11 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT (Panduan Lengkap)

perkara membatalkan solat

Apakah perkara yang membatalkan solat?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dan jelas kepada anda mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat dalam Mazhab Syafi’e.

Sekiranya anda terbuat perkara-perkara ini semasa solat, maka solat itu batal dan wajib diulangi semula solat tersebut.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Perkara yang membatalkan solat adalah tindakan atau keadaan yang menyebabkan solat seseorang itu menjadi tidak sah atau batal. Ini bermakna, jika seseorang itu melakukan salah satu daripada perkara ini ketika solat, maka solatnya tidak lagi diterima dan perlu diulang semula.

Solat adalah ibadat yang merangkumi perbuatan dan bacaan yang khusus. Ia wajib dilakukan dengan memenuhi semua syarat dan rukunnya untuk menjadikannya sebagai ibadat yang sah dan diterima Allah SWT.

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang bercanggah atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan syarak dan diajarkan Rasulullah SAW, solatnya akan dikira rosak atau batal.

Fuqaha sepakat menyatakan bahawa rosak dan batal solat itu adalah perkara yang sama. Rosak atau batal ibadat adalah disebabkan kekurangan mana-mana perkara yang wajib dilakukan.

Apabila rosak atau batal mana-mana ibadat, ia tidak lagi dinamakan ibadat. Solat yang terbatal hendaklah dilakukan semula.

Ringkasan perkara-perkara yang membatalkan solat adalah

  1. Berhadas
  2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan
  3. Berkata-kata dengan sengaja
  4. Terbuka aurat
  5. Mengubah niat solat
  6. Makan dan minum walaupun sedikit
  7. Bergerak tiga kali berturut-turut
  8. Berpaling dari arah kiblat
  9. Menambah rukun solat dengan sengaja
  10. Ketawa terbahak-bahak
  11. Mendahului imam melebihi dua rukun dalam solat berjemaah

Fuqaha berbeza pendapat dalam menetapkan perkara-perkara yang membatalkan solat.

Mazhab Hanafi menetapkan 68 perkara yang membatalkankan solat. Maliki menetapkan 30 perkara dan Hanbali menggariskan 36 perkara.

Bagaimana pun, Mazhab Syafi’e memperincikan 27 perkara yang membatalkan solat.

Berlaku Hadas Kecil Dan Hadas Besar

Hadas kecil adalah perkara yang menyebabkan batalnya wuduk. Contoh hadas kecil adalah seperti keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, seperti:

  • Kentut
  • Air kencing
  • Tahi
  • Mazi
  • Keputihan
  • Wadi

Hadas besar adalah berlakunya perkara yang menyebabkan perlu mandi wajib. Antara contoh hadas besar adalah:

Batal solat seseorang yang berhadas sama ada hadas kecil seperti terkentut, atau hadas besar, seperti haid. Sekiranya dia berhadas selepas memberikan salam yang pertama, sah solatnya kerana telah selesai solatnya dengan salam itu.

Begitu juga jika seorang yang sentiasa berhadas, seperti wanita istihadah atau seorang lelaki yang tidak boleh mengawal kencingnya, berhadas dengan hadas yang lain, seperti keluar angin, batal solatnya.

Disunatkan orang yang batal solatnya kerana berhadas ketika solat jemaah agar menutup hidungnya seolah-olah terdapat darah yang mengalir, ketika dia meninggalkan jemaah tersebut.

Was-Was Dalam Solat

Batal solat orang yang berasa waswas sama ada dia telah berniat pada permulaan solat atau dia sedang bersolat Asar tetapi tidak pasti sama ada dia telah berniat Asar atau Zuhur.

Begitu juga sekiranya dia tidak pasti sama ada telah melakukan takbiratulihram atau tidak.

Jarak Masa Waswas

Sekiranya perasaan waswas ini berlanjutan ketika dia sedang bersolat dalam tempoh kira-kira tamakninah, batal solatnya.

Tetapi sekiranya dia keliru sebentar tetapi kemudian teringat semula yang dia memang telah berniat dengan betul atau telah bertakbiratulihram, solatnya tidak batal.

