Bagaimana cara & niat Solat Maghrib?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan Solat Fardu Maghrib secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Semoga membantu..
Pengenalan Solat Fardu Maghrib
Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب) merupakan salah satu solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan ia dilakukan ketika senja. Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan.
Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam).
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Niat Solat Maghrib
Lafaz niat Solat Maghrib adalah seperti berikut:
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Niat Solat Maghrib Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Waktu Solat Maghrib
Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Namun seiring perkembangan teknologi, kita boleh mengetahui waktu setiap solat melalui kalendar solat atau secara online sahaja.
Rakaat Solat Maghrib
Bilangan rakaat solat maghrib adalah sebanyak tiga rakaat sahaja.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
Cara Mengerjakan Solat Maghrib
Ringkasan cara melakukan Solat Fardu Maghrib
- Mulakan solat dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah Doa Iftitah, kemudian al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran.
- Lakukan rukuk, diikuti dengan sujud dua kali. Pastikan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
- Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
- Rakaat Ketiga: Berdiri untuk rakaat ketiga, bacalah al-Fatihah, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat ketiga dan akhiri solat dengan salam.
Pada bahagian di bawah ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat Solat Maghrib:
Niat
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.
3. Membaca Doa Iftitah
Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Kemudian bacalah Doa Iftitah.
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah
Doa Iftitah dalam Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.
Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.
Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Baca Surah Dari Al-Quran
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.
Antara surah pendek al-Kafirun.
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
6. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:
Bacaan Rukuk
SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:
Bacaan Iktidal
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama
Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:
Bacaan Sujud
Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
9. Kemudian, Duduk antara dua sujud
Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.
Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:
Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.
Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian, Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
Bacaan Tahiyat Awal
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Cara Naik Ke Rakaat Ketiga (Terakhir)
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.
Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.
Rakaat ketiga
Rakaat ketiga (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat pertama dan kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat
12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
14. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Maghrib.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?
Adakah saya perlu ulang solat kembali?
Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.
Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Maghrib
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara doa solat maghrib yang boleh dibacakan adalah:
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.
Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,
Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.
Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.
Maksud doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Panduan wirid & doa selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Maghrib
Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Maghrib
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:
Qada Solat Maghrib
Jika anda tertinggal solat fardu maghrib, maka anda harus melakukan qada solat.
Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.
Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.
Untuk qada solat fardu Maghrib, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Maghrib yang dilakukan secara tunai.
Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.
Niat untuk qada Solat Maghrib adalah seperti berikut:
Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU
Penutup
Antara perkara yang akan dihisab oleh Allah kelak adalah solat.
Ia adalah asas kepada semua amal dan kebaikan yang kita lakukan.
Jika ibadah solat kita tiada atau tidak sempurna, kesemua pahala dari ibadah lain atau kebaikan yang kita lakukan akan tergantung.
Oleh itu marilah kita membina dan memperbaiki asas paling penting ini.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Tinggalkan Komen Anda..
Ustaz nak tanye kalau kita ikut imam tapi sempat rakaan ke 3 je lepastu ganti 3 rakaat je kan
Waalaikumsalam,
Jika awak sempat mengikuti imam pada rakaat ketiga dalam solat fardu Maghrib, awak perlu menggantikan dua rakaat selepas imam memberi salam. Ini kerana solat Maghrib terdiri daripada tiga rakaat, dan awak hanya tertinggal dua rakaat lagi untuk melengkapkannya.
Untuk mengira sama ada awak mendapat rakaat ketiga tersebut, ia bergantung pada sempatnya awak rukuk bersama imam. Makmum dikira mendapat rakaat jika dia sempat rukuk sebelum imam bangkit daripada rukuk. Jika awak berjaya rukuk bersama imam sebelum beliau bangun, maka rakaat tersebut dikira untuk awak.
Namun, jika awak ragu-ragu sama ada sempat atau tidak, anda perlu membuat keputusan berdasarkan apa yang awak yakin. Jika yakin awak sempat rukuk, rakaat tersebut dikira. Jika tidak yakin, awak perlu mengira rakaat tersebut sebagai tidak dapat dan menggantikan tiga rakaat penuh selepas imam selesai memberi salam.
Semoga penjelasan ini membantu, dan jika ada sebarang soalan lain, jangan segan untuk bertanya.
Wallahu a’lam.
terima kasih ustaz sebab kongsikan rumi sekali :)
Alhamdulillah sama-sama ツ
Assallamualaikom ustaz…
Dalam solat ..membaca surah AlAlaq..kena buat sujud sajadah ke..
Walaikumsalam,
Tidak wajib tetapi disunatkan.
