18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS!

kesalahan bertudung
Mari kita membaiki kesalahan bertudung

Apakah Kesalahan Bertudung Yang Selalu Berlaku?

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[Surah Al-Ahzab : 59]

Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

39 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mira
Mira
4 tahun yang lalu

Aslm boleh saya tanya?Saya ada beberapa video dan gambar mempromotekan satu barang di igshop saya tapi dorang xpakai tudung berdosa ke saya?Saya xberniat untuk sebarkan aurat mereka saya hanya nak promote barang tu dan mereka memang tidak bertudung?berdosa ke saya akak?terima kasih?

Ana
Ana
5 tahun yang lalu

Kak… Kenape lah pade mase betudung awak rasa tak elok, kurang inilah… Kurang itulah… Badan awak pendek macam tak baguslah… Macam mane nak singkirkan hasrat macam tu kak???

siti atikah
siti atikah
8 tahun yang lalu

Bagaimana nak menghafal bacaan bacaan solat sedang kan aku baru masuk islam aku tak boleh menghafalnya bantu la aku ya allah

Sofia
Sofia
9 tahun yang lalu

Pakai tudung yang sesuai dan selesa jugak amat penting. Tudung yang tidak selesa blh jadi satu gangguan yang besar.

mirrow
mirrow
9 tahun yang lalu

minta copy..:)

akhi
akhi
10 tahun yang lalu

tutup aurat yang sebenarnya

hamba Allah
hamba Allah
10 tahun yang lalu

Bertudung tapi mekap berlebihan. Boleh huraikan? Saya sedang berusaha untuk berubah menjadi muslimah. Alhamdulillah saya berjaya menutup aurat dgn sempurna cuma saya sangat suka memakai make up tpi not too sure sama ada ianya berlebihan atau pun dpt di terima. :)

hasya
hasya
10 tahun yang lalu

bertudung tapi suka mencarut

hasya
hasya
10 tahun yang lalu

bertudung tapi kaki mencarut

mrhafizfazura
mrhafizfazura
10 tahun yang lalu

Bertudung tpi kaki ngumpat, hati busuk, bawa kete mcm org gile…