Jika selepas selesai solat, seseorang itu waswas sama ada dia telah berniat atau telah takbiratulihram dan dia tidak dapat mengingat melakukannya, wajib dia mengulangi solatnya semula.

Makan Dan Minum Dalam Solat

Orang yang makan atau minum dengan sengaja dalam solat, maka solatnya dianggap batal sama ada kadarnya banyak atau sedikit.

Jika dia termakan dengan tidak sengaja atau tidak tahu bahawa tidak boleh makan ketika solat, tidak batal solat nya kalau makanan itu sedikit.

Ulama fiqh menyatakan kadar banyak itu ialah jika dikumpulkan semuanya ia menjadi sebesar kacang.

Jika dalam mulutnya ada gula atau coklat yang cair di dalam mulutnya dan dia menelannya bersama dengan air liur, batal solatnya.

Oleh itu, sebelum solat disunatkan bersugi, berus gigi atau sekurang kurangnya berkumur.

Bercakap-Cakap Dengan Sengaja

Percakapan yang dianggap membatalkan solat ialah percakapan yang mengeluarkan perkataan yang lebih dua huruf walaupun tidak mempunyai makna atau perkataan satu huruf yang mempunyai makna.

Jika perkataan itu diucapkan secara tidak sengaja atau terlupa bahawa dia sedang solat, ia dimaafkan sekiranya percakapannya itu sedikit, tidak melebihi enam perkataan dan tidak lama.

Sekiranya seseorang itu membaca ayat al-Quran dengan niat memberikan arahan kepada orang lain, batal solatnya walaupun apa yang diucapkan nya adalah ayat al-Quran.

Misalnya, jika seorang itu membaca ayat 12 surah Maryam untuk menyuruh seseorang bernama Yahya mengambil kitab, batal solatnya.

Surah maryam ayat 12

Maksudnya:

Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!

(Surah Maryam 19: 12)

Ketawa, Menangis & Berdehem Dalam Solat

Jika perbuatan ini dilakukan dengan sengaja, maka batal solat.

Ini berdasarkan dalil yang mengharamkan bercakap dalam solat. Berdehem mengeluarkan bunyi dengan 3 huruf membatalkan solat.

Bergerak-gerak Dalam Solat

Pergerakan lain daripada perbuatan solat boleh membatalkan solat jika dilakukan dengan anggota utama dan dilakukan banyak kali serta berturut turut.

Tidak batal jika sekadar menggerakkan jari-jemari, lidah atau kening, walaupun dilakukan berulang ulang kali.

Ini kerana perbuatan yang sedikit seperti ini tidak mengganggu kekhusyukan solat.

Menurut Dr. Wahbah Al Zuhaily dalam bukunya al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, sebab mengapa pertuturan yang sedikit membatalkan solat sedangkan pergerakan yang sedikit tidak pula membatalkannya, adalah kerana pergerakan yang sedikit tidak mungkin boleh dikawal, sedangkan pertuturan boleh.

Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

Baju Atau Badan Atau Tempat Solat Yang Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

TIDAK SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika tubuh, pakaian atau tempat solat seseorang terkena atau ditimpa najis yang tidak dimaafkan dan dia tidak segera membuangnya, maka batal solatnya.

Ini adalah kerana kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat merupakan syarat sah solat.

SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika najis haiwan yang kering terjatuh di atas bahu orang yang sedang solat, dan dia segera membuangnya, solatnya tidak batal.

Tetapi jika dibiarkan atau najis itu basah hingga meninggalkan kesan pada tubuh, pakaian atau tempat, batal solatnya.

Terbuka Aurat Dalam Solat

Aurat dalam solat

Batal solat sesiapa yang membuka auratnya dengan sengaja ketika dalam solat.

Tetapi jika auratnya ternampak secara tidak sengaja seperti kainnya ditiup angin, solatnya tidak batal jika dia menutupnya dengan segera. Jika dibiarkan auratnya terbuka, solatnya batal.

Jumhur ulama berpendapat bahawa wajib orang yang bersolat itu menutup aurat sama ada dia bersolat di tengah khalayak ramai atau seorang diri di dalam bilik atau di tempat yang gelap.