JazakaAllah ustaz
Assalamualaikum ustaz
Walaikumsalam. ツ
Boleh tahu cara duduk tahiyat awal dan akhir
Berikut adalah cara duduk tahiyat awal dan akhir dalam solat menurut panduan mazhab Syafi’e.
Cara Duduk Tahiyat Awal
Duduk tahiyat awal dilakukan dengan cara duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri sementara kaki kanan ditegakkan dengan jari-jarinya menghadap kiblat.
Langkah-langkah:
1. Lutut Dibengkokkan: Duduk di atas kaki kiri dan letakkan paha kiri di atas betis kaki kiri.
2. Kaki Kanan Ditegakkan: Tegakkan kaki kanan dengan jari-jari kaki menghadap kiblat.
3. Kedua Tangan di Atas Paha: Letakkan kedua tangan di atas paha, tangan kanan di atas paha kanan dan tangan kiri di atas paha kiri.
4. Pandangan ke Tempat Sujud: Pandang ke tempat sujud.
—
Cara Duduk Tahiyat Akhir
Duduk tahiyat akhir dilakukan dengan cara duduk tawarruk, iaitu duduk dengan meletakkan punggung di lantai sementara kaki kiri diletakkan di bawah kaki kanan.
Langkah-langkah:
—
Rujukan dan Bacaan
Untuk bacaan tahiyat, berikut adalah contoh bacaan yang boleh digunakan:
Tahiyat Awal:
اَلتَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
Tahiyat Akhir:
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ، الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Semoga panduan ini membantu anda dalam memperbaiki amalan solat.
Assalamualaikum ustaz
Wassalam,
Tidak sah solat jika awak lakukan sujud selepas tahiyat awal sebab itu dikira sebagai perbuatan sengaja menambah rukun solat, sedangkan bacaan dalam sujud adalah sunat dan boleh diperbaiki dengan sujud sahwi pada akhir solat.
Perbuatan sujud = rukun solat
Bacaan dalam sujud = sunat muakkad.
Oleh itu lain kali, jika awak terlupa perkara sunat maka lakukan sujud sahwi sahaja ya.
Bila terlupa rukun (seperti perbuatan sujud), maka barulah kena ganti balik perbuatan tersebut pada akhir solat dan ditambah sujud sahwi.
Atul faham tak penjelasan saya ni?
Maaf ye ustaz saya masih keliru😔
1) Tidak perlu tambah 1 rakaat, hanya lakukan sujud sahwi sahaja (sebab yang awak tertinggal adalah perkara sunat sahaja)
2) Ya betul, akhir solat itu adalah selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam.
3) Itu apabila terlupa perbuatan rukun. Dalam kes awak ini, tidak perlu.
Ohh baik ustaz saya dah faham terima kasih ye☺️
Sama-sama :-)
Aslm ustaz nk tnya
Waalaikumsalam.
Pertama, mengenai meninggalkan solat rawatib dan hanya menunaikan solat fardhu dan qadha, ini adalah perkara yang dibolehkan dalam Islam. Solat rawatib adalah solat sunat yang sangat digalakkan, tetapi bukanlah wajib. Oleh itu, seseorang boleh memilih untuk menunaikan atau meninggalkannya mengikut keadaan dan kemampuannya.
Kedua, berkaitan dengan solat rawatib Subuh sahaja dan meninggalkan solat rawatib yang lain, ini juga dibolehkan. Solat rawatib Subuh, atau sunat Qabliyah Subuh, mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Namun, tidak ada dosa bagi orang yang tidak menunaikan solat rawatib lain selain daripada itu.
Ketiga, mengenai solat witir, tahajjud, dan hajat walaupun tidak menunaikan solat rawatib lain, ini juga adalah sesuatu yang dibolehkan. Solat-solat ini adalah sunat dan mempunyai fadhilat tersendiri. Seseorang boleh memilih untuk menunaikan solat-solat sunat ini tanpa perlu menunaikan semua solat rawatib.
Secara ringkas, dalam Islam, solat-solat sunat seperti rawatib, witir, tahajjud, dan hajat adalah amalan yang sangat dianjurkan dan memberi pahala yang besar.
Namun, tidak ada kewajipan untuk menunaikannya, dan seseorang bebas memilih untuk menunaikannya mengikut keupayaan dan keinginannya sendiri. Penting untuk diingat bahawa solat fardhu adalah yang paling utama dan tidak boleh ditinggalkan.
maaf nak tanya boleh ke tengok fon sambil solat?maaflah saya baru belajar nak solat takut tak sah pulak😔😔
Tidak apa-apa, penting untuk bertanya apabila kita kurang pasti.
