“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Rasa puas itu adalah relatif bagi setiap orang. Ada yang sudah puas dalam satu sudut dan ada yang masih mencari kepuasan dari sudut lain. Kerana tiada satu parameter yang dapat digunakan untuk mengukur kadar kepuasan dalam setiap diri manusia. Ketidakpuasan sesungguhnya akan memacu motivasi seseorang untuk berjuang, dan meningkatkan taraf hidup serta prestasi dirinya. Tetapi bukan bererti ketidakpuasan itu sendiri harus membelenggu …
“Susahnya Menjadi Wanita Islam” Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita muslimah”, Mereka mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas. Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana …
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui..
Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.
Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain.
Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya.
Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.
Bagaimana untuk mengawal selera makan di bulan Ramadan?
Antara perkara yang menjadi masalah utama dikalangan masyarakat kita adalah tidak mampu mengawal selera semasa berbuka puasa.
Ini adalah perkara yang sangat tidak bagus kerana bulan yang mulia ini, kita seharusnya belajar mendidik diri daripada segala nafsu dalam diri, termasuk nafsu makan.
Nafsu makan yang tidak terkawal bukan sahaja merosakkan tubuh badan, malah ia juga menggalakkan pembaziran.
Secara tidak langsung menjejaskan tumpuan kita terhadap ibadah dalam bulan ini.
Justeru itu bagaimana kita boleh mengawal selera makan ini?