Tidak sah seorang itu bersolat seorang diri di dalam tempat yang tertutup dalam keadaan tanpa pakaian atau tidak menutup aurat, sedangkan dia mempunyai pakaian yang bersih.

Berazam Untuk Menamatkan Solat

Jika seorang bersolat dengan azam untuk berhenti solat atau mengaitkan jika suatu peristiwa berlaku dia akan menghentikan solatnya.

  • Seorang yang sedang solat, tiba-tiba ada panggi lan telefon, lalu dia berniat untuk membatalkan solatnya untuk menjawab telefon, batal solatnya.
  • Sekiranya seseorang yang menanti kedatangan seorang rakan bersolat terlebih dahulu kerana terlalu lama menunggu dan berniat jika rakannya tiba, dia akan membatalkan solatnya.

Dalam keadaan ini solatnya telah rosak sejak awal lagi. Solat seperti ini tidak sah kerana niat solatnya tidak jazim iaitu tidak putus dan muktamad.

Mengubah Niat Dalam Solat

Batal solat orang yang mengubah niat asal solatnya ketika berada dalam solat.

Sama ada dia mengubah daripada fardu kepada sunat, atau tunai kepada qada. Begitu juga jika dia mengubah satu solat ke solat yang lain.

Misalnya, seorang bersolat Maghrib, tiba-tiba mengubah niatnya untuk solat Isyak.

Atau, seorang yang sedang menunaikan solat Subuh mengubah niat nya untuk bersolat sunat Subuh.

Melainkan sekiranya seorang itu sedang menunai kan solat fardu sendirian, mengubah solat fardu ini kepada solat sunat mutlak apabila ada sekumpu lan jemaah melakukan solat berjemaah.

Dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan berjemaah, dia mengubah solat fardu kepada solat sunat su paya dia dapat mengerjakan solat fardu berjemaah.

Berpaling Dari Arah Kiblat

Berpaling daripada arah kiblat mem batalkan solat kerana ia adalah syarat sah solat.

Tidak kira sama ada dia dipalingkan oleh orang lain atau dengan perbuatannya sendiri, solat tetap batal..

Tetapi dalam keadaan dia dipalingkan dengan paksaan, jika tempoh berpaling itu lama mengikut uruf, batal solatnya.

Apa yang dimaksudkan dengan berpaling dari arah kiblat ialah memalingkan dada ke arah lain daripada kiblat.

Hilang Ingatan Kerana Gila, Pitam, Tertidur Atau Mabuk Ketika Solat

Apabila seorang yang bersolat tidak sedar apa yang dilakukan kerana tertidur atau pitam misalnya, solatnya batal.

Ini kerana sedar adalah syarat harusnya melakukan solat.

Demikian juga tidak sah solat orang yang mabuk, walaupun dia melakukannya dengan betul dan tertib.

Murtad Ketika Solat

Dalam konteks solat, seorang yang telah berniat atau berikrar untuk keluar daripada Islam atau melakukan perbuatan yang menunjukkan bahawa dia telah keluar agama, solatnya tidak sah.

Seseorang boleh murtad sama ada dengan niat, pengakuan lisan atau perbuatan.

Contohnya jika seorang itu berniat akan keluar daripada Islam jika gagal dalam temuduga yang dihadirinya, dia telah pun murtad serta-merta tanpa menunggu keputusan temu duga tersebut.

Sekiranya dia murtad ketika bersolat, batal solatnya.

Syarat-Syarat Seseorang Itu Dihukum Murtad

  • Baligh dan berakal.
  • Tidak dipaksa, sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri.
  • Mengetahui hal dan hukum murtad serta membuatkan dirinya menjadi murtad.
  • Apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya, maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa seseorang itu telah pun menjadi murtad daripada Islam.

Penutup

Saya berharap panduan ini memberi pencerahan mengenai perkara yang membatalkan solat. Semoga ia dapat memberi kemudahan kepada anda dalam mempelajari fardu ain solat.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila nyatakan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah saya akan menjawab secepat yang mungkin.

