17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak

Pelajaran dalam kehidupan
Kita sering kali sukar untuk melihat pelajaran dalam kehidupan yang Allah ingin berikan..

Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.

If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.

Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;

— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.

Ya, apa yang kita perlukan.

Bukan apa yang kita idamkan.

Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.

Kita tidak akan nampak.

Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.

 

Akui Sahaja Hidup Ini Adalah Sukar..

Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar.

Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.

Hidup ini adalah misteri.

Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…

…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus;

— ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.

Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.

Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.

Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.

Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.

Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.

Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.

Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.

Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.

Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.

Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.

Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.

Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?

Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya..

 

Jangan Mudah Mengalah Dalam Kehidupan. Ada Pelajaran Yang Allah Ingin Kita Lalui

Kita selalunya membiarkan kekecewaan dan penolakan dimasa lampau menentukan setiap langkah yang kita buat. Kita tidak pasti adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Sekarang tiba masanya untuk kita menyedari dan menghapuskan fikiran separa-sedar yang menyatakan kita tidak layak untuk mendapat yang terbaik.

Hidup kita, kita yang tentukan.

Sekarang adalah masa untuk mengingatkan diri kita bahawa..

  1. Orang yang kita suka, sayang dan hormat di masa lalu (atau sekarang), dimana dia melayan kita seperti sampah, tiada apa yang boleh kita harapkan daripadanya pada masa akan datang, melainkan hanya sakit kepala dan sakit hati serta perasaan.
  2. Salah satu saat yang paling berharga dan penting dalam hidup kita adalah apabila saat dimana pada akhirnya kita mempunyai kekuatan untuk melepaskan apa yang kita tak mampu ubah, seperti perangai dan keputusan orang lain.
  3. Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat buat kita, dimana ia tidak akan membuatkan kita menangis siang dan malam atau membuatkan kita patah hati lagi. Yakinlah bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
  4. Kebenaran memang pahit; Kadangkala kita perlu merasa perit jatuh ke tanah dahulu, sebelum dapat berdiri lebih tinggi dan lebih kuat dari sebelumnya.
  5. Dunia masih belum berakhir: – biasa kita merasakan kehilangan seseorang yang kita sayang adalah seperti dunia mahu kiamat. Tenang, masih banyak peluang dan ruang untuk kita.
  6. Kadangkala orang tidak akan perasan apa yang kita beri dan korbankan selama ini sehinggalah kita berhenti membuatnya. Dan kadangkala juga, semakin banyak peluang yang kita beri, semakin kita tidak dihormati. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan orang lain berasa selesa tidak menghormati anda. You deserve better.
  7. Sesetengah babak dalam kehidupan kita berakhir tanpa penutup. There’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ketenangan bermula apabila kita memutuskan untuk tidak membiarkan orang lain atau apa yang berlaku mengawal emosi kita.
  9. Kita jangan mengambil hati sangat dengan apa yang orang lain cakap-cakap mengenai diri kita. Apa yang mereka fikir dan ucapkan adalah refleksi diri mereka yang sebenar, bukan kita.
  10. Orang yang mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam tempoh yang panjang adalah mereka yang membina kejayaan diri mereka menggunakan batu-bata yang dilempar orang lain terhadap mereka.
  11. Biarkan parut yang masih berbekas mengingatkan kita bahawa; kesakitan yang dilakukan orang lain pada waktu lalu telah menjadikan kita semakin kuat, lebih bijak dan tabah.
  12. Bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu, jangan fikirkan ia sebagai satu kehilangan. Tetapi anggap ia sebagai satu kesenangan yang meringankan beban kita, supaya kita boleh mengembara dengan lebih baik dalam perjalanan hidup.
  13. Kita tidak akan terlepas apa yang telah ditetapkan untuk kita, walaupun ia datang dalam arah yang bertentangan. Oleh itu sentiasa tenang dan stay positive.
  14. Membandingkan diri anda dengan orang lain, atau persepsi mereka, hanya akan menenggelamkan kemahuan hati, kecerdikan dan kebebasan pemikiran kita. Tiada siapa yang boleh mengawal keadaan hidup kita sekarang lebih baik melainkan anda sendiri.
  15. Lebih banyak kita isi kehidupan kita dengan tujuan dan semangat yang tulen, semakin kurang masa dan tenaga yang kita bazirkan untuk memuaskan hati semua pihak.
  16. Kadangkala, perubahan dalam kehidupan adalah peluang yang sempurna untuk melepaskan satu situasi untuk menghadapi sesuatu yang lebih baik yang akan datang kepada kita
  17. Sekarang adalah permulaan baru. The possibilities ahead are endless. Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, cukup rajin untuk bekerja keras dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

