Nilai Mahar Yang Terbaik

Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Tepat sekali jika kamu berfikiran bahawa wanita yang  yang paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah.

Saudari,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta.

Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.

Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu.

Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam.

Sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping, apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran padahal dia seorang lelaki muslim yang soleh, maka rugilah kamu.

 

Saudara,

Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar.

Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?

Kamu telah memiliki harta yang melimpah, kau telah kukuh dengan keadaanmu.

Namun, kamu lalai kerana wanita yang hendak kau nikahi tak menuntut mahar tinggi terhadapmu.

Seharusnya kamu sedar bahawa mahar adalah bentuk penghargaan yang memuliakan wanita.

Betapa Rasulullah sangat memuliakan wanita, begitu pula dengan mahar-mahar yang tinggi pada isteri-isteri baginda.  

Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?

Aisyah menjawab, “Mahar  yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?

Aku berkata, “Tidak?

Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah  untuk isteri-isterinya.- (HR. Muslim)

Kecuali bila kamu memang tidak memiliki apa-apa pun, seperti apa yang dikatakan Rasulullah kepada seorang pemuda ketika dia hendak berkahwin meskipun tidak memiliki apa-apapun.

Maka Rasulullah menyuruhnya untuk mencari cincin walaupun dari besi.

Sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita.

Mengapa oleh kerana wanita tidak meminta mahar yang lebih, maka kamu enggan memuliakannya?

Sahabat, sesungguhnya wanita sangat memerlukan pendamping, sehingga tiada pun kebaikan dalam tingginya wang hantaran  sehingga kamu tidak dapat berkahwin oleh kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran.

Lelaki juga sangat memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya, rumah tangganya, juga anak-anaknya kelak, sehingga kamu  sepatutnya memuliakannya dengan mahar tertinggi yang kamu mampu!

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Anon
1 tahun yang lalu

Hadis itu menyebut MUDAH maharnya, bukan Murah..

Ambarwati desi
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum
Saya mau bertanya, saya pribadi tidak pernah menginginkan mahar yang mahal, tpi jika orang tua saya yang meminta maka saya harus berbuat apa?

Meer
8 tahun yang lalu

Saya masih tidak paham maksud ’12
uqiyah dan nasya’. Ada sesiapa tak yg boleh jelaskan?