Hikmah Mengapa Kita Diuji Sebegitu..

friends by iamkimji (devianart)
Hikmah daripada ujian sentiasa memberi kebaikan | friends by iamkimji (devianart)

sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata.

Lama mana pun kita sanggup tadah telinga. Seluas luasnya kita berlapang dada. Nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri.

Orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.

Serius. Takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu.

Mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini?

Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut.

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa, segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini.

Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji sebegini?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri?

Mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

*******

Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Twinkle Bluestarz. Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

50 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
khisha
khisha
3 tahun yang lalu

sya bercinta dgn seseorang slama 10tahun.. mgkin btl pepatah kata lama mna hubungan tidak mnjamin kn apa2..akhir nya dia lebih memilih untuk bersama org yg bru dia knal berbanding sya yg lama.. & dia sangup memblakng kn kluarga dia sndri.. dan dia pun bakal berkhwin dgn org yg dia pilih ..mgkin smua terjadi dlm hdup ni atas teguran Allah untuk kembali kepadanya.. memng susah untuk trima.. tapi apa kn daya hidup hrus di trus kn dgn tabah..sedangkn Nabi pun di uji..apa kn lagi kita ni cuma hamba biasa..???

Aida
Aida
4 tahun yang lalu

Allah sebaik baik perancang..

Loss
Loss
5 tahun yang lalu

Sy seorang doktor. Sedang menjalani latihan kepakaran, tahun ke 3. Suami sy juga seorg doktor. Baru mula menyambung latihan jun tahun lepas, di universiti negeri yg lain dgn saya. Seminggu sebelum dia pergi belajar, sy dpt tahu yg saya mengandung. Setelah 7 thn sy tunggu selepas anak yg pertama saya. Sy seorang, kerja berat, pregnant muntah teruk smpai 6 bulan, exam fail. Kemudian selamat melahirkan dgn cuti bersalin hanya 3 minggu, smabung bekerja dan belajar kemudian ulang exam semula. Fail lagi. Xtaulah nk ckp mcm mn. Rasa loss. Rasa mahalnya harga seorang anak yg ditunggu 7 thn, hadir bila sy seorg diri dan pjj, fail exam berkali2. Betul2 tertanya2 apa hikmahnya

Aku pendosa
Aku pendosa
5 tahun yang lalu

1st time bace blog ni.. tibe2 tringat ujian allah .. ckup berat.. nk jgk crite kat sini ape yg pernah trjadi pada sy dan istri sy dlu.. tp xnk la kenang kan lg.. betul kt bloger .. setiap musibah yg trjadi pd dr kite lalu kt igt pd allah itu adalah ujian dr allah.. tp bile kt dilanda musibah namun kt masih tidak igt akan allah itu tanda nye allah turunkan bala pd kt.. sblom jadi nye bende ni.. sy ngaku bnyk dosa sy buat.. bile rmh tngga sy diuji allah dgn musibah baru sy igt allah.. ya allah bnyak nye dosa2 aku dlu ya allah.. maaf kan lah aku ya allah.. betul kt bloger.. kt ni bile diuji baru la kt nk igt allah.. baru nk solat.. baru lah nk bace al quran yg dh lame kt x bukak.. ya allah kau buka kan lah pintu kasih syg antara aku dan istri ku.. buka kan lah pintu kasih syg antara aku dan anak2.. bukakan lah pintu kasih syg antara aku dan ibu bapa ku .. seperti mana engkau mengasihani ku ya allah.. panjangkan lah jodoh aku dan istri ku ya allah…dan kau ampuni lah segala dosa2 silam ku ya allah.. amin