 

Penutup: Masa Silam Tidak Boleh Diubah, Ditukar, Dipadam Dan Dilupakan. Ia Hanya Boleh Diterima

Kesakitan itu memang wujud.

Dan memang perit untuk hidup dengan hati yang sarat dengan luka.

Tiada siapa yang akan mampu memahami apa yang kita lalui.

Tapi sebenarnya kehidupan akan lebih mudah jika kita tidak mempersoalkan lagi setiap apa yang berlaku.

Redha itu akan mudah dicapai bila kita membuka hati untuk belajar berdamai dengan takdir.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Maafkan mereka yang melukakan hati kita, sebab dengan kemaafan akan membuka pintu ketenangan.

Buka mata, buka hati dan ambillah segala pelajaran yang kehidupan berikan kepada kita.

Kesakitan yang paling perit itulah yang akan memberi kita pelajaran yang paling berguna dalam hidup.

Dan satu hari nanti, apabila kita telah redha dengan semua yang terjadi; pasti kita akan mengucapkan terima kasih atas pengalaman ini.

Kita akan rasa bertuah diuji sebegitu.

Kerana Allah adalah penulis jalan hidup yang terbaik.

Cuma kita harus bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.

La tahzan, innallaha ma anna :’)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

56 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Omega
Omega
5 bulan yang lalu

Saya rasa penulis menulis artikel ni dengan bagus sekali, teruskan menulis kerana kata kata anda sangat bermakna kepada pembaca. Saya juga hampir menyerah dan berputus asa dan entah tiba2 kata-kata ini buatkan saya semangat semula. Melepaskan sesuatu kerana Allah walaupun kita sayang sangat akan seseorang adalah sesuatu yang membanggakan walaupun sekarang banyak dugaan dan cabaran yang melanda. Nak move on tapi orang tu satu unit dengan saya dan bila berada dalam satu office , pihak sana terus menerus menyakiti. Hampir 3 tahun bertahan dengan situasi ni, tapi saya percaya kalau inilah takdir Allah , jalankan sahaja peranan kita sebagai hamba walaupun perjalanan kita memerlukan air mata tanpa mempersoalkan setiap cerita dan percaya Allah jua lah yang boleh keluarkan kita dari masalah tsbt. Doakan saya untuk mendapatkan jodoh yang terbaik dan semoga blog ni terus maju dengan memberi manfaat kepada semua orang.

Mohammad sarfan bin ridwan
Mohammad sarfan bin ridwan
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah syukur kepada Allah ?