Dalam Islam, ketika solat, sangat penting untuk menjaga khusyuk, yang bermaksud fokus dan konsentrasi penuh dalam solat. Melihat telefon atau menggunakan telefon ketika solat boleh mengganggu khusyuk ini dan bukanlah amalan yang disarankan atau dibenarkan.
Ketika belajar solat, lebih baik untuk menghafal atau memahami bacaan solat terlebih dahulu. Jika anda mengalami kesukaran, mungkin boleh mencuba untuk menggunakan buku panduan atau aplikasi telefon sebelum memulakan solat, bukan semasa solat.
Jika memang perlu, contohnya untuk membaca Al-Quran dari telefon kerana tidak hafal, cubalah untuk meminimalkan penggunaannya dan kembali kepada fokus solat secepat mungkin. Ini untuk membantu anda menjaga kekhusyukan solat.
Assalamualaikum,saya nak tanya,adakah sah solat saya jika saya terbaca doa ruku ketika nak sujud tapi saya tersedar saya salah dan setelah itu saya membaca doa sujud yang betul 3 kali tapi adakah sah?
Waalaikumsalam.
Dalam situasi di mana anda tersilap membaca doa ruku’ ketika ingin sujud tetapi kemudian tersedar dan membaca doa sujud yang betul, solat anda masih dianggap sah.
Kesilapan semasa membaca doa dalam solat, terutamanya jika tidak disengajakan dan diperbetulkan sebaik sahaja anda tersedar, tidak membatalkan solat.
Penting untuk diingat bahawa kesempurnaan dalam solat bukan hanya terletak pada bacaan yang sempurna, tetapi juga pada keikhlasan dan usaha untuk melaksanakannya dengan baik. Jadi, jika anda telah membuat kesalahan tetapi segera memperbaikinya, solat anda masih dianggap sah.
Jangan lupa untuk terus berusaha memperbaiki bacaan dan memahami makna doa-doa dalam solat. Allah SWT Maha Mengerti dan Maha Pengampun.
ohh terima kasih dah jawab,tapi kalau situasi dh di rakaat kedua terbaca tahiyat akhir lepas tu tersedar balik yang kita salah dan membetulkan nya balik tetap sah juga lah ye?
Ya, jika anda tersilap membaca tahiyyat akhir pada rakaat kedua dan kemudian menyedari kesilapan tersebut lalu membetulkannya, solat anda masih sah. Apabila terjadi kesilapan dalam solat seperti ini, anda boleh membetulkannya sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut dan meneruskan solat seperti biasa.
Selepas itu, anda disarankan untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam, yang bertujuan untuk memperbaiki kesilapan yang tidak disengajakan dalam solat. Sujud sahwi dilakukan dengan melakukan dua sujud setelah tahiyyat akhir dan sebelum salam. Ini merupakan cara untuk memperbaiki kesilapan ringan dalam solat.
Boleh rujuk mengenaik sujud sahwi pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/melakukan-sujud-sahwi/
Assamualaikum ustaz,saya nak tanya slps sujud keakhir sujud sahwi waktu kita nk bgn untuk salam tu kllu tk sebut “Allahuakbar” dan terus salam adakah sah?sebab saya terlupa😭lepas selesai sujud sahwi yg terakhir tu sya bgn utk salam trs🥲,sebelum tu sy minta maaf yer sebab banyak bertanya🥲🙏🏻
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Tidak mengapa banyak bertanya, kerana bertanya adalah cara untuk menambah pengetahuan.
Mengenai soalan anda, dalam mazhab Syafi’i, ucapan takbir (mengucap “Allahuakbar”) adalah sunat dan bukan wajib ketika berpindah dari satu pergerakan solat ke pergerakan yang lain, termasuklah dari sujud sahwi ke salam. Oleh itu, jika seseorang terlupa mengucapkan “Allahuakbar” sebelum memberi salam, solatnya masih sah. Yang penting adalah niat di dalam hati dan memenuhi rukun-rukun solat yang lain.
Namun, adalah lebih afdal (lebih baik) untuk mengucapkan takbir ketika berpindah antara pergerakan solat sebagai tanda hormat dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, kekhilafan kecil seperti terlupa mengucapkan takbir tidak membatalkan solat anda.
Jangan risau dan teruskan berusaha untuk meningkatkan kualiti solat anda. Semoga Allah menerima segala ibadah kita. Amin.
assalamulaikum ustaz. sya blum pandai solat .😔 sah ke sya guna hf untuk paduan solat sya
InsyaAllah sah. Dimaafkan bagi orang yang sedang belajar solat.
Salamualaikom ustaz sy baru nak belajar sembayang tapi sy gune hp kat tangan ade kah solat sy sah
Wassalam. Sah, diberi keringanan kepada mereka yang sedang belajar melakukan solat.