“rapat. kemudian menjauh, berjarak dan terpisah.” always happen. but things happen for a reason, right? mungkin, kita terpisah, kerana insyaAllah Dia tak mahu kita terluka lebih dalam. – sederhanaindah
Bismillahirrahmanirrahim
Kerana hakak baru sahaja lepas patah hati 6 bulan yang lalu. Diam tak diam dah 6 bulan perkara itu berlalu.
Alhamdulillah hakak baik-baik saja sampai ke hari ini, malah hidup lebih tenang. Bukan kata hidup tak tenang ketika “itu”.
Hubungan yang dimaksudkan bukan bercouple, sungguh akak pun tak suka couple. Mungkin sebuah hubungan sahabat yang bertukar kepada cinta.
Dia melamar akak untuk dijadikan isteri, lalu akak setuju tapi dalam tempoh 5 tahun lagi. Tak sampai setahun pun lagi, hubungan dah tamat.
Alhamdulillah. Masha Allah hebat kan.
Banyak hikmah yang hakak dapat selepas peristiwa “itu”
Bila dikaji, dikaji dan dikaji…
Ya, ada 1000 sebab dan alasan Allah beri akak pengalaman itu, mungkin ramai yang akan tidak percaya akak melalui percintaan, “percintaan kunun -,-“. Tidaklah bercinta, mungkin sekadar persinggahan.
Akak tak salahkan dia, akak tak salahkan sesiapa, malah akak berterima kasih kerana diperkenalkan dengan dia. Kenapa?
Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..
Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu. “
Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara kita dan dia.
Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.
Kita yakin dia yang terbaik.
Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.
Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi realiti.
Tapi..
…tanpa diduga segalanya hanya sementara.
Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.
“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.
Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.
Kita sering kali sukar untuk melihat pelajaran dalam kehidupan yang Allah ingin berikan..
Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.
If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;
— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan.
Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.
Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…