Rujukan

  • Al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1418H/ 1997M, hal. 1047-1050
  • 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms. 361
  • Hasyiah al-Jamal, 1/425
  • Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 2/307
  • Formula Solat Sempurna, Dr Zaharuddin Abd Rahman
  • Bimbingan Solat, Dr Rohaily Al-Jawhary
  • 195 Perkara Asas Solat, Haji Mohd Shukri Haji Ali
Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

301 thoughts on “11 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT (Panduan Lengkap)”

  1. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat sy muncul keraguan pada niat solat tp dh teringat semula dan yakin dgn niat solat tersebut. Tiba² muncul lintasan hati niat solat tanpa sengaja. Adakah lintasan hati itu dikira niat ustaz? Adakah solat sy batal?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam Mazhab Syafi’i, niat adalah rukun solat yang mesti dihadirkan dengan jelas dalam hati pada permulaan solat. Namun, lintasan hati yang datang selepas niat asal yang sudah yakin dan sah tidak membatalkan solat, selagi tidak disertai dengan niat yang sengaja untuk membatalkan solat.

      Jika awak pada awalnya sudah yakin dengan niat solat, dan kemudian muncul lintasan hati tanpa disengajakan, ia tidak dikira sebagai niat baru atau membatalkan niat asal. Lintasan hati yang tidak disengajakan ini dianggap sebagai was-was, dan dalam fiqh, was-was yang tidak disertai tindakan atau niat yang sengaja tidak membatalkan solat.

      Maka, dalam situasi ini, solat awak tetap sah, dan tiada keperluan untuk mengulang solat.

      Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada gangguan was-was dalam ibadah.

      Wallahu a’lam.

      Reply
      • Assalamualaikum ustaz. Jika kita sedang solat asar, pastu muncul keraguan kita solat zohor ke asar, dan saya yakin saya solat asar, pastu muncul blk lintasan hati ttg keraguan td berulang kali, dan saya yakinkan sekali lg yg saya sedang solat asar. Adakah keraguan yg berulang kali itu membatalkan solat?

        Reply
        • Wa’alaikumussalam,

          Dalam situasi ini, keraguan yang muncul berulang kali mengenai niat solat (sama ada sedang solat Zuhur atau Asar) tidak membatalkan solat selagi mana awak telah yakin bahawa niat asal adalah untuk solat Asar, dan tiada perubahan niat semasa solat. Lintasan was-was atau keraguan yang datang berulang kali adalah gangguan dalam hati yang sering dialami oleh ramai orang, dan ia tidak membatalkan solat.

          Dalam Mazhab Syafi’i, lintasan hati atau was-was tidak membatalkan solat selama mana niat asal solat tersebut tetap terjaga. Sekiranya pada awalnya awak sudah yakin dengan niat solat Asar, teruskan solat tersebut dan abaikan lintasan hati yang berulang kali. Membiarkan diri terjebak dalam was-was boleh mengganggu kekhusyukan, dan sebaiknya teruskan solat dengan tenang.

          Jika was-was ini berlaku dengan kerap, berdoalah kepada Allah SWT agar diberi ketenangan dan jauhkan daripada gangguan was-was. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah:

          “A’uzubillahi minash shaytanir rajim”

          (“Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk”).

          Semoga Allah SWT mempermudahkan ibadah awak dan memberikan ketenangan dalam solat.

          Wallahu a’lam.

          Reply
  2. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat muncul lintasan hati samada nk hentikan solat atau teruskan solat, sbb waktu tu tgh tahan kencing. Tapi saya niat nk teruskan solat. Adakah solat sy sah ustaz?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam Mazhab Syafi’i, solat tetap sah selagi tidak ada tindakan atau niat yang jelas untuk membatalkan solat. Lintasan hati atau rasa ragu yang sekejap (was-was) tidak membatalkan solat, kerana ia dianggap sebagai gangguan yang tidak membawa kesan kepada niat sebenar.

      Dalam kes ini, awak menghadapi lintasan hati samada mahu meneruskan atau menghentikan solat, tetapi akhirnya memilih untuk teruskan solat. Ini bermaksud bahawa lintasan tersebut tidak diikuti dengan tindakan atau niat jelas untuk membatalkan solat. Oleh itu, solat awak adalah sah.

