Adakah Kaki Yang Dipotong Perlu Di Solat Jenazah?

Kaki Yang Dipotong

Adakah kaki yang dipotong perlu disolat Jenazah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Datuk saya telah menjalani pembedahan memotong kaki kanannya kerana penyakit kencing manis. Soalan saya adakah kaki yang telah dipotong itu perlu disolatkan seperti solat jenazah?


JAWAPAN

Anggota badan manusia seperti kaki atau tangan yang dijumpai terpotong dari orang yang sudah mati hendaklah mandikan dan disembahyangkan dan dikafankan dan ditanam.

Ada pun anggota badan yang terpotong dari orang yang masih hidup maka tidaklah disembahyangkan kerana pemiliknya masih hidup dan sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.

Berkata Syeikh Bujairimi:

وَلَوْ وُجِدَ جُزْءُ مَيِّتٍ مُسْلِمٍ غَيْرِ شَهِيدٍ صُلِّيَ عَلَيْهِ بَعْدَ غُسْلِهِ وَسُتِرَ بِخِرْقَةٍ وَدُفِنَ كَالْمَيِّتِ الْحَاضِرِفَخَرَجَ الْمُنْفَصِلُ مِنْ حَيٍّ وَلَمْ يَمُتْ عَقِبَهُ إذَا وُجِدَ بَعْدَ مَوْتِهِ فَلَا يُصَلَّى عَلَيْهِ ، وَيُسَنُّ مُوَارَاتُهُ بِخِرْقَةٍ وَدَفْنُهُ

Maksudnya :

Jikalau dijumpai juzuk dari mayat orang Islam yang bukan mati syahid maka hendaklah disembahyangkan atasnya selepas memandikannya dan ditutup dengan kain dan ditanam seperti mayat yang hadir.

Maka ada pun anggota yang bercerai dari orang yang masih hidup yang belum mati selepasnya apabila didapati kemudian dari matinya maka tidaklah disembahyangkan atasnya.

Dan sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.”

(Hasyiah Bujairimi)

Ulamak bersandarkan kejadian yang berlaku di zaman sahabat r.a. sebagaimana menyebut oleh Imam Nawawi :

فَقَدْ صَلَّى الصَّحَابَةُ عَلَى يَدِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَتَّابِ بْنِ أَسِيدٍ وَقَدْ أَلْقَاهَا طَائِرُ نَسْرٍ بِمَكَّةَ فِي وَقْعَةِ الْجَمَلِ وَقَدْ عَرَفُوهَا بِخَاتَمِهِ رَوَاهُ الشَّافِعِيُّ

Maksudnya:

Maka sungguhnya para sahabat r.a. telah sembahyangkan tangan Abdul Rahman bin ‘Aatab r.a. dimana telah mencampakkan tangannya oleh burung anak reng (burung hering) di Mekah pada peristiwa perang Jamal lalu para sahabat r.a. mengenali tangan tersebut dengan sebab cincinnya. Telah meriwayatkannya oleh As-Syafie.”

(Kitab Al-majmu’)

Kesimpulan

Kesimpulannya kaki datuk tuan yang telah dipotong dalam pembedahan itu tidak perlu disembahyangkan atasnya hanya dibalut dengan kain dan di tanam akan dia.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments