Bahagia Dengan Memberi

new beginning
New Beginning by ~CozyComfyCouch (devianart)

Alhamdulillah. Tanda seseorang hamba itu memberikan puji-pujian kepada Tuhan. Ia petanda yang baik. Kerana manusia ataupun insan, seringkali dikaitkan dengan sifat lupa.

Namun, dengan senang hati, faktor umur menjadi alasan dan jawapan.

Berhenti. Marilah kita mengingati kembali. Beringat bahawa, hidup ini mempunyai pemilik yang MAHA MEMILIKI juga MAHA MEMBERI.

Senja kini, di zaman teknologi yang sungguh canggih sekali.. kita kerap mengaplikasikan sifat menerima juga meminta. Pinta belas kasihan, pinta kemudahan, dan pinta sifat kemanusiaan.

Hampir semuanya kita meminta tanpa segan silu. Andai permintaan itu ditujukan khas pada Tuhan, ia bukanlah perkara yang salah.

Hakikatnya, permintaan itulah adalah permintaan yang disukai dan dirai. Jika kita membuat permintaan sesama manusia, itu juga bukanlah perkara yang salah dan dilarang.

Permintaan tersebut masih lagi baik.

Cuma, berpada-padalah. Jangan keterlaluan, kerana setiap daripada kita ada batas-batasan yang tertentu.

Sepertimana seseorang itu memberikan salam pada seseorang, cukuplah dengan hanya tiga kali sahaja. Lebih daripada itu, usah kita memaksa. Tetapi, belajarlah untuk berlapang dada.

Baik. Memadailah dengan meminta. Jika kita menunggu dan meminta, akhirnya nanti kita juga yang rugi. Kita yang makan hati!

Ayuh kita bangkitkan sifat memberi. Kita mendidik diri dengan sifat yang suci dan murni, iaitu sifat memberi. Tuhan itu MAHA MEMBERI.

Tetapi Tuhan tidaklah menyuruh kita supaya menerima setiap masa dan sepanjang masa. Sebenarnya, Tuhan ingin sangat mendidik kita dengan sifat memberi walaupun DIA itu MAHA MEMBERI.

Andai kita teliti sifat Tuhan yang hebat ini, kita mungkin tidak mampu mengungkapkannya. Kerana Tuhan MAHA MEMBERI. Besarkan maksud MAHA MEMBERI itu?

“Telefon bimbit ini tidak canggih. Aplikasinya tidak banyak. Rupanya juga tidak begitu menarik.” kata kita.

Mungkin ‘statement’ seperti ini pernah kita dengari. Kita sering mempersoalkan tentang sesuatu perkara dengan pelbagai soalan yang berbentuk meminta dan berharap. Sayangnya, kita jarang mempersoalkan diri kita dan kita jarang meminta dan berharap pada diri kita.

Tenang. Cuba tanyakan pada diri sendiri, ‘apakah yang mampu aku berikan?’

Memberi, tidak semestinya dengan zahir. Memberi, tidak semestinya dengan banyak. Memberi, tidak semestinya dengan ada.

Ingat, ALLAH ITU MAHA MEMBERI.

Jadilah seperti pokok. Dimana, bersedia memberi setiap masa. Memberikan buah yang enak dan bagi sesiapa yang menginginkannya. Memberikan ketenangan dan kerehatan pada sesiapa yang mencarinya. Jika dihina, dipatahkan, dirosakkan, atau dilakukan dengan apa cara sekalipun yang kurang elok, maka balaslah dengan sifat memberi yang murni. Orang buat jahat pada kita, kita buat baik pada orang.

Susah?

Benar. Ia bukanlah perkara yang enteng. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk kita lari daripada sifat memberi ini. Perlihatkanlah pada usaha. Kerana usaha itu Tuhan lebih suka. Niatkan dalam diri, bahawa sifat memberi itu sifat yang baik dan disukai. Sifat memberi itu, lebih hebat juga lebih bahagia.

Andai manusia itu meminta setiap masa, pasti cinta itu tidak akan hadir tiba.

Berbahagialah dengan memberi!

** artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Mohamad Nasiruddin Bin Amir (mnasiruddinbamir.blogspot.com). Harap dimanfaatkan bersama. :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Iluv islam
Iluv islam
11 tahun yang lalu

izinkan saya utk copy & paste………

SHIMI
SHIMI
12 tahun yang lalu

Salam. Hidup dengan memberi, sebagaimana DIA memberi kepada kita dengan penuh kasih sayang tanpa mengira kita alim atau zalim pada-Nya…