      Namun, secara umum, adalah lebih baik untuk menunaikan solat dalam keadaan yang selesa dan tanpa menahan keperluan mendesak seperti ingin membuang air kecil atau besar. Ini supaya khusyuk dalam solat tidak terganggu. Jika rasa ingin membuang air itu mendesak, dianjurkan untuk menunaikan hajat terlebih dahulu sebelum bersolat.

      Semoga penjelasan ini membantu, dan Allah SWT menerima solat awak.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum ustaz. Jika kita dah niat solat fardu, ketika solat tiba2 muncul lintasan hati kata saya niat solat sunat tanpa sengaja. Tapi saya terus yakinkan segera yg saya tgh solat fardu. Adakah solat saya sah atau batal? Adakah situasi itu mengubah niat dalam solat?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Dalam situasi ini, jika awak telah berniat dengan betul untuk solat fardu pada permulaan solat dan kemudian muncul lintasan hati yang mengatakan sebaliknya (bahawa awak sedang niat solat sunat), solat awak masih sah. Ini kerana lintasan hati atau was-was yang tidak disengajakan tidak membatalkan niat asal jika awak yakin bahawa niat solat fardu telah dibuat dengan betul pada mulanya.

      Menurut kaedah fiqh, niat yang telah ditetapkan pada awal solat tidak akan berubah hanya kerana lintasan hati atau keraguan. Lintasan tersebut adalah perkara yang biasa berlaku dan selagi awak yakin bahawa niat asal awak adalah untuk solat fardu, niat itu kekal sah dan solat tidak terbatal.

      Jadi, jika awak segera meyakinkan diri bahawa awak sedang solat fardu, itu sudah mencukupi dan tidak perlu risau. Lintasan hati yang sekejap tidak menjejaskan sahnya solat.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  4. Assalamualaikum ustaz. Semasa solat saya yakin tiada apa2 najis di pakaian. Selepas solat, baru perasan macam ada bangkai semut atau kutu pada anak telekung. Sah ke solat saya ustaz? Sebab saya tidak tahu ada bangkai pada pakaian saya.

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam kes ini, jika semasa solat puan yakin tiada najis atau bangkai di pakaian, dan hanya selepas solat puan sedar adanya bangkai semut atau kutu pada anak telekung, solat puan tetap sah. Ini kerana terdapat kaedah dalam fiqh yang menyatakan bahawa seseorang tidak dihukum atas perkara yang tidak diketahuinya semasa melakukan ibadah.

      Dalam Mazhab Syafie, bangkai haiwan kecil seperti semut dan kutu yang darahnya tidak mengalir dianggap najis, namun jika ia hanya diketahui selepas solat selesai dan semasa solat puan yakin pakaian dalam keadaan suci, solat tersebut sah dan tidak perlu diulangi (qada).

      Perkara utama di sini ialah solat dilakukan dengan penuh keyakinan bahawa pakaian suci. Apabila sesuatu yang najis hanya disedari selepas solat, maka ia tidak membatalkan solat tersebut.

      Wallahu a’lam.

      Reply
      • Assalamualaikum ustaz. Jika ada bangkai semut di karpet selepas solat tanpa diketahui adanya bangkai semut tu solat ttp sah kan ustaz? Sbb sblm solat sy mmg dh pastikan xde apa-apa kotoran atau najis di karpet.

        Reply
        • Wa’alaikumussalam

          Dalam Mazhab Syafi’e, bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, seperti semut, lalat, dan serangga kecil lainnya, tidak dianggap sebagai najis.

          Oleh itu, jika terdapat bangkai semut di atas karpet yang digunakan untuk solat dan ia tidak disedari, solat tersebut tetap sah.

          Ini kerana bangkai semut tidak menjejaskan kebersihan tempat solat, dan lebih-lebih lagi, awak sudah memastikan kebersihan karpet sebelum solat.

          Jadi, solat awak sah dan tidak perlu diulang.

          Wallahu a’lam.

          Reply
          • Assalamualaikum ustaz. Sebelum solat, sy dh pastikan yg tiada bangkai semut di kaki. Selepas solat, saya dapati ada bangkai semut di kaki. Adakah solat saya sah ustaz? Jika ada bangkai semut, hanya buang bangkai semut ke atau kena basuh dgn air? Sebab sy hanya buang bangkai semut dan lap dgn tisu utk melaksanakan solat.

            Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Terima kasih atas soalan puan. Semoga Allah memberi kemudahan dalam usaha menjaga kesempurnaan solat puan.

      Jika rambut gugur dan termasuk ke dalam mulut semasa solat, solat tidak batal selagi rambut tersebut tidak ditelan. Menurut pandangan para ulama, jika sesuatu benda seperti rambut atau debu masuk ke dalam mulut secara tidak sengaja dan tidak ditelan, ia tidak membatalkan solat. Rambut yang termasuk dalam mulut tetapi tidak ditelan tidak dianggap sebagai makan atau minum yang membatalkan solat.

      Malah, sekiranya seseorang tidak sengaja menelan rambut tersebut, solatnya tetap sah, kerana perbuatan tersebut tidak disengajakan. Bagi perkara-perkara kecil seperti ini, yang bukan dari jenis makanan dan ditelan secara tidak sengaja, para ulama berpendapat bahawa ia tidak membatalkan solat.

      Puan boleh meneruskan solat dengan yakin bahawa ia masih sah. Semoga penjelasan ini memberikan ketenangan hati, dan semoga Allah menerima segala amal ibadah puan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
      • Assalamualaikum ustaz. Ketika solat asar, ada rasa macam rambut masuk dalam mulut. Ketika tu sedang baca surah al fatihah. Mula2 rasa rambut tu masih ada dalam mulut, tp bila sy nk telan air liur, rasa rambut dalam mulut dh takde. Adakah solat saya batal ustaz? Sbb rasanya ada telan air liur je td. Tp yg peliknya rambut dh xde dlm mulut.

        Reply
  5. Assalamualaikum ustaz. Adakah seorang perempuan perlu membaca rukun qauli dengan kuat?
    Dulu cikgu cakap kalau bukan mahram dengar suara kita ketika solat, automatik batal solat kita. Sebab suara perempuan tu aurat.
    Ada juga saya dengar ustaz cakap yg perempuan solat dalam keadaan senyap.
    Memandangkan bacaan alfatihah saya yg sepatutnya ‘sekadar didengari telinga sendiri’ tu dah sama level dgn ckp dgn orang sebelah, saya selalunya baca dlm keadaan berbisik kalau suami ada ketika saya solat.

    Sah ke solat saya

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Berkenaan dengan persoalan saudari, terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan:

      1. Bacaan Rukun Qauli: Dalam solat, rukun qauli seperti bacaan al-Fatihah dan bacaan takbiratul ihram perlu dibaca sekurang-kurangnya dengan suara yang boleh didengari oleh diri sendiri, tidak sekadar dalam hati. Bacaan ini tidak perlu dikuatkan sehingga didengari oleh orang lain di sekeliling.

      2. Aurat Suara Wanita: Suara wanita bukanlah aurat dalam konteks yang umum, namun ia boleh menjadi aurat jika disalahgunakan, seperti dalam keadaan yang boleh mendatangkan fitnah. Namun, dalam solat, bacaan rukun qauli yang didengari oleh diri sendiri atau orang terdekat (seperti suami) tidak membatalkan solat. Oleh itu, jika bacaan al-Fatihah saudari cukup untuk didengari oleh diri sendiri, ia sudah memadai dan solat saudari tetap sah. Membaca dengan suara yang lebih kuat sehingga didengari oleh orang lain tidak membatalkan solat selagi ia dilakukan dalam batasan yang wajar dan bukan untuk tujuan lain.

      3. Solat Dalam Keadaan Berbisik: Membaca al-Fatihah atau bacaan lain dalam solat secara berbisik dengan kadar yang cukup untuk didengari oleh diri sendiri sudah memadai. Dalam situasi di mana suami berada berdekatan ketika solat, dan saudari membaca dengan berbisik, solat tersebut tetap sah selagi bacaan tersebut boleh didengari oleh diri sendiri.

      Kesimpulannya, solat saudari adalah sah selagi rukun qauli dibaca dengan kadar yang boleh didengari oleh diri sendiri. Tidak perlu khuatir jika bacaan tersebut didengari oleh suami atau ahli keluarga yang lain, kerana ia tidak membatalkan solat. Jika masih ada keraguan, rujuklah kepada guru atau ustaz yang dipercayai untuk mendapatkan kepastian.

