Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Apabila Ustazah Jatuh Cinta

Ustazah jatuh  Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.

Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. :(

 

Enter Your Mail Address

18 Responses to “Apabila Ustazah Jatuh Cinta”

  1. 'aliazmi March 17, 2012 at 1:24 AM #

    osem!saya juga turut merasakn yg sama(menyesal sbb tibe2 tersuka org tuh)….wlupub kdg2 teleka psal dia dlm fikiran….huhu!saya slaluu berdoa Allah akan buatkn hati saya lupa terhadap dia…alhamdulillah wlupun x dpt lupakan dia 100%..sekurang-kurangnya penyakit saya x terlaluu kronik…dan saya mampu kawal hati,insyaALLAH!

       0 likes

  2. Adil Saifullah January 17, 2012 at 10:17 PM #

    Cinta Di Mata Seorang Ulama

    Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
    Sungguh cintamu padanya wajar adanya
    Mereka kata, cinta buat kau gila
    Padahal kau orang paling faham agama

    Ku katakan pada mereka
    Mengapa kalian iri padanya?
    Jawabnya
    Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

    Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
    Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
    Janganlah kau berlagak mulia
    Dengan menyebut cinta sebagai dosa

    Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
    Entah yang berkata keras atau halus biasa
    Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
    Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

    Syair ini dikutip dari kitab Tauqul Hamamah karya Ibnu Hazm al-Andalusi

       0 likes

  3. shahirah January 14, 2012 at 5:09 PM #

    YA ALLAH…jdoh kn lah aku dgn jdoh y mncintai ku kerna Mu.bkn kerna rupa paras dan pangkat.Tolong daku agar hdp dlm cinta Mu dan tumbuh kan cinta e2.Amin Ya Rab

       1 likes

  4. isma January 11, 2012 at 4:52 AM #

    Assalamualaikum . Maaf saya hanya seorang yang tak banyak ilmu seperti pemilik blog . Tapi apa saya boleh katakan disini saya meamng menentang gejala couple .Tapi mencintai seseorang? didalam diam? itu kan fitrah yang Allah beri. Jika hati sudah tertaut pada insan yang mungkin jodoh kita . Berdosakah kita merayu pada Allah agar disatu kan? Semua orang ada perasaan cinta . Menidakkan ini adalah seperti menidakkan kita tak yah makan .Yang berdosa ,apabila kita berkhayal bermaksiat dengan si gadis atau teruna tersebut. Kalau betul seorang yang kita suka itu memang tertulis ,Insya Allah ,Allah akan menjodohkan kita juga.

       2 likes

  5. Syazwani Samad January 11, 2012 at 2:30 AM #

    Alhamdulillah Ya Allah kerana menemukan saya dengan artikel ini. InshaAllah. Semoga Allah memelihara hati2 kami para ukhti agar kami dapat terhindar daripada zina hati. InshaAllah. Allahumma Aaamin.

       0 likes

  6. almanjuniyy abdullah December 22, 2011 at 7:14 AM #

    perkongsian yang ringkas :)

       0 likes

  7. jehad 2011 December 7, 2011 at 2:58 AM #

    suka dgn artikel ini..^^

       0 likes

  8. fahmi December 6, 2011 at 1:40 PM #

    baru ingat nak kenal ustazah esok…da nangis lepas baca article nie…maafkan ya Rabb..aku tak akan mengotorkan kesucian hatinya terhadapMu :(

       0 likes

    • saffa January 10, 2012 at 11:01 PM #

      tak salah nak kenal dengan ustazah tu. cuma perlu cara yg betul. gunakan orang tengah yagn boleh dipercayai, contoh mcm abang dia etc

         0 likes

  9. awrapurnama September 1, 2011 at 4:37 PM #

    paling xseronok apabila mncapai cinta nafsu dgn mmperalatkn CINTA ABADI. fhm ke? :-)
    alakulli hal, seronok baca artikel ni. mg2 dpt mhasilkn artikel yg lbh best akn dtg. inshaAllah. :-)

       0 likes

  10. nabeel August 21, 2011 at 6:35 AM #

    adkah cinta kpada kekasih akn kkl slamanye,…

       0 likes

  11. akhi syed August 8, 2011 at 7:26 AM #

    “Ku terlanjur mencari cinta di fb/laman2 sosial”

       0 likes

  12. ahmad August 3, 2011 at 4:11 AM #

    Cinta adalah sesuatu yang lumrah. Melumpuhkan cinta dan membuang tapaknya akan mengurangi pahala dan mematikan sunnah cinta.

    Perasaan cinta itu harus terkawal dan dilatih mengenal arah. Setiap kali ia melorot kebawah paras kebenaran syariat maka hendaklah diketatkan.

    Siapa kata para ustazah menderita kerana mencinta tapi tidak mampu merasa? Bukankan itu menafikan fitrah Adam dan Hawa’!

    Dan bukankah Allah telah menunjukkan jalan kebenaran dan keburukan sebagai ilham dan hati yang mengenal jalan-jalan?

    Membunuh rasa ‘mencintai’ dan ‘dicintai’ adalah satu kezaliman. Tidak disuruh kita menderita dan sengsara menjadi para rahib dan sami hindu. Bahkan kita menyimpul cinta kita pada tali Allah dan pautlah dengan tanganmu akan cinta makhluk.

    Tahukah anda bahwa cinta terlarang yang sebenarnya adalah CINTA MATA BENDA DUNIA!

    Wallahu ‘alam!

       1 likes

  13. anis July 15, 2011 at 8:15 AM #

    alhubb fillah….

       0 likes

  14. Sakura_epi July 13, 2011 at 10:56 AM #

    thx. JazakaAllahu khairan kathira. terima ksh Allah kerana pertemukan ak dgn artikel ini. sedikit lega rasanya. sy share kan ini. terima kasih.

       0 likes

    • admin akuIslam July 14, 2011 at 3:33 PM #

      :)

         0 likes

  15. freaky friday July 8, 2011 at 3:32 AM #

    tak semudah yg disangka utk menolak cinta.
    ustazh = manusia bese gk.laen la kalau mmg tgh market bersusun org dtg meminang.tu boleh kalo nak rijek cinta on the spot.usaha kena ada tp dgn batasan.itu je aku nak cakap.

       1 likes

  16. Wardah_tuzzahrah1212 July 6, 2011 at 10:23 PM #

    cinta yg hakiki..cinta hanya pada RabbiMu..bukan pada yg belum halal bagimu.. insyaAllah.. :)

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline