Fidyah Puasa Untuk Orang Meninggal Dunia [Ust Azhar Idrus]

Barangsiapa yang ada meninggalkan puasa Ramadhan samada sebab uzur atau tiada baginya uzur dan dia adalah orang yang mampu melakukan qadha tapi dia tidak qadha โ€”kemudian dia mati โ€” maka wajib dikeluarkan dari harta peninggalannya sebagai fidyah bagi satu hari dia tinggal puasa itu akan satu cupak makanan.

Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini makanan yang sah dijadikan fidyah itu ialah makanan utama penduduk negeri tersebut seperti beras pada negeri kita ini maka satu fidyah itu ialah secupak beras.

Dan jika dia tinggalkan dua hari puasa maka wajib dibayarkan oleh warisnya akan dua fidyah iaitu dua cupak beras.

Akan tetapi jika orang yang meninggalkan puasa sebab uzur itu tidak ada peluang baginya untuk qadha selepas Ramadhan hingga dia mati maka tidak ada suatu yang diwajibkan atasnya samada qadha atau fidyah.

Contohnya seorang itu meninggalkan puasa sehari pada Ramadhan sebab jatuh sakit dan selepas hari raya sakitnya itu berterusan sampai dia mati maka tidak wajib atas warisnya membayar fidyah atau qadhakan puasanya.

Akan tetapi jika selepas hari raya dia sihat tetapi dia belum qadhanya dan beberapa masa selepas itu dia mati maka wajib atas warisnya membayar fidyah atau qadhakannya.

Berkata Imam Syafie :

ูุฅุฐุง ู…ูŽุงุชูŽ ุฃูุทู’ุนูู…ูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูู…ู’ูƒูู†ู’ู‡ู ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู…ูŽุงุชูŽ ููŽู„ูŽุง ูƒูŽููŽู‘ุงุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Ertinya : โ€œMaka apabila mati seseorang (yang ada meninggalkan puasa) nescaya diberi makan (fidhyah) daripadanya. Dan jika tidak ada kesempatan baginya itu qadha sehingga dia mati maka tiada ada kafarah (yakni fidyah) atasnya.โ€ (Kitab Al-Hawi Al-Kabir)

Maksud diberi makan daripadanya itu ialah diberi akan makanan seperti beras kepada orang miskin sebagai fidyah puasa yang ditinggalkan oleh si mati iaitu satu cupak beras untuk seorang miskin bagi sehari puasa ditinggalkan dan jika dua hari puasa ditinggalkan olehnya maka di beri beras dua orang miskin setiap seorang secupak.

Sengaja Lambatkan Qadha Puasa

Dan jika orang yang meninggalkan puasa itu sengaja melambatkan qadha hingga datang Ramadhan yang lain dan mati ia maka hendaklah dikeluarkan dua cupak makanan sebagai fidyah iaitu kerana meninggalkan puasa dan kerana tidak qadha.

Berkata Imam Nawawi :

ูˆุฅู†ู‡ ู„ูˆ ุฃุฎุฑ ุงู„ู‚ุถุงุก ู…ุน ุฅู…ูƒุงู†ู‡ ูู…ุงุช ุฃุฎุฑุฌ ู…ู† ุชุฑูƒุชู‡ ู„ูƒู„ ูŠูˆู… ู…ุฏุงู† ู…ุฏ ู„ู„ููˆุงุช ูˆู…ุฏ ู„ู„ุชุฃุฎูŠุฑ

Ertinya : โ€œDan kalau seorang melambatkan qadha sedangkan dia mampu qadha kemudian dia mati nescaya hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya bagi setiap hari tinggal puasa itu sebanyak dua cupak makanan iaitu secupak kerana tidak berpuasa dan secupak lagi kerana melambatkan qadha.โ€ (Minhaj At-Talibin)

Adapun orang yang meninggalkan puasa sebab uzur seperti sakit dan berterusan sakitnya sehingga dia mati maka tidak ada fidyah atasnya dan tidak ada qadha atasnya sebagaimana telah disebut dahulu.

Berkata Imam Nawawi :

ู…ูŽู†ู’ ููŽุงุชูŽู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ููŽู…ูŽุงุชูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฅู…ู’ูƒูŽุงู†ู ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกู ููŽู„ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุฑููƒูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุฅุซู’ู…ูŽ

Artinya : โ€œSiapa yang terluput suatu dari puasa Ramadhan kemudian dia mati sebelum dia mampu qadhanya maka tidak mengena akan dia kewajipan qadha dan dia tidak berdosa.โ€ (Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(ู…ูŽู†ู’ ููŽุงุชูŽู‡ู) ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ุฑูŽุงุฑู (ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู…ูู†ู’) ุตูŽูˆู’ู…ู (ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ููŽู…ูŽุงุชูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฅู…ู’ูƒูŽุงู†ู ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกู) ุจูุฃูŽู†ู’ ุงุณู’ุชูŽู…ูŽุฑูŽู‘ ู…ูŽุฑูŽุถูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุณูŽููŽุฑูู‡ู ุงู„ู’ู…ูุจูŽุงุญู ุฅู„ูŽู‰ ู…ูŽูˆู’ุชูู‡ู (ููŽู„ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุฑููƒูŽ ู„ูŽู‡ู) ุฃูŽูŠู’ ุงู„ู’ููŽุงุฆูุชู ุจูุงู„ู’ููุฏู’ูŠูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽุง ุจูุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกู ู„ูุนูŽุฏูŽู…ู ุชูŽู‚ู’ุตููŠุฑูู‡ู (ูˆูŽู„ูŽุง ุฅุซู’ู…ูŽ) ุจูู‡ู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ููŽุฑู’ุถูŒ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽู…ูŽูƒูŽู‘ู†ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ููŽุณูŽู‚ูŽุทูŽ ุญููƒู’ู…ูู‡ู ูƒูŽุงู„ู’ุญูŽุฌูู‘

Ertinya : โ€œBarangsiapa luput olehnya puasa Ramadhan lalu dia mati sebelum ada kemampuan qadha seperti berkekalan sakitnya atau musafirnya yang bukan maksiat sampai kepada matinya maka tidak mengena akan dia bagi puasa yang luput itu oleh fidyah dan tidak juga qadha kerana ketiadaan cuainya dan dia tidak berdosa dengan sebabnya kerana sungguhnya dia tidak dapat peluang berpuasa daripadanya sehingga mati maka gugurlah hukumnya seperti haji.โ€ (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan waris si mati tersebut tidak ada hak menghalang dari diambil harta peninggalan si mati kerana membayar fidyah itu adalah hak Allah yang didulukan atas hak waris.

Waris Qadhakan Puasa Si Mati

Jika ada atas mayat hutang puasa maka hendaklah membayar fidyah atas sehari puasa yang ditinggalkan si mati itu akan fidhyah secupak beras dan harta untuk membeli beras itu diambil dari harta peninggalan si mati.

Dan harus pula jika waris bagi si mati menurut pendapat yang sahih melakukan qadha akan puasa yang ditinggalkan oleh si mati itu maka apabila waris telah melakukan qadha bagi si mati nescaya tidak wajib lagi membayar fidyah untuknya.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

ุฌูŽุงุกูŽุชู ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉูŒ ุฅู„ู‰ ุฑูŽุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ููŽู‚ุงู„ูŽุชู’: ูŠุง ุฑูŽุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฅู†ูŽู‘ ุฃูู…ูู‘ูŠ ู…ูŽุงุชูŽุชู’ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุตูŽูˆู’ู…ู ู†ูŽุฐู’ุฑูุŒ ุฃูŽููŽุฃูŽุตููˆู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŸ ู‚ุงู„ูŽ: ุฃูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ู„ูˆ ูƒุงู†ูŽ ุนู„ูŽู‰ ุฃูู…ูู‘ูƒู ุฏูŽูŠู’ู†ูŒ ููŽู‚ูŽุถูŽูŠู’ุชููŠู‡ูุŒ ุฃูŽูƒุงู†ูŽ ูŠูุคูŽุฏูู‘ูŠ ุฐูŽู„ููƒู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŸ ู‚ุงู„ูŽุชู’: ู†ูŽุนูŽู…ู’ุŒ ู‚ุงู„ูŽ: ููŽุตููˆู…ููŠ ุนู† ุฃูู…ูู‘ูƒู

