Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlas kan Hati

ikhlas
Ikhlas | hold my heart by ~Braq (devianart)

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak?

Mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit.

Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.

Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.

Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.

Kecewa tak?

Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?

Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.

Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu.

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.

Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.

Ikhlas lah. Ikhlas itu melegakan! :)

*****

Artikel ini dikreditkan kepada tuan punya blog Sederhana Indah, Syukri M. Ali, yang juga admin facebook page AkuISLAM Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zaitul Akmal Binti Awang Shaari
Zaitul Akmal Binti Awang Shaari
2 tahun yang lalu

Saya sedang lalui .bercinta selama 5 tahun .dari kami tiada apa apa .dia curang .hancur dan remuknya hati saya YaAllah 😭

Zamri
Zamri
5 tahun yang lalu

Iklas itu kerana allah kerna dia maha pemberi maha mengatahui atas segala sesuatu

Emmayana
Emmayana
6 tahun yang lalu

mengambil masa yang agak lama untuk meupakan walaupun kita telah ikhlas.

Ayurin
Ayurin
7 tahun yang lalu

Ikhlaskan sekalipun itu menyedihkan,tapi ingatlah ada hikmah dibalik semua apa yang terjadi di dunia ini,Allah tdk akan memberi ujian di batas kemampuan umatnya????

Nazirah
Nazirah
7 tahun yang lalu

Hidup ini adalah perjuangan yang panjang.Garis penamatnya akan tiba disaat kematian datang bertandang.Maka berusahalah memperjuangkan sesuatu yang diamanahkan oleh Allah sebagai sebaik baik khalifah dimuka Bumi.Ikhlaskan segala apa yang dilakukan hanya LILLAHITAALA.

heri
heri
8 tahun yang lalu

Thanks min infonya sangat bermanfaat..

heri
heri
8 tahun yang lalu

thanks min infonya.. semoga bisa membantu

lidyiana
lidyiana
9 tahun yang lalu

Saya sedang melaluinya… ya Allah ampunilah dosa dosa saya…. mengapa begitu sukar untuk saya ikhlaskan hati…

Syiqin
Syiqin
9 tahun yang lalu

Subhanallah beautifully written :)

linnnnda
linnnnda
11 tahun yang lalu

sbb tu la org kate klu syg seseorang y blum sah mnjadi milik kite,,,jgn syg sgt2 mcm kite da gerenti kawen dgn dia…kata ustaz don “cinta mnusia biarlah digenggam hanya di tangan andainya terlepas tidak terasa sakit di hati”