Itu Jodoh Terbaik? Lupakan Saja..

jodoh
soulmate by ~bombastic-muse (devianart)

Jodoh merupakan topik kegemaran untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin.

Dan topik ini juga digemari di semua peringkat umur dan kategori, dari budak berhingus, budak tadika, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah, pelajar kolej, mahasiswa universiti, kakitangan pekerja awam dan swasta, pak haji, mak haji, dan lain-lain.

Kita selalu dengar bahawa ; jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan.

Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab; memanglah di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari jugak.

Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri.

Apatah lagi zaman ni zaman facebook, zaman di mana orang berlumba-lumba mahu menulis di status tentang mesranya hubungan mereka dan pasangan mereka.

Bagi para muda mudi pulak, jika masih tiada pasangan atau couple, maka itu adalah sesuatu yang tidak cool.

Zaman ini jika anda masih belum punya pasangan, maka anda dikira kolot, dan akan dilabel dengan pelbagai gelaran ; anak mak, ustaz, konon baik, bajet alim dan sebagainya. Oh, saya selalu dilabel sebegitu.

Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?

Jawapan sebegini sudah saya hafal :

“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping.

Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je.

Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”

 

Itu Jodoh Terbaik? Lupakan Saja

Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik?

Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya?

Di mana kebaikannya?

Bukan, saya tidak mengharapkan wanita sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna.

Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan.

Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.

Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga.

Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?

Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini.

Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?

Jangan sampai tersalah memilih orang

Jawapannya mudah.

Sangat mudah.

Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis?

Inilah ayat yang menjadi pegangan saya :

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

 (Surah An-Nur ayat 26)

Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu.

Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga.

InsyaAllah.

Tulisan ini dari Sederhana Indah  

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

32 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Adel
2 tahun yang lalu

Kalimat2 bro di artikel ini bagus. Simple tp tepat sasaran. Salam dari Indonesia

Dalila
3 tahun yang lalu

Ingin saya mencerita kisah cinta saya untuk mendapat komen dan nasihat daripada semua. Saya berumur 21 tahun. Kiranya dah tiba masa untuk memikirkan soal jodoh. Saya single hampir bertahun2. Sehinggalah suatu hari saya join group mncari jodoh di whatsapp. Dn group trsebut amat terkawal dn hnya utk yg betul2 mahu cari jodoh mengikut islam. Seseorang menegur saya untuk berkenalan. Saya balas teguran dgn baik. Tnpa sangka dia mahu knal dgn lebih rapat. Iaitu bercinta. Saya mahu berkawan dulu sehingga saya betul2 bersedia. Setakat ini, dia seorg llki yg baik. Mnjaga pertuturan dgn saya. Kerana saya tidak suka bualan yg berbaur lucah. Dia juga prnah menyatakan hasrat nak meminang saya bila duit sudah ckup. Dia kata dia cinta saya. Tapi hati saya berat menerima cintanya. Saya akui sudah mula sayang. Dia tinggal di negeri sembilan. Saya pula perak. Susah mahu berjumpa. Kami hanya berbual di telefon dan msg shaja. Pernah sekali call video. Jadi, saya bingung samaada menerima cinta dia atau lupakan cinta jarak jauh ni. Mintak jasa baik untuk mmberi pandangan. Terima kasih.

dini nurjannah
4 tahun yang lalu

Sesuatu yang baik dalam pandanganNya…pastiiilah jadi yg terbaik pula bagi hambaNya,sebaliknya…sesuatu yang baik dalam pandangan seorang hamba,belumlah tentu baik d hadapan sang pemilik hamba.
Semoga di ampuni dari segala kelemahan fikir dan akal..

fifi
4 tahun yang lalu

last saya baca bab surah an-Nur tu, itu bukan janji Allah, tapi tu statement untuk membersihkan nama Siti Aishah. Boleh encik terangkan lebih lanjut pasal ni? :)

Noviyanto Eko Suroso
4 tahun yang lalu

Jodoh :)
Kalau sudah ada yang termanis, kenapa harus melirik yang manis? :D