Lysa
Lysa
4 tahun yang lalu

Sekarang saya masih dalam proses untuk bangkit kembali, mencari semangat yang telah hilang untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Walaubagaimanapun hati ini masih teramat sakit dan sangat kecewa lebih2 lagi bila menyedari selama ini dirinya tidak ikhlas dan hanya menggunakan diri ini untuk kepentingan peribadinya. Kini dia sudah berubah sangat2 berubah dan langsung tidak menghargai segala apa yg telah saya lakukan utknya.Mungkin ini adalah hukuman ke atas kesalahan saya sendiri kerana buta dalam percintaan hingga diri sendiri ditipu pun tidak sedar dan ya pastinya kerana saya terlalu berharap. Harapan semakin berkecai apabila mengetahui dirinya akan berkahwin tidak lama. Setiap hari saya cuba memotivasikan diri untuk move on dan lupakan apa yg telah terjadi namun masih terasa sukar, lebih-lebih lagi dia adalah staff seliaan saya, hari2 pasti berjumpa. Kini situasi kami agak janggal kerana dia terus mendiamkan diri seribu bahasa tanpa menyatakan apa2 namun perkhabaran tentang perkahwinannya sudah diwarwarkan. Inilah yang membuat saya stuck, saya cuba untuk memaafkan, saya cuba untuk melupakan namun bila teringat apa yg telah dia lakukan saya jadi marah dan benci dan dlm masa yang sama hati saya masih untuknya walaupun saya rasa teramat sakit dan kecewa.

C la
C la
Reply to  Lysa
3 tahun yang lalu

Kuatkan hati….masa ni kena bnyk2 bermohon dan berdoa dengan sunguh2 doa…biar Allah bagi hati kita kuat dan tenang.. d samping tuu, perlu circle yg positif utk Lysa meluahkan perasaan..k3sedihan dan kemarahan … Jgn pendam..luahkan.. cari kawan atau adik bradik yg u trust. Dan kembalilah kepada pencipta kita, bermunajat, solat, menangis merintih… Moga Lysa akan kembali d beri kekuatan dan ketenangan.. tahu dan faham bukan senang, tp kena hadap jugk..

Dvhkn
Dvhkn
4 tahun yang lalu

Really needed this. Thank you so much!

Yenggh
Yenggh
4 tahun yang lalu

Yah betul tu, Allah tidak membebankan seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupan nya ☺️. Sy berpisah dah 2tahun tapi masi sedih rasa sakit knp hm.. Entah laa mungkin ambil masa yg lama tapi insyaallah semuany akan berakhir aamin. sy dah redha sabar ikhlaskn ? cuma hati belum terbuka utk org lain lagi.

ernie
ernie
4 tahun yang lalu

4hari sudah berlalu.. ya allah memang berat dugaan ini… hanya allah yg taw.. kuatkan diriku ini ya allah .. memang hambamu ini merangkak untuk bangun semula ???

Emmanuri
Emmanuri
4 tahun yang lalu

Sangat sedih bila kita menyayangi seseorang yg telah berubah hatinya.Jalan yg terbaik adalah melepaskan..?
Perancangan Allah itu lebih baik in shaa Allah semoga aku akan mndapat kebahagian lepas ni..

C la
C la
Reply to  Emmanuri
3 tahun yang lalu

Yup perancangan Allah adalah yg trbaik.. dan faham bukan semudah ucapan utk menghilankn sedih dan sakit itu… Msa akn mengubatinya, bnyk2 berdoa..zikir2..solat taubt..solat hajat dan baca bahan2 yg bermotivasi …in shaa Allah..

Orlando's
Orlando's
6 tahun yang lalu

Betapa sakitnya ditolak…namun cuba belajar redha…mudah2an ketenangan dapat ditemui…

zaza
zaza
6 tahun yang lalu

Sedih. Tapi sy belajar utk redha. Perancangan Allah adalah yg terbaik.

yokohira
yokohira
6 tahun yang lalu

Saya baru saja putus hubungan dengan lelaki ni,sya sedang merangka2 ayat2 benci dan berniat mahu marah2 kepadanya,tapi Alhamdulillah sya terjmpa artikel ni sebelum sempat sya send ayat2 sya tu kepadanya…sya kena redha dengan ketentuan Allah ni,dn terima semuanya..kenangan mmg susah utk dilupakan..terima kasih..

tiada nama
tiada nama
Reply to  yokohira
6 tahun yang lalu

saya pun bru clash dgn ex sy, tp susah nk lupakan