Ertinya : โ€œTelah datang seorang perempuan kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam lalu berkata : Ya Rasulullah! Sungguhnya ibuku telah mati dan dia ada hutang puasa nazar apakah harus aku puasakan (sebagai qadha) daripadanya? Bersabda Nabi : Apa pendapatmu kalau ada atas ibumu hutang yang kamu boleh membayarkannya adakah kamu akan tunaikan yang demikian itu (hutang) daripadanya? Jawab perempuan itu : Ya. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Maka kamu tunaikanlah puasa itu dari ibumu.โ€ (Hadith riwayat Muslim)

Adapun kewajipan membayar fidyah dari si mati itu atau puasakan daripadanya oleh warisnya itu ialah apabila ada kesempatan bagi si mati qadhakannya.

Adapun jika sakit seseorang itu lalu mati ia di dalam bulan Ramadhan atau hidup ia selepas bulan Ramadhan tetapi berkekalan sakitnya sampai ke hari matinya nescaya tidak ada fidyah dan tidak diqadhakan oleh warisnya di sisi jumhur ulamak kerana tiada mendapat si mati itu akan masa yang boleh dia melakukan qadha sebagaimana telah tersebut sebelum ini.

Tersebut pada Kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyyah :

ู‚ูŽุงู„ ุงู„ู’ุญูŽู†ูŽูููŠูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุงู„ููƒููŠูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงู„ุดูŽู‘ุงููุนููŠูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู†ูŽุงุจูู„ูŽุฉู: ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุงุชูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุตูŽูˆู’ู…ูŒ ููŽุงุชูŽู‡ู ุจูู…ูŽุฑูŽุถู ุฃูŽูˆู’ ุณูŽููŽุฑูุŒ ุฃูŽูˆู’ ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูู…ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃู’ุนู’ุฐูŽุงุฑู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽู…ูŽูƒูŽู‘ู†ู’ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุถูŽุงุฆูู‡ู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู…ูŽุงุชูŽ ู„ุงูŽ ุดูŽูŠู’ุกูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูุตูŽุงู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูุทู’ุนูŽู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ู„ูู‚ูŽูˆู’ู„ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชููƒูู…ู’ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ููŽุฃู’ุชููˆุง ู…ูู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูู…ู’

Ertinya : โ€œTelah berkata ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie dan Hanbali barangsiapa yang telah mati dan ada meninggalkan puasa sebab sakit atau musafir atau sebab lain dari keduanya dari segala macam uzur dan dia tidak berpeluang untuk qadhanya sehinga dia mati nescaya tidak ada suatu (yang wajib) atasnya iaitu tidak dipuasakan daripadanya (oleh warisnya) dan tidak dikeluarkan fidyah daripadanya kerana sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Apabila aku memerintahkan kamu sekelian dengan suatu perintah maka kerjakanlah daripadanya apa yang kamu mampu sahaja.โ€

Dan tidak sah orang yang bukan waris bagi si mati qadhakan puasa si mati melainkan dengan izin warisnya menurut pendapat yang paling sahih.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฃูŽุฌู’ู†ูŽุจููŠูŒู‘ ุจูุฅูุฐู’ู†ู ุงู„ู’ูˆูŽู„ููŠูู‘ ุตูŽุญูŽู‘ุŒ ู„ูŽุง ู…ูุณู’ุชูŽู‚ูู„ู‹ู‘ุง ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุตูŽุญูู‘

Ertinya : โ€œDan kalau berpuasa oleh orang asing (yakni yang bukan waris si mati) dengan izin wali si mati nescaya sah puasanya dan tidak sah jika tanpa izin menurut pendapat yang paling sahih.โ€ (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan yang dimaksudkan dengan waris atau wali bagi si mati itu ialah sekelian yang menjadi walinya atau menjadi warisnya dan sekelian kaum kerabatnya yang dekat sekalipun tidak menerima pesakanya.

