi Zuhur, asar maghrib Isyak sebut raka’atin betul ustaz?
Waalaikumsalam,
Ya, terdapat perbezaan dalam pengucapan “fardhal” dan “fardhu”. “Fardhu” adalah istilah yang lebih tepat digunakan dalam konteks ibadah Islam, merujuk kepada sesuatu yang wajib atau mandatori, seperti solat fardhu.
Mengenai niat solat, untuk solat Subuh, kita menyebut “rak’ataini” yang bermaksud dua rakaat. Untuk solat Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak, kita menyebut “raka’atin” sebagai sebahagian dari niat, yang merujuk kepada ‘dua rakaat’ dalam konteks solat tersebut. Contohnya, untuk Zuhur, kita niat untuk empat rakaat, jadi kita akan mengulangi “raka’atin” dua kali dalam niat kita untuk menunjukkan jumlah rakaat yang lengkap.
Sekian lama tidak solat 5waktu, alhamdulillah.. Hidayah allah datang secara tiba2 tuk perbaiki agama ku.. Terima kasih sebab dah mencipta blog ini sangat bermanfaat, insyah allah bila dah jumpa hamba allah yg sudi berkongsi ilmu sy akan belajar cara berdepan.. ??
Okk
Alhamdulillah Saya belajar solat setelah lama sy tinggalkan alhamdulillah syukur Dan terima kasih blog ni sangat2 membantu,terima kasih sangat ??
Alhamdulillah, gembira saya mengetahuinya ?
Assalamualaikum Ustaz.
Bolehkah lafaz niat solat fardu sebelum Takbiratul Ihram. Sebab saya selalu buat macam tu. Boleh kah ustaz?
Wassalam.
Sepatutnya niat itu dihadirkan dalam hati semasa takbiratul ihram. Tetapi jika sukar, maka diberikan kelonggaran pada syarak untuk niat sebelum takbiratul ihram.
Adakah doa Iftitah tu wajib baca?
Harap bls.
Tidak wajib.
Al-Fatihah sahaja yang wajib.
Tq ustaz kerana pencerahan
Sama-sama
Assalamualaikum Ustaz,Selama ni Bahagian tahiyat akhir tu sy selalu sebut Allahumma solli’ala ‘SAIDINA’ Muhammad wa’ala ali Muhammad. Sah ka solat saya?
Wassalam.
Sah, tiada masalah sebut saidina.
Terima kasih ustad dlu sya malas solat, skrng sya belajar solat dri sini, semoga ALLAH memberkati kita semua di dunia dan akhirat amin?
Alhamdulillah, semoga bermanfaat ye
Assalamualaikum..adakah dibolehkah untuk saya membaca Qunut Nazilah semasa solat Maghrib?sebab saya tertengok rancangan keagamaan di TV milik negara Brunei Darussalam(tak salah saya RTB sukmaindera),mereka menganjurkan untuk membaca Qunut Nazilah pada rakaat ketiga.mohon pencerahan akhi..
Wassalam,
Ya boleh membaca qunut nazilah semasa solat Maghrib.
Tetapi biasanya Qunut Nazilah dibaca bila bersebab seperti ada peperangan atau bencana alam seperti wabak penyakit.
Assalamualaikum ustaz ada lg pesoalan kalo solat magrib saya tak dapat kerejakan boleh ke saya qadak lepas saya habis kereja sebab di Australia perkerja nya semua mak saleh gimana tu
Wassalam,
Tidak boleh meninggalkan solat tanpa sebab.
Jika sudah tertinggal, maka wajiblah untuk qada solat. Sebab solat yang tertinggal ini ibarat hutang dengan Allah SWT.
Salam ustaz. sahkah solat saya bila saya dah tahiyyat akhir tapi saya baca tahiyyat awal. Perlukah saya mngulang kembali solat tersebut. Sebab semasa solat saya baca surah dari hp. Mgkin silap saya sebab saya keliru
Wassalam,
Sah solat kalau baca tahiyat awal dalam tahiyat akhir. Yang penting bacaan tersebut sampai kepada selawat (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad)
Terima kasih. Alhamdulilah akhirnya sa dpt blajar solat.
Sama-sama, alhamdulillah.
Salam, maaf tnye cara nak dduk istirahah tu sama mcm dduk tahiyat akhir ke?
Wassalam. macam tahiyat awal
Terima kasih sebab telah mengajar saya,dalam ni memang mudah cepat alfal.saya harap dengan adanya macam ni,saya dapat alfal 5waktu sehari
Alhamdulillah :-)