Hamba allah
Hamba allah
6 tahun yang lalu

Disaat suamiku mula berubah..sekali lagi datang Dia membasuh luka dan menggembirakan aku…sama seperti dulu saat sebelum aku belum bergelar isteri.saat aku dilukai suami pada ketika itu adalah kekasihku…Dia juga mengembirakan aku…allahu…dulu situasi adalah lain…kini aku seorang isteri….tidak sepatutnya aku terus melayan perasaan dengannya walaupun dia pengubat kelukaan ku…aku gagal menjadi isteri solehah…ya allah..ampuni.aku….kini..aku sujud padamu memohon taubat…biar manusia bernama suami itu terus menyakiti hatiku..namun..aku ada allah…tentu ada hikmah allah lakukan semua ini…berikan aku kekuatan menghadapinya….buat Dia yg sentiasa menghiburkan aku saat aku kesedihan..maafkan aku..aku terpaksa memutuskan pertalian kita..agar ia tidak jauh menyimpang…aku doakan kau bahagia bersama isteri dan anak2 mu…dan doakanlah kebahagian rumahtanggaku kembali bersinar seperti dulu….insyaallah…allah ada dalam membantu…..berikan aku kekuatan..berikan aku petunjuk….ya allah kurniakan aku seorang hambaku yg dpt membimbing aku supaya menjadi hambamu yang benar dan terpilih…amin

manja_iszuan
manja_iszuan
6 tahun yang lalu

Jam menunjukkn saat ini 03.49pag pada tarikh 25 Feb 2018..
Aku telah diuji oleh perangai n sikap seorang dialah kawan,sahabat,kekasih n bakal imam aku jika jodoh kami berpanjangan.. ya, segalanya berpunca dari aku, aku telah hilangkan kepercayaannya dalam hubungan kami.. sungguh aku tak kuat nk jalani kehidupan harian aku tanpa dia,aku merayu pada dia bantu aku untuk aku harungi hidup aku..aku diberi peluang tapi peluang yg da tak sama aku rasa sewaktu dia ingin mendapatkan aku dulu..pandangannya kosong, kasih sayangnya berbeza, rindunya pudar n cinta hilang,cubaan demi cubaan aku ingin mengembalikn kepercayaan,rasa rindu,rasa syg n rasa cinta dari dia amat payah..aku gagal, dia bersikap kasar.. butakah dia atas segala pengorbanaan yang dah aku lakukn demi diri aku sendiri,demi masa depan aku,masa depan bersamanya n demi insan2 yang amat penting dalam hidup aku (ibu n ayah).. menjadi tanda tanya,siapakah aku dalam hatinya kini?kedudukan aku berada dimana pd pandangan dia..? Demi Allah aku bersumpah aku sayangkn dia dunia akhirat,aku sayangkn hubungan ini.. aku tak kuat, solat tahajud n solat hajat aku lakukn utk menenangkan hati utk mendapatkn petunjuk n kebenaran dari apa yang dia sembunyikan n dari apa yang dia rahsiakn soal hati soal perasaan trhadap aku..
Aku redha n aku pasrah dgn ketentuannya.. jika dia jodoh aku 1 saat nnt Engkau kuatkanlah hati,perasaan,iman n segalanya dari aku n dari dia..jika sebaliknya Engkau tunjuknlah, Engkau jauhkn, Engkau pisahkan n Engkau pudarknlah segala rasa yang aku sedang rasakn kini..
Ya Allah, Tenangkanlah hatiku saat ini.. berilah kelapangan dada fikiranku untuk bernafas n berfikir dengan tenang. AMINNN..

nety
nety
Reply to  manja_iszuan
6 tahun yang lalu

bersabar dengan ujian Allah atas pilihan hidup yang kita pilih…thks teman atas berbagi kesedihan dan kekecewaan

Damia
Damia
7 tahun yang lalu

Ketika aku membaca artikel ni aku sedang sgt bersedih kerana sepatutnya majlis pernikahan aku akn tiba dlm masa 3 hari saje lg.. Tp takdir dah menentukan 2 bln sebelum majlis berlangsung aku telah putus tunang.. Tak tahu mana silapnya… Aku bertengkar besar dgn tunang ku.. Keluargaku meminta aku memutuskan tali pertunangan kami. Tp aku tak kuat nak lalui semua ni. Kawan2 saudara mara semua bertanya tentang perkahwinan kami. Allah saje lah yg tau perasaan aku waktu ni.. Walaupun kami masih berkawan baik dan aku juga masih memakai cincin pertunangan kami spt tiada apa yg berlaku. Cuma bezanya hati aku sedikit tawar kerana mak dan abah dah tak setuju lg dgn hubungan kami. Dan tiada lg majlis utk kami… Segala persiapan dah pon lengkap… Cuma nak edarkan kad saje.. ALLAHUAKBAR.. Kuatkan lah aku.. Melihat wajahku mungkin nampak bahagia tp dlm hati Allah saje Maha mengetahui. Dugaan ini bkn lah pengakhiran hidup aku.. Mungkin ini cuma permulaan…
Kalau masih berjodoh Insyaa Allah pasti ada…