Berkata Syeikh As-Syarwani :

(ูˆูŽุงู„ู’ูˆูŽู„ููŠูู‘) ุฃูŽูŠู’: ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ูŠูŽุตููˆู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏููŠู…ู (ูƒูู„ูู‘ ู‚ูŽุฑููŠุจู) ุฃูŽูŠู’: ู„ูู„ู’ู…ูŽูŠูู‘ุชู ุจูุฃูŽูŠูู‘ ู‚ูŽุฑูŽุงุจูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ูˆูŽุงุฑูุซู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ูˆูŽู„ููŠูŽู‘ ู…ูŽุงู„ู ูˆูŽู„ูŽุง ุบูŽุงุตูุจู‹ุง

Ertinya : โ€œDan perkataan wali itu ertinya sekelian kaum kerabat yang dekat yang berpuasa bagi mayat dengan apa juga hubungan keluarga dan sekalipun dia tidak mewarisi hartanya dan tidak menguruskan hartanya dan bukan asobahnya.โ€(Kitab Hasyiah As-Syarwani โ€˜Ala At-Tuhfah)

Dan menurut qaul jadid mazhab Syafie waris si mati tidak melakukan qadha puasanya tetapi mengeluarkan fidyah dari harta peninggalan si mati tersebut.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

ูˆูŽุฅูู†ู’ ู…ูŽุงุชูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ุชูŽู‘ู…ูŽูƒูู‘ู†ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽู„ููŠูู‘ู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽุฏููŠุฏู ุจูŽู„ู’ ูŠูุฎู’ุฑูุฌู ู…ูู†ู’ ุชูŽุฑููƒูŽุชูู‡ู ู„ููƒูู„ูู‘ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูุฏูŽู‘ ุทูŽุนูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ุฐู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽููŽู‘ุงุฑูŽุฉู

Ertinya : โ€œDan jika mati seorang itu selepas dari mampu qadha maka warisnya tidak mempuasakannya pada qaul jadid bahkan hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya untuk setiap hari sebanyak secupak makanan. Dan begitu juga dengan nazar dan kafarah.โ€ (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Ada pun menurut qaul qadim maka waris si mati melakukan qadha bagi si mati bahkan disunatkan warisnya itu qadhakannya dan inilah pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie.

Maksud qaul qadim ialah pendapat Imam Syafie ketika beliau tinggal di Iraq sebelum berpindah ke negeri Mesir.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏููŠู…ู: ูŠูŽุตููˆู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽู„ููŠูู‘ู‡ู ุฃูŽูŠู’ ูŠูŽุฌููˆุฒู ู„ูŽู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ูˆู’ู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุจูŽู„ู’ ูŠูู†ู’ุฏูŽุจู ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุฌููˆุฒู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู

Ertinya : โ€œDan pada pendapat qadim dipuasakan daripada simati itu oleh walinya ertinya harus bagi wali mempuasakan daripadanya bahkan disunatkan baginya dan harus juga dengan memberi makan yakni fidyah.โ€ (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Maka harus bagi waris si mati memilih samada membayar fidyah dari si mati atau mempuasakan daripadanya dan salah satunya adalah wajib dilakukan.

Berkata oleh Syeikh Al-Qalyubi :

ุฃูŽูŠู’ ูŠูŽุฌููˆุฒู ู„ูŽู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ูˆู’ู…ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุฌููˆุฒู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู ุฅุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุงุฑูุซู‹ุง ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุชูŽุฑููƒูŽุฉูŒ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฌูุจูŽ ุฃูŽุญูŽุฏู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑูŽูŠู’ู†ู

Ertinya : โ€œIaitu harus bagi waris (si mati) puasakan daripada si mati dan harus bagi waris itu membayar fidhyah. Apabila ada bagi si mati itu waris dan ada meninggalkan harta bahawasanya wajiblah satu dari dua perkara itu (iaitu qadha atau fidhyah).โ€ (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi)

Hukum ini adalah berdasarkan beberapa hadith yang antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุงุชูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุตููŠูŽุงู…ูŒ ุตูŽุงู…ูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽู„ููŠูู‘ู‡ู

