bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu.
Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar.
Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Seorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.
Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.
Bagaimana cara terbaik untuk memberi teguran kepada seseorang?
Secara asasnya, dalam kehidupan ini, memberi teguran dan menerima teguran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini.
Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.
Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif.
Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur.
Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.
Ikuti video yang menarik dan sangat memberi inspirasi ini dari syeikh Zahir Mahmood yang menceritakan detik – detik terakhir seorang pahlawan yang paling hebat dalam sejarah Islam, Salahuddin Al – Ayyubi.
“This was the greatest clamity to befall the muslims since the demise of the Khulafa-ur Rashidun”
– ibn Shaddad regarding the demise of Sultan Salahuddin Al-Ayubi Rahmatullahi alayhi
Jika kita pernah menjadi ketua kelas atau menjadi pemimpin, kita pasti selalu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, yang kadang membuatkan kita sakit kepala untuk menyatukan mereka.
Banyak konflik. Banyak kecelaruan.
Kita selalu menganggap sesuatu yang berbeza memang tidak boleh disatukan dan diletakkan bersama. Perbezaan akan menyebabkan perpisahan.
Kita sering meletakkan perbezaan itu umpama minyak dan air, yang tidak akan bersatu bila kita mencampurkan kedua bahan tersebut.
Walaupun kita mengacau larutan itu supaya bercampur, lama-kelamaan ia akan terpisah jua manjadi dua lapisan minyak dan air.
Tapi kita sebenarnya tak terfikir bahawa minyak dan air boleh dicampurkan dengan adanya kehadiran sabun.
Sabun sebagai penyambungnya.
Begitulah juga dengan perbezaan yang kita miliki, saling memahami dan kebijaksaanlah yang akan membuat sesuatu perbezaan itu dapat bersatu.