Simpanlah kenangan masa lalu kita, temukan kompas untuk hari esok
Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada satu tahun yang lepas? Masih ingat?
Tentulah kita dan kebanyakkan orang akan menjawab: TIDAK
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah terlihat catatan dalam sebuah diari lama dan membaca satu catatan pada Ogos tahun lepas yang tertulis: “Dua ekor anak kucing kesejukan di depan pintu rumah dan saya mengambilnya, membersihkannya dan memberinya makan.”
Sememangnya ramai diantara kita yang tidak mempedulikan diari catatan harian, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati.
Saya berasa bertuah kerana telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari dan telah banyak manfaat telah saya perolehi dari perbuatan ini.
Saya mendapat motivasi untuk menulis diari ini kerana galakkan daripada sahabat saya yang menerangkan betapa pentingnya catatan harian untuk masa yang akan datang.
Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.
Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat.
Atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian diatas dosanya itu.
Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini.
Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan sedemikian kita layak untuk bertaubat?