Ertinya : โ€œSungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda : Barangsiapa yang telah mati dan ada atasnya puasa maka mempuasakan daripadanya oleh walinya.โ€ (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุงุชูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุตููŠูŽุงู…ู ุดูŽู‡ู’ุฑู ููŽู„ู’ูŠูุทู’ุนูู…ู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ูู‘ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูุณู’ูƒููŠู†ู‹ุง

Ertinya : โ€œSiapa yang telah mati dan ada atasnya hutang puasa Ramadhan maka hendaklah membayar daripadanya akan fidyah dengan memberi makanan setiap hari puasa yang ditinggalkan akan seorang miskin.โ€ (Hadith riwayat Tirmizi)

Berkata Imam Nawawi :

ููŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏููŠู…ู ู…ูุฎูŽูŠูŽู‘ุฑูŒ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ูˆูŽุงู„ู’ุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู ู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ู†ูŽู‚ูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ู‡ูŽู‚ููŠูู‘ ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูุชูŽู‘ููŽู‚ูŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏููŠู…ู ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ู‚ูŽุฏููŠู…ู ู‡ููˆูŽ ุงู„ุตูŽู‘ุญููŠุญู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ู…ูู†ู’ ู…ูุญูŽู‚ูู‘ู‚ููŠ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽุงู…ูุนููŠู†ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ููู‚ู’ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู

Ertinya : โ€œMaka waris si mati menurut qaul qadim diberi pilihan antara berpuasa dan membayar fidhyah. Seperti inilah telah memindahkannya oleh Al-Baihaqi dan lainnya. Dan ialah yang disepakati atasnya atas qaul qadim dan pendapat ini ialah pendapat yang sahih di sisi jamaah dari muhaqqiq Ashab kami yang mengumpulkan antara fiqah dan hadith.โ€ (Kitab Al-Majmuโ€™)

Maka haruslah atas waris andainya mereka tidak mahu mengambil harta si mati buat membayar fidyah bahawa mereka puasakan sebagai qadha dari si mati dan waris mempuasakan dari mayat itu hukumnya hanyalah harus bukannya wajib sebagai yang disalah sangkakan oleh kebanyakkan orang.

Berkata Imam Ibnu Al-Mulaqqin :

ูˆู…ู† ู…ุงุช ูˆุนู„ูŠู‡ ุตูŠุงู… ุชู…ูƒู† ู…ู†ู‡ ุฃุทุนู… ุนู†ู‡ ู„ูƒู„ ูŠูˆู… ู…ุฏ ูˆุงู„ู…ุฎุชุงุฑ ุฃู† ูˆู„ูŠู‡ ูŠุตูˆู… ุนู†ู‡ ุฅู† ุดุงุก

Ertinya : โ€œDan siapa yang telah mati dan dia ada hutang puasa yang dia berpeluang melakukannya nescaya diberi fidyah makanan daripadanya bagi setiap hari itu akan secupak makanan. Dan pendapat yang dipilih ialah warisnya berpuasa daripadanya jika mereka mahu.โ€ (Kitab At-Taudhih)

Kepada Siapa Diberikan Fidyah

Fidyah puasa ini wajib dibayar kepada orang Islam yang faqir dan miskin sahaja.

Maka jika dibayarkan kepada selain dari faqir miskin nescaya tidak sah dan wajib dibayar semula.

Firman Allah Taala :

ููุฏู’ูŠูŽุฉูŒ ุทูŽุนุงู…ู ู…ูุณู’ูƒููŠู†ู

Ertinya : โ€œFidyah iaitu makanan diberikan kepada orang miskin.โ€ (Al-Baqarah : 185)

Berkata Syeikh Al-Qalyubi :

(ูˆูŽู…ูŽุตู’ุฑููู ุงู„ู’ููุฏู’ูŠูŽุฉู ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงูƒููŠู†ู) ุฎูŽุงุตูŽู‘ุฉู‹ ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูุณู’ูƒููŠู†ูŽ ุฐููƒูุฑูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุขูŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ูˆูŽุงู„ู’ููŽู‚ููŠุฑู ุฃูŽุณู’ูˆูŽุฃู ุญูŽุงู„ู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ู

Ertinya : โ€œDan fidyah hanya diberikan kepada segala orang faqir dan miskin sahaja kerana bahawasanya orang miskin itu disebut di dalam ayat dan hadith Nabi saw dan bermula orang faqir itu lebih susah dari orang miskin.โ€ (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi)

Makna orang miskin ialah orang Islam yang pendapatannya tidak mencukupi bagi menampung keperluan yang wajib bagi dirinya dan keluarganya.

Dan makna orang faqir ialah orang Islam yang pendapatannya tidak sampai separuh dari yang dia perlukan bagi dirinya dan keluarganya.

Jika seorang itu tersalah mengeluarkan fidyah kepada seorang yang bukan faqir miskin seperti diberinya kepada muallaf atau atau anak yatim atau ibu tunggal maka wajib dia ulangi membayarnya kepada faqir miskin kerana tidak sah fidyahnya yang pertama itu.

Dan begitu juga tidak sah fidyah yang diberikan kepada orang yang wajib dia tanggung nafaqahnya seperti anaknya atau isterinya.

Berkata Imam Syafie :

ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุทู’ุนูŽู…ูŽ ุบูŽู†ููŠู‹ู‘ุง ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ูุŒ ุซูู…ูŽู‘ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุบูู†ูŽุงู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนููŠุฏูŽุŒ ูˆูŽู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุทู’ุนูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽู„ู’ุฒูŽู…ูู‡ู ู†ูŽููŽู‚ูŽุชูู‡ูุŒ ุซูู…ูŽู‘ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุฃูŽุนูŽุงุฏูŽ

Ertinya : โ€œKalau seorang memberi fidyah makanan akan orang yang kaya dan dia tidak sedar kemudian dia tahu akan kayanya adalah wajib atasnya mengulanginya. Dan seperti itu juga kalau seorang memberi fidyah akan orang yang wajib dia nafaqahkannya kemudian dia tahu nescaya wajib dia ulangi ( bayar fidhyah).โ€ (Kitab Al-Umm)

Oleh itu sah bayar fidyah kepada orang yang tidak wajib dia tanggungnya seperti isteri memberi fidhyah kepada suaminya yang faqir atau miskin dan suami memberi fidyah kepada ibu bapa mertuanya atau seumpamanya yang bukan termasuk orang yang wajib dia tanggung nafaqahnya.

Hendaklah diingat bahawa ramai orang tersalah memberi fidhyah kepada asnaf zakat seperti muallaf atau orang berhutang atau diberi kepada masjid atau tabung-tabung derma kerana pemberian tersebut adalah tidak sah dan wajib dia membayar semula fidyah tersebut kepada penerima yang sah iaitu faqir miskin.

Oleh itu jika hendak diberikan fidyah itu kepada ibu tunggal atau anak yatim misalnya maka pastikan keduanya adalah orang miskin atau faqir kerana jika keduanya bukan faqir miskin maka tiada sah fidyah tersebut.

Beberapa Masalah

Masalah Pertama :

Jika orang yang terlalu tua merasa mampu menunaikan puasa selepas meninggalkan puasa adakah wajib atasnya qadha?

Berkata Imam Nawawi :

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ู‚ูŽุฏูŽุฑูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุฎู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุตูŽู‘ูˆู’ู…ู ุจูŽุนู’ุฏูŽู…ูŽุง ุฃูŽูู’ุทูŽุฑูŽุŒ ููŽู‡ูŽู„ู’ ูŠูŽู„ู’ุฒูŽู…ูู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ูˆู’ู…ู ู‚ูŽุถูŽุงุกู‹ุŸ ู†ูŽู‚ูŽู„ูŽ ุตูŽุงุญูุจู ุงู„ุชูŽู‘ู‡ู’ุฐููŠุจู : ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู„ู’ุฒูŽู…ูู‡ูุŒ ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’

ู…ูุฎูŽุงุทูŽุจู‹ุง ุจูุงู„ุตูŽู‘ูˆู’ู…ูุŒ ุจูŽู„ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูุฎูŽุงุทูŽุจู‹ุง ุจูุงู„ู’ููุฏู’ูŠูŽุฉู