      Semoga penjelasan ini memberi ketenangan kepada saudari dalam menunaikan ibadah solat.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  6. Assalamualaikum, saya nak tanya , apa hukum berlakon solat ketika terbatal solat , saya terlepas baca Al fatihah dan lambat ikut imam sampai terbatal solat , tapi saya just ikut pergerakan Imam sampai habis solat , lepas tu baru saya ulang balik solat fardhu dari awal lepas dah habis imam

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Berkenaan dengan persoalan saudara tentang berlakon solat ketika terbatal, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dijelaskan:

      1. Apabila solat seseorang terbatal, misalnya kerana tertinggal bacaan al-Fatihah atau tidak mengikuti imam dengan betul, solat tersebut tidak lagi sah. Dalam keadaan ini, adalah menjadi kewajipan untuk menghentikan solat tersebut dan menggantinya dengan solat yang baru.

      2. Jika seseorang meneruskan pergerakan solat walaupun dia sedar solatnya telah terbatal, hanya semata-mata untuk tidak menimbulkan gangguan atau rasa malu, tindakan ini boleh dianggap sebagai berlakon solat. Perbuatan ini tidak menambah pahala dan juga tidak menggantikan solat yang sah. Dalam syariat Islam, berlakon solat adalah tidak dianjurkan kerana solat adalah ibadah yang memerlukan niat dan kesungguhan.

      3. Setelah selesai berlakon solat dengan imam, dan kemudian mengulangi solat secara betul selepas itu, tindakan mengulangi solat tersebut adalah wajar dan diperlukan. Namun, adalah lebih baik jika seseorang itu berhenti solat dengan serta-merta apabila mengetahui solatnya terbatal dan terus mengulangi solat tersebut secepat mungkin, tanpa perlu berlakon.

      Kesimpulannya, solat yang terbatal wajib dihentikan dan diulang semula dengan segera. Berlakon solat bukanlah tindakan yang dianjurkan dalam Islam kerana ia tidak mendatangkan manfaat dalam ibadah. Jika solat terbatal, segera lakukan solat semula dengan sempurna untuk memastikan ibadah saudara diterima.

      Semoga penjelasan ini membantu saudara dalam memahami tindakan yang sepatutnya diambil dalam situasi tersebut.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  7. Assalamualaikum ustaz, saya dah habis solat baru perasan saya tak bersihkan makeup (gincu) sebelum ambil wuduk. Batal tak? Ataupun takpe sebab lupa/tak sengaja (walaupun saya tahu)?

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Dalam situasi ini, penting untuk memahami hukum yang berkaitan dengan sah wuduk dan solat dalam Islam. Secara umum, salah satu syarat sah wuduk adalah basuhan air mesti sampai ke kulit. Jika makeup (seperti gincu) yang tebal dan tidak membenarkan air sampai ke kulit, maka wuduk tersebut tidak sah. Akibatnya, solat yang dilakukan dengan wuduk tersebut juga tidak sah.

      Jika anda tidak sengaja atau lupa membersihkan makeup sebelum mengambil wuduk dan melaksanakan solat, anda perlu mengulangi wuduk dan solat tersebut setelah membersihkan makeup.

      Dalam Islam, ada prinsip fiqh yang menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan kerana lupa atau tidak sengaja tidak membawa dosa, tetapi wajib untuk mengulangi wuduk dan solat tersebut.

      Wallahu a’lam

      Reply
  8. Assalamualaikum ustaz,sewaktu saya solat pada rakaat ke 2 saya terbaca doa mohon keampunan,adakah sah solat saya?

    Reply
  9. Assalamualaikum, saya ada satu soalan. Adakah batal solat kita jika kita menutup mulut ketika batuk dan bersin semasa solat dengan tujuan kita tidak batuk atau bersin itu tepercik kearah jemaah lain? Dan adakah batal solat jika menutup mulut kerana menguap semasa solat?

    Reply
    • Wassalam. Tidak batal.

      Yang batal adalah bila ada pergerakan yang besar secara 3 kali berturut-turut.

      Reply

Leave a Comment