eqien hamzani
eqien hamzani
Reply to  Damia
6 tahun yang lalu

sabar.. saya pun di uji bila makabah dia x setuju untuk kawin dgn orang jauh.. anak2 jadi buntu ..semoga Allah beri jalan keluar dan himah d sebalik semua terjadi

INSAN TERLUKA
INSAN TERLUKA
7 tahun yang lalu

Saya baru diarahkan tukar tempat kerja dengan tidak disangka2.Terlalu sedih mengenangkan nasib menimpa diri, sungguh pun tempat kerja baru dgn yg lama tidaklah sejauh mana, tetapi sampai ke saat ini saya masih belum dapat melupakan suasana ,kwn2 ditempat kerja yg lama,saya begitu merinduinya.Hampir setiap hari saya menangis,knp perlu pisahkan saya dari kwn2 yg mesra,dari suasana yg mendamaikan hati…saya patah semangat ditempat baru, walaupun kwn2 baru semuanya ok.Saya cuba berzikir dan memujuk hati,namun aura ditempat lama masih lagi menguasai diri.Hati tetap teringat….kdg2 saya berharap dapat kembali bertugas ditempat lama…..tapi siapalah saya.Mudah-mudahan saya dapat menghilangkan momen2 ditempat lama .

1733
1733
Reply to  INSAN TERLUKA
6 tahun yang lalu

Saya juga mengalami situasi yang sama. Rakan2 ditempat baru seolah tak terima saya disini..Masih tertanya hikmah disebalik yang terjadi. Bersabar walau terluka dan sedih

Sery Nilam
Sery Nilam
7 tahun yang lalu

Terima kasih… sy pernah diuji.. berat tapi berat yg ditanggung sebenarnya ada lagi ujian org lain yg lebih berat dari ujian yg sedang kita tanggung… Allah uji atas kemampuan kita. Allahuakbar… betul ujian itu tanda Allah sayang… betul ujian Allah itu menjadikan kita lebih menghargai apa yg ada disekeliling kita.. betul ujian itu diberikan kepada kita adakalanya boleh membantu memahami ujian orang lain lebih mendalam dan boleh memberi semangat kepada orang lain yg sedang diuji. Syukur kerana sy diberi keluarga yg memahami juga rakan-rakan yg baik.. masa diuji sy dikelilingi insan2 yg baik dan pemberi semangat. Semasa saya di uji saya buang segala aura nagetif dan saya ambil yg positif sahaja,, itu cara saya tenangkan jiwa… dan saya sentiasa memaafkan kerana itu sahaja cara untuk kuatkan hati..walaupun sukar memaafkan.. alahamdulillah..saya dikurniakan hidayah untuk mencariNya dan kerana itu saya diberi peluang memperbaiki diri. Saya diberi kekuatan menghadapinya. Syukur kerana diperingatkan walaupun berat namun hikmahnya Allah beri tanpa kita sedar. Moga hati ini akan bertambah keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Tabah, Sabar, kuat dan ikhtiar jangan berhenti. Allah sentiasa ada untuk kita. Percayalah tika anda diuji Allah nak beri sesuatu yg lebih baik…. hadapinya dengan keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

nathirahjmd91
nathirahjmd91
7 tahun yang lalu

Sy baru je putus cinta tanpa sebab. Ni kali ke-2 sy dikecewakan. Sy dah penat. Sy tahu kita diuji sbb Allah sayangkan kita. Sejujurnya sy lalai dan leka dgn cinta manusia sdgnkan cinta itu memudaratkan sy. Alhamdulillah sy cuba move on dan mencari hikmah dr semua ni. Rebuild connection dgn Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.. Doakan sy terus kuat.