Ertinya : โ€œDan jika mampu oleh orang yang sangat tua atas melakukan ibadah puasa selepas daripada meninggalkan puasa maka adakah wajib atasnya melakukan puasa qadha? Telah menaqal oleh tuan kitab At-Tahzib : Bahawasanya tidak wajib dia qadha kerana bahawasanya dia ketika itu tidak dihadapkan dengan kewajipan berpuasa bahkan dihadapkan ke atasnya kewajipan membayar fidhyah.โ€ (Kitab Raudhah At-Talibin)

Masalah Kedua :

Jika pada awal harinya seorang itu tidak musafir kemudian dia melakukan musafir adakah boleh dia berbuka di pertengahan jalan?

Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :

ููŽู„ูŽูˆ ุฃุตุจุญ ู…ูู‚ูŠู…ุง ุซู…ูŽู‘ ุณูŽุงูุฑ ููŽู„ูŽุง ูŠูู’ุทุฑ ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุนุจูŽุงุฏูŽุฉ ุงุฌู’ุชู…ุน ูููŠู‡ูŽุง ุงู„ุณู‘ูุฑ ูˆุงู„ุญุถุฑ ูุบู„ุจู†ุง ุงู„ู’ุญูŽุถูŽุฑ

Ertinya : โ€œMaka jikalau pada awal hari seorang itu dalam keadaan belum bermusafir kemudian dia bermusafir maka dia tidak boleh berbuka kerana sungguhnya berhimpun pada ibadah puasanya itu oleh musafir dan mukim maka dimenangkan akan mukim.โ€ (Kitab Kifayatul Akhyar)

Dan tetapi jika ketika musafir itu dia mengalami lapar atau dahaga yang bersangatan misalnya maka harus dia berbuka kerana ketika itu dia berbuka kerana sangat lapar dan dahaga bukan berbuka kerana musafir.

Masalah Ketiga :

Adakah boleh orang lain melakukan ibadah puasa daripada orang yang sakit atau yang terlalu tua ketika keduanya masih hidup?

Berkata Imam Nawawi :

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง: ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุตูุญูู‘ ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุญูŽุฏู ูููŠ ุญูŽูŠูŽุงุชูู‡ู ุจูู„ูŽุง ุฎูู„ูŽุงููุŒ ุณูŽูˆูŽุงุกู‹ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽุงุฌูุฒู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ุบูŽูŠู’ุฑูŽู‡ู

Ertinya : โ€œTelah berkata oleh Ashab kami : Dan tidak sah puasa dari seorang pada ketika dia masih hidup tanpa khilaf samada sebab orang itu lemah dari berpuasa atau sebab lainnya.โ€ (Kitab Ar-Raudhah)

Masalah Keempat :

Bolehkah orang yang sakit itu tidak berpuasa dari awal hari atau dia kena berpuasa dahulu dan berbuka kemudian ketika tidak mampu?

Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :

ุฅูู† ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฑูŽุถ ู…ุทุจู‚ุงู‹ ููŽู„ู‡ู ุชุฑูƒ ุงู„ู†ูู‘ูŠูŽู‘ุฉ ู…ู† ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ ูˆูŽุฅูู† ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ุชู‚ุทุนุงู‹ ูƒู…ู† ูŠุญู… ูˆู‚ุชุง ุฏูˆู† ูˆูŽู‚ุช ู†ุธุฑ ุฅูู† ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ุญู…ูˆู…ุงู‹ ูˆูŽู‚ุช ุงู„ุดูู‘ุฑููˆุน ุฌูŽุงุฒูŽ ุฃูŽู† ูŠุชู’ุฑูƒ ุงู„ู†ูู‘ูŠูŽู‘ุฉ ู…ู† ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ ูˆูŽุฅูู„ูŽู‘ุง ููŽุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุฃูŽู† ูŠูŽู†ู’ูˆููŠ ู…ู† ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„

Ertinya : โ€œJika adalah sakitnya itu berterusan maka harus baginya tidak berniat puasa dari malam. Dan jika adalah sakitnya itu putus-putus seperti demam ia pada satu ketika dan sembuh pula pada satu ketika maka hendaklah dilihat iaitu jika adalah demam ia ketika waktu hendak dimulai puasa nescaya harus baginya meninggalkan berniat dari malamnya dan jika tidak demam lagi ketika hendak mula berpuasa maka wajib atasnya bahawa berniat dari malam.โ€ (Kitab Kifayatul Akhyar)

Masalah Kelima :

Jika si mati ada meninggalkan sebulan puasa Ramadhan adakah boleh jika 30 orang warisnya berpuasa semua sekali pada hari yang satu?

Berkata Imam Nawawi :

ุฅุฐูŽุง ู‚ูู„ู’ู†ูŽุง ุฅู†ูŽู‘ู‡ู ูŠุฌูˆุฒ ุตูˆู… ุงู„ูˆู„ู‰ ุนู† ุงู„ู…ูŠุช ูˆุตูˆู… ุงู„ุงุฌู†ุจูŠ ุจุงุฐู† ุงู„ู’ูˆูŽู„ููŠูู‘ ููŽุตูŽุงู…ูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซููˆู†ูŽ ุฅู†ู’ุณูŽุงู†ู‹ุง ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ูˆูŽุงุญูุฏู ู‡ูŽู„ู’ ูŠูุฌู’ุฒูุฆูู‡ู ุนูŽู†ู’ ุตูŽูˆู’ู…ู ุฌูŽู…ููŠุนู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ููŽู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูู…ูŽู‘ุง ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุฑูŽ ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง ูƒูŽู„ูŽุงู…ู‹ุง ูููŠู‡ู ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู’ุจูุฎูŽุงุฑููŠูู‘ ูููŠ ุตูŽุญููŠุญูู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู ุงู„ู’ุจูŽุตู’ุฑููŠูู‘ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูŠูุฌู’ุฒูุฆูู‡ู ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ุธูŽู‘ุงู‡ูุฑู ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ู†ูŽุนู’ุชูŽู‚ูุฏูู‡ู

Ertinya : โ€œApabila telah kami kata harusnya wali puasakan daripada si mati dan harus puasa orang asing dengan izin wali maka berpuasa daripada si mati seramai 30 orang pada hari yang satu adakah memadainya dari sekelian puasa Ramadhannya? Maka ia setengah dari barang yang Ashab kami tidak berkatanya dan sungguhnya Al-Bukhari telah menyebut pada sahihnya daripada Al-Hasan Al-Basri bahawasanya memadainya dan ialah pendapat yang zahir yang kami pegangnya.โ€ (Kitab Al-Majmuโ€™)

Masalah Keenam :

Adakah sah jika orang yang bukan waris bagi si mati mempuasakan daripadanya dengan jalan di upah?

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

(ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฃูŽุฌู’ู†ูŽุจููŠูŒู‘) ุนูŽู„ูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง (ุจูุฅูุฐู’ู†ู) ุงู„ู’ู…ูŽูŠูู‘ุชู ุจูุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุฃูŽูˆู’ุตูŽุงู‡ู ุจูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุจูุฅูุฐู’ู†ู (ุงู„ู’ูˆูŽู„ููŠูู‘) ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุณูŽูููŠู‡ู‹ุง ูููŠู…ูŽุง ูŠูŽุธู’ู‡ูŽุฑูุ› ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽู‡ู’ู„ูŒ ู„ูู„ู’ุนูุจูŽุงุฏูŽุฉู (ุตูŽุญูŽู‘) ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุจูุฃูุฌู’ุฑูŽุฉู ูƒูŽุงู„ู’ุญูŽุฌูู‘

Ertinya : โ€œDan jikalau orang asing puasakan dengan izin mayat dengan bahawa dia telah berwasiat akan orang tersebut atau orang asing itu puasa dengan izin wali sekalipun dia orang yang bodoh pada barang yang telah zahir kerana sungguhnya dia ahli bagi ibadah maka sah puasanya walaupun dengan upah sama seperti haji.โ€ (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)

Wallahuaโ€™lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada panduan ini boleh dirujuk pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments